Zulin Aziz; selebriti cantik, berbakat besar & terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’ ini memang tak asing lagi. Selain menyerlah dalam bidang seni, beliau juga merupakan antara selebriti tanah air yang pandai dan suka memasak. Sibuk dengan tugasan harian namun Zulin masih mempunyai masa untuk memasak dan berkongsi resipi bersama para peminatnya. Semuanya sedap-sedap dan buat rasa terliur.
Malah, beliau telah mewujudkan satu akaun Instagram khas @cikzulinkedapur untuk berkongsi aneka resipi dan video masak bersama para ‘followers’. Sehingga artikel ini ditulis, akaun IG ini telah mempunyai 114 ribu pengikut. Wow!
Jadi bagi anda yang ada ig tu, bolehlah ‘follow’. Ada macam-macam resipi yang boleh dicuba. Mana tau boleh dapat idea nak masak apa setiap hari kan. Jom lihat resipi-resipi yang Zulin share. Selamat mencuba!
Donat ni cukup special, ada masukkan kentang. Kekal gebu dan sedap. Jom ikut resipi donat kentang dari Puan Maria Bentalib yang cukup kreatif dengan idea memasaknya. Resipi dia cukup mudah diikut, dalam gambar tu ada langkah demi langkah membuatnya.Comel aje rupa donat tu.
Pastikan doh tu naik sempurna dengan yis berkualiti, barulah donat nanti naik gebu gabas. Sedap dan lembut bila digigit. Makan pulak dengan secawan kopi, memang teramatlah nikmatnya.
DONUT KENTANG OHSEM
.
BAHAN-BAHAN :
(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)
.
CARA MEMASAK :
1. Mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.
.
2. Kemudian. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan aisin vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati) Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman. Ketepikan
.
3. Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata..
.
.
4. Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).
5. Siap hempas hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.
.
6. Dah siap uli, cover besen dengan kain. Biarkan selama 1 jam 30 minit.
.
.
.
7. Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung.
.
8. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.
#DonutKentang #KegemaranRamai
Kredit foto dan resipi :Maria Bentalib FB : Maria Bentalib
Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung – beli online disini
1 1/2 senduk cili kering kisar – beli online disini
1/2 senduk sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Siapa yang suka kuah kacang boleh cuba buat resipi ini. Ikut langkah yang betul gerenti menjadi.Kuah kacang ni ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sikit. Sedap bila tergigit.Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis
1.Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2.Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3.Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4.Masukkan kacang tanah ,daging dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5.Masukkan gula Melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tip:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.