Sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.
Lauk begini makan dengan nasi panas dah cukup marvellous. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk travel atau anak-anak asrama. Jika mahu hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Tip Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat
Ads
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)
Cara memasak
1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.
3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.
Ads
4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.
5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.
Orang kita memang cukup suka padankan hidangan lauk pauk dengan sambal. Segala jenis sambal ada, namun yang paling popular ialah sambal belacan.
Kali ini, Rasa kongsikan seleksi jenis sambal yang ada dan mudah disediakan, hasil daripada perkongsian Kak Zu. Memang nampak sedap!
SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
30 biji cili burung kampung 4 biji cili api merah – beli online di sini ½ cawan ikan bilis ¼ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 1 biji perahan limau nipis
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper cili api dengan garam dan gula. Tumbuk kasar ye. Jangan lumat sangat. 2. Kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur. Akhir sekali, perahkan air limau nipis. Siap.
SAMBAL BELACAN SIAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api merah siam Belacan 1 sudu kecil gula ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil ajinomoto Air asam secukupnya 5 sudu cuka makan ½ biji bawang holland – beli online di sini
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai sebati. 2. Air asam tu agak-agak nak cair atau pekat sambal ya. Jangan kisar hancur sangat tau. 3. Biar ada bahagian yang kasar-kasar tu. Baru syok bila makan gigit-gigit cili tu. Rasanya sebiji rasa macam sambal di kedai tomyam.
SAMBAL TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam merah ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula (kalau tempoyak dah manis, letak gula sikit je cukup) ½ cawan ikan bilis | dibasuh
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan. Dah hancur masukkan ikan bilis. 2. Chopper lagi ikan bilis tu bagi separuh hancur. Akhir sekali, campurkan dengan tempoyak manis.
SAMBAL LIMAU
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula Belacan 2 biji limau nipis
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau. 2. Jangan masukkan air ye, nanti sambal cepat berubah rasa. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk. 3. Sambal ni boleh buat lauk juga. Kalau dah bosan sangat tak tahu nak masak apa, ambil ikan atau ayam, gaul garam dan kunyit. Kemudian letakkan sambal ni di bahagian atas dan masak dalam air fryer.
SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam ½ sudu kecil garam 1 sudu besar gula Belacan Buah mangga/bacang/kuinin | diracik-racik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper kesemua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau. Dah hancur, baru masukkan mangga. 2. Gula boleh ditambah jika mangga tak cukup manis atau sambal pedas sangat.
KUAH ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
Cili api hijau Cili api merah Cili masak Bawang besar Buah tomato (semua dihiris)
BAHAN KISAR:
Bawang besar Cili api Air asam jawa Belacan
CARA MEMBUAT:
1. Lenyekkan dan ramas-ramas dua bahan ni dengan air. Semua bahan disatukan. 2. Masukkan kerisik. Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa. 3. Gula letak lebih sikit. Masukkan limau kasturi yang dibelah 2. Sukatan agak-agak, ikut citarasa dan kepekatan ya.
SAMBAL PICIT
BAHAN-BAHAN:
Air asam jawa Cili api Belacan Garam & gula secukupnya Ajinomoto
CARA MEMBUAT:
1. Picit-picitkan cili padi dan belacan dalam air asam jawa. Kalau suka, tambahkan perahan limau nipis. 2. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus. Warna sambal ini bergantung pada jenis asam jawa dan belacan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
Suka makan Sambal Halia? Andai menikmati sajian Nasi Ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa Sambal Halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Bahan-bahan nak buatnya juga mudah sahaja. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni dan jadikan sebagai stok dalam peti sejuk. Jom cuba!
CARA BUAT SAMBAL HALIA NASI AYAM YANG SEDP & MUDAH
Rasa tak mau makan malam dengan menu berat, apa kata anda cuba lempeng gulung yang gerenti ketagih sekali makan mesti nak cuba lagi. Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Anak-anakpun gerenti suka. Kalau buat lebih boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah atau anda bawa ke pejabat keesokan harinya..
LEMPENG GUNTING CICAH SAMBAL TUMIS DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS DAGING KISAR:
250gm daging kisar
1 biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos balognes
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
Ratakan menjadi bulat yang nipis.
Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.