Azira DeFam terdiam seketika bila ditanya masakan kegemarannya bila puasa, dengan nada sedih dia akui sangat rindukan rendang yang dimasak oleh arwah neneknya. Namun kerinduan Azira terubat bila Chef Wan berbesar hati masak Daging Dendeng dan Sira Pisang Palembang dalam program Rasa Nostalga Ramadan. Bagi Azira, rendang neneknya itu yang paling sedap dan tiada tandingan.
“Azira tak boleh lupa, bila setiap kali Ramadan arwah nenek akan masakkan Azira Rendang Tok, Rendang Dendeng Atau Rendang Ayam sebab arwah tahun Azira suka renang. Tapi sekarang takda lagi rendang air tangan nenek. Arwah meninggal tahun lepas.
“Rendang nenek tak sama dengan rendang orang lain masak, malah rendang yang mak masak pun tak sama dengan yang nenek masak. Resipi rendang nenek adalah warisan tiga generasi keluarga kami. Sebab itulah bila nenek dah tak ada, bukan saya seorang rasa kehilangannya tetapi kami sekeluarga,” cerita Azira juga menyukai MasakTempoyak Udang.
Selain, lauk pauk, Azira juga menyukai manisan seperti aneka bubur, antaranya Bubur Gandum dan Bubur Jagung. Namun Azira berbesar hati kerana Chef Wan telah menyediakan Pisang Sira Palembang yang juga disukai olehnya.
Berikut dua menu kegemaran Azira yang disediakan oleh Chef Wan:-
IKLAN
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong sederhana
20 biji bawang merah kecil | hiris
5 batang serai | hiris
1 inci halia | hiris
Kicap manis secukupnya
Sos tiram secukupnya
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 genggam cili kering | rebus dan kisar bersama sedikit belacan dan sedikit minyak masak.
CARA MEMASAK:
Daging direbus sehingga lembut dan toskan hingga sejuk. Simpan air rebusan.
Setelah sejuk, tumbuk hirisan daging hingga nipis. Pastikan tidak hancur sangat
Asingkan daging tadi ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap pekat manis, Gaulkan hingga daging nampak kehitaman.
Perap selama 20 minit.
Panaskan minyak, goreng daging tadi hingga masak. Tos dan letakkan dalam pinggan berasingan. Ketepikan.
Tumis bawang merah, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kiasr. Masak hingga pecah minyak.
Tambahkan garam dan gula secukupnya.Tambahkan juga sos tiram dan kicap manis.
Apabila cukup garing dan rata, masukkan daging yang telah digoreng tadi, gaul hingga sekata.
Akhir sekali masukkan air rebusan daging yang telah diasingkan tadi. Masak hingga kuahnya kering.
Tutup api dan dendeng sedia dihidangkan.
SIRA PALEMBANG
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji pisang berangan
1-2 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN AIR GULA:
1 cawan gula
2 cawan air
Sedikit parutan kulit oren
2-3 kuntum bunga lawang
3-4 kuntum bunga cengkih
1-2 batang kulit kayu manis
1 helai dau pandan
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan air gula di dalam periuk. Gaul rata dan masak hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan.
Sementara itu panaskan minyak dalam kuali berasingan
Pukul telur dan celupkan pisang di dalamnya.
Goreng pisang hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Masukkan pisang dalam air gula tadi.
Sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
IKLAN
Jangan lupa saksikan rancangan Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Chef Wan sebagai hos, beliau bergandingan bersama selebriti jemputannya di episod setiap hari (Isnin -Jumaat), jam 5.00 petang di Astro Prima HD.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau anda mengejar masa tetapi masih mahu memasak, bolehlah cuba resipi ini. Lain dari biasa, hidangan ini terinspirasi dari masakan di Bali, Indonesia.
Seperti yang diketahui, makanan dari Indonesia terkenal kerana keenakkan rencahnya. Seperti resipi yang admin kongsikan dengan anda hari ini, mempunyai rasa bumbu yang harum dan memikat selera. Nak buat pun senang, hanya dengan 4 langkah mudah saja!
Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi
2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
Belacan sebesar ibu jari
2 sudu teh sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Air
Sedikit gula | jika perlu
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
Nota:
Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.
Selalu kalau nak makan nasi daging ni kena tunggu ada kenduri kendara atau perayaan. Tak pun tengok nasi daging ni dekat pasar malam atau di kedai-kedai makan. Tak terasa ke nak masak sendiri sambil makan berjemaah dengan famili tersayang, apa kata hujung minggu ni kita buat ‘Nasi Daging Utara’ siap dengan air asam power. Mesti repeat banyak kali lepas ni. Belum cuba belum tahu…
Resepi Nasi Daging Utara ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa boleh dijimatkan jika ada pressure cooker.
RESIPI NASI DAGING UTARA
Bahan-Bahan:
1 kilo daging batang pinang – dipotong kecil
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging
sudu kecil rempah sajira
sedikit gula batu
garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis:
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata.. 8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.
AIR ASAM >BLEND<
4 biji Cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula
secubit garam
Bahan Hiris >MASUKKAN<
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat
**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging
Konsi resipi: Resipi asal tidak dikenal pasti. Sekiranya resepi ini milik anda boleh pm admin utk kredit nama anda. Tq