Korang suka kacang Dhal, kalau suka ini min nak kongsi dua menu kuih yang diperbuat dari kacang Dhal yang disukai ramai, Vadai memang tak perlulah diperkenalkan kerana sangat ramai yang menyukainya. Sementara Puff Inti Kari Dhal Ayam juga sangat senang disediakan, sesuai ni dijadikan menu minum petang. Korang kena cuba.

Vadai & Puff 2 Menu Olahan Kacang Dhal Simple & Sedap.PUFF INTI KARI DHAL AYAM
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 keping pastri puff segera
  • 1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
  • 200gm isi ayam | dadu kecil
  • 1 biji bawang holand | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 biji kuning telur | kacau
  • Garam gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
  2. Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
  3. Masukkan bawang putih dan daun kari.
  4. Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
  6. Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
  7. Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
  8. Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
  9. Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
  10. Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
  11. Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
  12. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.

Vadai & Puff 2 Menu Olahan Kacang Dhal Simple & Sedap.
KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 biji cili hijau | dadu halu
  • 4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
  2. Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
  3. Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
  4. Gaul rata dan sebati,
  5. Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
  6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
  7. Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
  8. Kuih Vadai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI