Aneka carta yang boleh memudahkan dan cepatkan kerja-kerja anda membuat kek di dapur. Tak perlu pening-pening google dah lepas ni.
1. Panduan Bahagikan Sukatan Adunan
Carta ini sangat berguna, ia telah dikongsi lebih sejuta kali di internet. Memang berguna!
Untuk info lanjut, klik He and She Eat Clean »
2. Cara Paip Ising Dengan Sempurna
Geram tengok aneka kek yang dihias indah? Ha…Ini rahsianya! Aneka jenis nozzle yang digunakan dalam mendeko kek.
Untuk info lajut, klik Gygi »
3. Alah Dengan Telur?
Bahan-bahan ini boleh anda guna untuk gantikan telur dalam kek dan manisan anda.
Untuk info lanjut, klik Muffin Paradise »
4. Tukar Sukatan Dengan Mudah
Jika resipi dalam gram, agak sukar untuk menimbangnya lebih-lebih lagi jika anda tak ada penimbang di rumah. Usah risan kerana carta ini boleh selesaikan masalah anda.
Untuk info lanjuk, klik JavaCupcake »
5. Jenis-Jenis Gula
Semua yang anda perlu tahu mengenai jenis-jenis gula disenaraikan di sini. Sangat berguna lebih-lebih lagi jika anda cuba resipi dari luar negara.
Untuk info lanjut, klik Buzzfeed »
6. Aneka Acuan Kek
Terdapat banyak jenis acuan kek yang ada di pasaran. Berikut adalah setengah daripadanya dan mungkin anda selalu guna.
Untuk info lanjut, klik Get Drop »
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Cendawan Shiitake Ni Popular & Harga Mahal. Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Rupanya.
Nama saintifik bagi Cendawan Shiitake adalah Lentinula edodes atau juga dikenali sebagai cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun serta sering dijumpai di kawasan liar di pergunungan di Asia Tenggara.
Cendawan Shiitake juga banyak digunakan di dalam masakan Cina. Boleh didapati sama ada dalam bentuk segar mahu pun yang telah dikeringkan. Namun di pasaran, cendawan yang telah dikeringkan lebih mudah didapati. Antara khasiatnya seperti sumber protein dan asid amino, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B1, B2 dan niasin. Ia juga dikatakan membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Di Malaysia, cendawan ini boleh diperolehi dengan mudah di pasaraya sama ada dalam bentuk segar ataupun kering. Cendawan berbentuk kering lebih mudah untuk disimpan dan jangka hayatnya lebih lama. Malah, ia juga enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan seperti sup, kacau goreng dan sebagainya. Untuk menyediakannya, anda hanya perlu bersihkan dan rendam seketika di dalam air panas. Kemudian masaklah mengikut resipi anda. Mudah kan?
Nak cuba masak cendawan ni? Boleh cuba resipi di bawah.
SUP AYAM BERSAMA CENDAWAN SHIITAKE
BAHAN-BAHAN:
- 800gram isi ayam } dipotong kecil memanjang
- 8 biji cendawan Shiitake } rendam semalam hingga kembang.
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 kiub ayam
- 1sudu makan perahan limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
BAHAN TUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 ulas bawang putih } ditumbuk
- 3 biji bawang merah } ditumbuk
- 1.25cm halia } diketuk atau boleh dihiris nipis
- 1 bunjut sup tulang
CARA-CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu, cendawan Shiitake yang telah direndam sehingga kembang dibelah dua atau empat. Ketepikan.
- Kemudian, dalam sebuah periuk, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,sup bunjut, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk halus. Kacau sehingga naik bau.
- Setelah itu, masukkan potongan isi ayam dan kacau supaya ayam sebati dengan tumisan. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh di atas dapur selama 10 minit dengan api yang perlahan.
- Kemudian baru dimasukkan air secukupnya, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan garam serta gula secukup rasa. Masukkan cendawan Shiitake dan biar sup mendidih dan masak sehingga ayam empuk.
- Masukkan perahan air limau nipis dan kacau beberapa saat dan kemudian bolehlah dipadamkan api.
- Semasa menghidang bolehlah ditaburkan dengan daun bawang.
Info chef: Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi putih. Boleh tambah sayuran lain seperti lobak merah dan kentang jika suka. Cili padi boleh diketuk-ketuk jika anda gemarkan sup lebih pedas.
Kolej Inforana Angkat Martabat Bidang Kemahiran, Graduan Laris Di Industri .
Info Institusi:
Nama Institusi : Kolej Inforana
Alamat : Lot 29295 Jalan Tok Jembal,Kuala Nerus, Terengganu
Maklumat lanjut : www.kolejinforana.weebly.com, FB :Kolej Inforana
Graduan bidang kemahiran sering disalahtanggap tiada masa depan yang cerah dan tidak ‘ke mana’ Ini kerana prejudis segelintir masyarakat penuntut bidang kemahiran adalah dalam kalangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran.
Namun sangkaan ini teryata meleset kerana latihan kemahiran yang disediakan Kolej Inforana berupaya melahirkan 95 peratus graduan yang berjaya memperolehi peluang pekerjaan dan kebolehpasaran kerjaya.
