Selepas menyaksikan live Dato Seri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris membuat laksa, wanita yang menggunakan akaun facebook Deyana Hatazad telah membuat sendiri laksa mengikut resipi yang diberikan.
Melalui facebook live, Deyana mengatakan memang sedap sungguh laksa yang dimasak ikut resipi usahawan kosmetik tersebut. Cuma ada sedikit yang diubah iaitu laksa digantikan dengan pasta angle hair. Jom try masak.
LAKSA STYLE ABANG TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kembung
4 ekor ikan selayang
7 keping asam keping
Sedikit garam
1 labu bawang besar
5 sudu cili kering
4 biji cili api merah
3 inci belacan
Sedikit air
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
2 batang serai
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam secukupnya
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula merah
BAHAN HIASAN
Bunga kantan (hiris)
Telur ayam (rebus)
Limau nipis (belah 2)
Bawang (hiris)
Salad (hiris)
Timun (hiris)
CARA MEMBUAT
1. Rebus ikan kembung dan ikan selayang bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian ambil isi ikan dan kisar kasar. Masukkan dalam periuk bersama air ikan rebus tadi
2. Masak kuah ikan dengan api pelahan. Kacau kuah ikan sentiasa.
3. Kisar bawang besar, cili kering, cili api merah dan belacan dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk berisi kuah ikan tadi.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan serai.
5. Kisar ikan bilis dan masukkan dalam periuk.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan garam jika masih belum cukup masin, asam jawa dan gula merah.
Resipi OLeh Deyana Hatazad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI