Jom makan cara eat clean, ayam stim. Menu yang paling simple, cepat dan mudahkan. Selain itu menu ni juga berkhasiat. Menu cepat ni korang masak nasi letak jer lauk ayam ni di atasnya.Sungguh menjimatkan masa.
Ayam Stim
Ayam
4 ulas bawang putih *diketuk -BELI ONLINE DI SINI
2 inci halia *dimayang -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu lada hitam *ditumbuk
2 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil lada putih
1 kiub pati ayam -BELI ONLINE DI SINI
Secubit garam *optional
Cara memasak:
1.Gaulkan kesemuanya
2.Perapkan 1-2 jam
3.Kukuskan sehingga masak.
Ads
Kredit: nadyrah ismail
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Untuk menghasilkan Gulai IkanAya/Tongkol yang sedap, ia bermula dari penyediaan ikan itu sendiri. Bila makan Nasi Berlauk & Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, pasti perasan yang ikannya terasa manis, pejal dan tak hancur. Kuahnya pun sangat enak. Rahsianya, ikan tu kena rebus dulu. Tapi ada caranya tau. Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan di bawah ini.
IKAN AYA (TONGKOL) REBUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan toskan airnya.
2. Dalam periuk bersesuaian, susun 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang bau hanyir melampau pada ikan.
3. Susun ikan dengan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.
4. Tabur rata garam halus sebanyak 1 ½ sudu teh untuk setiap lapisan.
5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.
6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.
7. Renjiskan cuka atas ikan secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal.
8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi. Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam proses rebusan, air dari ikan akan keluar sendiri.
9. Lapisan paling atas, letakkan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.
10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung periuk ditutup sewaktu merebus.
11. 10 minit sebelum ditutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.
12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.
Kuih tepung bungkus , rasanya lemak lemak manis memang sedap dinikmati. Kuih tradisi ini dieprbuat daripada tepung dan berinti kelapa. Lebih aroma rasa bila dibungkus pula dengan daun pisang. Boleh hidang untuk minum petang nanti.
1 biji kelapa (putih sahaja)
1 cawan gula merah
1 1/2 air
1/2 gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sudu t. Gamdun
Cara memasak:
Kacau santan, Tepung Beras & Garam.. Masak atas api bg pekat..
Utk inti
Panaskan gula merah, gula pasir, daun pndan..Secubit garam.. Dah cair semua Masukan Kelapa kacau sebati….kering air.. Masukn tepung gandum… Inti buat siap2 sehari sebelum nk buat tepung bungkus
Kredit Resepi : iffat irdina
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ibu mesti tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Rasa pun tak pedas. Cukup perisanya dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Jika tiada kepak, boleh sahaja guna apa-apa bahagian ayam yang anda ada. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!
RESIPI KEPAK AYAM BAKAR MADU
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.