Menurut pemerhatian Kolej Inforana bidang latihan kemahiran kini menjadi pilihan graduan universiti yang masih belum mendapatkan pekerjaan setelah tamat belajar sebagai satu inisiatif pekerjaan dalam industri berkemahiran tinggi mahupun keusahawanan.
Bidang kulinari dan pasti kini menjadi pilihan ramai belia untuk dijadikan kerjaya pilihan memandangkan permintaan peluang pekerjaan yang tinggi selain daripada mampu membuka peluang perniaggan sendiri.
.
Inilah diantara objektif yang berjaya dicapai oleh Kolej Inforana dengan membentuk graduan yang berdikari dan berilmu kemahiran yang tinggi. Kolej Inforana adalah anak syarikat INFORANA HOLDINGS SDN.BHD.,ditubuhkan pada April 2002 dan berdaftar sebagai Pusat Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan Malaysia.
.
Pemiliknya Tuan Hj Ahmad Ramzi Hj Abdul Rahman yang sangat komited dalam menyediakan peluang kepada anak belia khususnya di Terengganu untuk mempunyai masa hadapan yang lebih cerah walaupun kurang berjaya di dalam akademik.
Kolej Inforana merupakan kolej kemahiran dalam bidang Kulinari dan Pembuatan Pastri dan kini mempunyai dua premis sendiri iaitu di Tok Jembal, Kuala Nerus dan juga kampus baru di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus yang baru sahaja beroperasi pada Ogos 2019.
.
Di antara kursus yang ditawarkan adalah Penyediaan & Pembuatan Makanan (tempoh 36 bulan), Pembuatan Pastri (tempoh 18 bulan) terbuka kepada anak muda berusia 16 hingga 30 tahun dengan syarat lulus Bahasa Melayu dalam PT3 atau SPM. Kelulusan yang bakal diperolehi adalah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4.
.
Bagi Kursus Jangka Pendek pula ditawarkan kepada pelajar yang menunggu keputusan SPM diumumkan, dan Kursus Latihan Pengendali Makanan ditawarkan setiap bulan untuk mereka yang terlibat dalam pengendalian makanan.
.
.
Sehingga kini Kolej Inforana telah berjaya menghasilkan lebih tiga ribu graduan bidang hospitaliti sejak ia ditubuhkan. Graduan kolej ini juga merupakan di antara yang termudah mendapat penempatan kerja di hotel, resort dan restoran di samping menjadi tenaga pengajar serta usahawan industri makanan.
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK MENGEKALKAN KESEGARAN MAKANAN, JOM LAYARI DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Jagung Cheese Leleh , Mudah Dan Ekpres Tapi Sedapnya Kemain.
8 Khasiat Madu & Sebab Ia Perlu Ada Dalam Diet Harian Anda
Wahhh..Sedapnya nampak madu dalam sarang tu! Macam manis-manis kenyal. Ada yang pernah cuba makan madu dari sarang tu tak? Hari ni nak share sedikit info mengenai makanan sunah ni. Madu, sejak dulu memang dikenali sebagai makanan yang berkhasiat bagi kesihatan. Madu yang dihasilkan oleh lebah boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain. Bahkan ia boleh diolah dan dijadikan minuman. Misalnya dengan mencampurkan madu dengan air suam. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa campuran madu dan air suam memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.
ANTARA KHASIAT MADU
1. MADU UNTUK ANTIOKSIDAN
- Terdapat kajian yang menyatakan bahawa dengan memakan suplemen kalsium bersama madu, dapat membantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh. Madu juga dikatakan membantu untuk kekal awet muda.
2. MENGATASI BATUK
- Madu memiliki efek penyembuhan akibat infeksi dan air suam mengubati sakit kerongkong. Madu dengan air suam juga membantu membawa keluar kahak yang terkumpul di dalam kerongkong.
3. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
- Kombinasi madu dan air suam boleh membantu membakar lemak. Oleh itu, disarankan untuk minum segelas air suam yang dicampurkan dengan madu pada setiap pagi agar menurunkan timbunan lemak ekstra dalam tubuh.
4. MENINGKATKAN ENERGI TUBUH
- Madu memberikan tubuh tenaga tetapi tak membuat anda gemuk.
5. KESIHATAN KULIT
- Madu memiliki banyak sifat antibakteria dan antikulat. Dengan meminum madu, ia dikatakan dapat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Selain itu, meminum campuran madu dan air suam juga boleh membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
6. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH
- Salah satu manfaat kesihatan madu ialah meningkatkan kekebalan terhadap batuk dan kesejukan. Minuman ini membersihkan sistem pencernaan dan meningkatkan kekuatan tubuh untuk melawan penyakit.
7. MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
- Madu dan air hangat merupakan penguat untuk sistem metabolisme. Makanan anda akan dicerna dan diserap dengan cepat jika anda meminum minuman sihat ini. Hasilnya, anda memiliki selera makan yang baik dan juga menurunkan berat badan.
8. MENCEGAH DEHIDRASI
- Campuran air suam dan madu boleh membantu untuk menambah cairan dalam tubuh. Jadi, anda akan terhindar daripada mengalami dehidrasi dan kekal bertenaga sepanjang hari.