Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling ‘bercinta’ dan rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh.Makan masa pula tu nak buatnya.
Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Nazra Queen, ada cara mudah untuk hasilkan laksa penang ekspress yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.
Namun pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur. Cuti raya panjang hujung minggu ni, kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba resipi laksa ekspress ni.
Bahan-Bahan:
1 kg Laksa
Air secukupnya untuk didihkan laksa
Cara Membuat:
Panaskan air dalam periuk.Bila air mendidih masukkan laksa dalam 3 hingga 5 minit.Tutup api & toskan airnya.
Bahan-Bahan (Kuah Laksa Laksa Penang Ekspress):
2-3 keping asam keping
belacan saiz ibu jari
10tangkai cili kering direbus hingga lembut (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
1 batang bunga kantan
2biji bawang besar
1 tin Sardin (saiz kecil)
1 liter air
Ads
Cara Membuat:
1. Kisar asam keping, belacan, cili kering, bunga kantan dan bawang besar sehingga hancur.
2. Setelah hancur, masukkan 1 tin sardin saiz kecil beserta sos sardin dan kisar sekali lagi.
3.Curahkan ke dalam periuk, selepas itu masukkan pula air penuh mengikut sukatan blender tersebut.(sukat air guna blender).
4.Letak daun kesum yang telah dibasuh.Jangan buang batang daun kesum kerana ia menambahkan aroma pada kuah laksa.
5.Masuk garam & perasa secukup rasa. Didihkan atas api sehingga daun kesum jadi layu dan bahan-bahan kisar sebati dengan kuah.
Ads
6.Boleh dihidangkan bersama telur,salad,timun,bawang,cili, bawang dan sebagainya.
Kalau sebut tentang sayur peria tidak ramai yang menggemarinya kerana rasanya pahit. Namun ia mempunyai banyak khasiat. Ada cara untuk memasaknya agar rasanya tidak terlalu pahit. Peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing.Makan nasi panas dengan peria goreng ni memang layan.Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsi oleh Zizah Mizie.
Peria Garing
Bahan-bahan: Peria Tepung bestari pedas Tepung beras Garam Minyak masak
Cara membuat:
1. Belah peria kepada dua bahagian. Buang bijinya.
2. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
3. Tos dan basuh beberapa kali.
4. Perahkan peria dan letak dalam mangkuk. Gaulkan dengan tepung bestari dan tepung beras.
5. Peria yang sudah digaul sempurna dengan tepung.
6. Sedia untuk digoreng dalam minyak panas. 7. Peria siap digoreng.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Busuk tapi sedap sampai ramai orang ketagih, itulah bahana petai dan jering. Dua jenis ulam ini bukan hanya sedap sebagai ulam tetapi enak juga dicampurkan dalam masakan.
Kepada penggemarnya pasti menyukai apa sahaja menu berasaskan petai dan jering.
Kalau anda nak cuba, ini ada 10 menu petai dan jering yang boleh dicuba dan memberikan idea kepada anda untuk mencipta resipi baru sesuai dengan selera sendiri.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan 1 helai daun kunyit 2 keping aluminium foil Garam dan gula secukupnya 1 sudu makan air asam jawa
10 biji cili kering 5 biji cili merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 batang serai 1 inci halia 2 biji buah keras Sedikit kunyit hidup Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C. 4. Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan. 5. Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal. 6. Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit. Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit. Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
GULAI LEMAK UDANG PETAI MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm 500gm udang saiz XL | bersihkan 2 batang serai | titik 2 keping asam gelugor 1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul 3 cawan santan Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi 2 tangkai cili merah 1 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan. 2. Masukkan petai dalam periuk bersama asam gelugor, serai, daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi. 3. Tuangkan santan dan gaul rata. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. 4. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 5. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL HIJAU BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek 200gm cawan isi petai 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam jawa Minyak secukupnya Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau 10 biji cili padi hijau 3 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar. 3. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata. 4. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing. Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek 200gm isi petai 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air 1 biji bawang besar | hiris Garam dan gula secukup rasa 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 3 tangkai cili merah 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan. 2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 3. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. Tutup api dan sedia dihidangkan.
SAMBAL TELUR PUYUH PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit 200gm isi petai 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan pes asam jawa 4 sudu makan pes cili Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 2 ulas bawang kisar 3 biji cili merah 2cm halia muda 2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar. 3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak. 4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi. 5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersih & buang kulit arinya 200gm isi petai 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan pes asam jawa 4 sudu makan pes cili Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 2 ulas bawang kisar 3 biji cili merah 2cm halia muda 2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan. 3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar. 4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak. 5. Masukkan petai dan sotong tadi. Kacau rata lebih kurang 2-3 minit. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika. Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL GORENG IKAN BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | hiris melintang 200gm ikan bilis | kopek 1 biji bawang besar | hiris 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan pes asam jawa 3-4 sudu makan minyak masak Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan. 2. Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan. Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. 3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi. 4. Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
RENDANG BEREMPAH AYAM JERING TUA
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya 500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan 1 liter santan pekat 3 sudu makan kerisik 1 sudu makan rempah kari 1 keping asam gelugor 3 batang sarai | titik 1 helai daun kunyit | siat dan simpul Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 8 tangkai cili kering 3cm halia 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak. 4. Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut. Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit. 5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik. 6. Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak. Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api. Rendang sedia dihidangkan.
SEMUR DAGING JERING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus 250gm daging | rebus dan hiris nipis 2 helai daun salam 3 helai daun limau purut | carik-carikkan 1 batang serai | titik 3 sudu makan kicap manis 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar 1 sudu teh jus asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2cm halia muda 1 batang serai 3 biji buah keras 3 biji cili merah 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut. 2. Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi. 3. Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit. 4. Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. 5. Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi. Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN
200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya 200gm daging | rebus dan hiris nipis 1 sudu teh pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2cm halia muda 2 biji buah keras 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut. 2. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa. 3. Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit. 4. Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit. Tutup api, angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Asyik dengar resipi ayam gunting je, apa kata kali ni kita cuba menu yang lain sedikit seperti resipi cendawan gunting yang gerenti buat orang ketagih bila dah makan. Nak buat resipi ni pun sangat mudah dan stok cendawan tiram pun mudah je nak cari di kedai.
Ayam pun dah mahal juga kan sekarang? bolehlah cuba resipi ni di rumah sebagai pengganti ayam untuk anak-anak. Jom kita cuba!
CENDAWAN GUNTING
BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Pati Ayam (optional)
Air
CARA PENYEDIAAN:
Kredit: Fuzza Nisa
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.