Syawal masih muda.Rentas negeri pun dah dibenarkan. Bila balik kampung nanti bolehlah masakkan ibu di kampung tiga lauk ayam ni. Ibu pun dah tua, cuba kita pulak yang menjamu ibu dengan Ayam Lodho, Ayam Ungkep dan Rendang Hijau Ayam. Biarlah orang kita cintai tu dapat berehat dan cerita menanti kedatangan anak-anak yang dikasihi.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Fatin Damia, Sue M. Shauhki dan Nor Zaqiyah. Taklah sesusah mana.
1. AYAM LODHO
.
BAHAN-BAHAN :
Ayam kampung | (cukup untuk 2-3 orang makan)
* Gaul dengan garam dan bakar sampai sedikit kering)
Bahan A :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3sm kunyit hidup
5sm halia
5sm lengkuas
2sm kencur
20 biji cili padi | kurangkan kalau tak suka pedas
* Kisar semua sampai halus semua bahan-bahan ini
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan B :
Ads
* 1 sudu teh lada putih
* 1 sudu teh ketumbar
* 1 sudu teh jintan
* Tumbuk sampai halus semua bahan yang bertanda *
Bahan C :
2 helai daun salam
2 batang serai
2-3 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
Bahan D :
500ml santan | kalau suka lebihkan air
CARA MEMASAK: 1. Tumis semua bahan A hingga semua pecah minyak. 2. Masukkan bahan B. Masak sebentar selepas itu masukkan ayam. 3. Gaul sampai mesra kemudian masukkan bahan C. 4. Masukkan bahan D, masak guna api perlahan sampai pekat. Lebih kurang 30-45 minit. 5. Masukkan garam dan gula sesuai selera
Kredit foto & resipi : Fatin Damia
2. AYAM UNGKEP STAIL JAWA JOHOR.
.
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ayam | dipotong 12 eloknya ayam tua atau ayam kampung
Bahan kisar :
3 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2.4sm halia
4.5sm kunyit hidup | lebih kurang tiga ketul kunyit
15 tangkai cili padi | seeloknya cili padi hijau, warna ungkep mestilah kuning kehijauan.
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
1 biji buah keras
6 butir lada hitam biji
Secubit serbuk kunyit.
Bahan tumis :
2 labu bawang besar | dihiris kasar
2 batang serai |ketuk dan siatkan
2 cawan minyak zaitun untuk menumis
*boleh juga guna minyak biasa.
Bahan Tambahan ( wajib ada ):
1 keping asam keping.
6 biji kentang | dibelah empat
3 biji tomato | dibelah empat
16-20 biji cili padi | buang tangkai
1 helai daun kunyit | disiat-siat
1 liter air | untuk empukkan ayam.
Santan @ susu cair secukupnya |opsyen
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan pula bahan-bahan kisar pula. Biarkan sampai pecah minyak. 3. Kemudian masukkan ayam, gaulkan hingga sebati, sampai ayam kecut. Masukkan air 4. Untuk mempercepatkan ayam pencen lembut, masukkan sudu dan tutup kuali dengan api sederhana selama 30 hingga 45 minit. 5. Biarkan ia empuk, dan kemudian masukkan santan/ susu cair. Masukkan kentang dan usah terlalu kering biarkan basah sedikit 6. Kemudian masukkan asam keping, tomato dan cili padi yang dibuang tangkai. Perasakan dengan garam dan gula. 7. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang disiat.
Ads
Kredit Resepi : FB SUE M SHAUHKI
3. RENDANG AYAM HIJAU
.
BAHAN-BAHAN :
10 biji cili besar hijau | boleh tambah jika suka
10 biji cili api hijau |boleh tambah jika suka
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.4sm halia
2.4sm lengkuas
2 batang serai
Sedikit serbuk kunyit
*Semua bahan-bahan di atas dikisar
1 cawan santan
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu makan kerisik
Daun limau purut secukupnya | dihiris kasar
Daun kunyit secukupnya | disiat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan ayam. Kacau sebati, biarkan ayam kecut ( air ayam dah keluar) 3. Masukkan santan, air, asam keping, kerisik dan daun limau purut. Biarkan ayam empuk 4. Masak hingga pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Taburkan daun kunyit dan padamkan api
Ads
Kredit Resepi :FB nor zaqiyah
INGIN MENCARI PETI SEJUK TERBARU, JOM LAYARI DI SINI
Ada sesetengah orang masih tak tahu apa tu daun salam selalu sebut ‘Bay Leaf’ rupanya daun yang sama jer sebenarnya. Daun ni banyak tumbuh di pekarangan rumah kampung mahu pun dikebun. Kegunaannya sudah dikenali dari zaman dulu lagi sebagai ramuan masakan khas serata asia. Selain dijadikan penyedap dalam masakan kerana aromanya, manfaat daun salam bagi kesihatan juga sudah banyak dibuktikan melalui penyelidikan.
Daun salam juga berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kolesterol, mengubati diare, mengatasi maag, diabetes, dan membantu menurunkan berat badan. Jadi, sudah terbukti dan teruji khasiat daun salam tidak terbatas penggunaannya bukan hanya dalam masakan saja.
Daun Salam Penyedap Masakan
Aroma daun salam sangat khas. Penambahan daun salam dalam masakan dapat memberikan rasa meruntun kalbu. Daun salam masih boleh digunakan meskipun telah layu atau bahkan kering. Aromanya tetap sedap.
GULAI NANGKA DAUN SALAM
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg nangka muda, didadu sederhana besar
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
4 helai daun salam yang telah dikeringkan
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
5 biji cili merah*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 inci belacan*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan biar daging kecut. Masukkan nangka muda tadi, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih.
Masukkan daun salam dan terus memasak hingga nangka 3/4 lembut. Masukkan asam gelugor, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin (sesapa nak guna serbuk perasa pun ok).
Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sekali sekala hingga nangka empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin…..hmmmmm…
Ok atas permintaan, mat pun memasak lah satu resipi yang rasanya dah letak juga dulu kat sini, cuma versi yang ini mat letak”daun salam”, ianya begitu sinonim dengan orang2 Indonesia, sebab mereka menggunakannya begitu meluas dalam masakan, terutama masakan “Guddeg”. Dulu ada orang kata daun salam = bay leaf, tapi tak sama langsung, mungkin dari segi rasa tu ada sikit2 kesamaan, boleh juga lah dikatakan ianya bay leaf versi asia. Untuk kali ni mat campur kan daging sebagai perencah….psttt…daun kering dalam gulai tu, daun salam yeaa..bukan daun kering yang jatuh dibawa angin…hehehe..
Kongsi resipi: tiffinbiru / Dapur tanpa sempadan
Penggunaan daun salam ini juga sesuai untuk pelbagai jenis masakan masak lemak seperti di link ini… Jom cuba!
Lauk sambal sotong untuk makan tengah hari memang sedap. Dipadu dengan sayur goreng saja dah lengkap hidangan.
Tapi biasa terjadi bila masak sambal sotong selalu berair dan sotongnya kecut. Lagi tak best nak makan bila ada sedikit bau hanyir.
Untuk elak perkara ini bila memasak sotong boleh gunakan tip ini dikongsi oleh Ayue Jalal dan Aimi Marina Saadan. Sambal sotong yang menggunakan cara ini memang tak kecut, kembang elok serta sambal pun pekat.
Tip masak sambal sotong sedap, tak berair
Sebelum ini masak sambal sotong tak rebus dulu pun. Terus saja masak. Tapi ada sekali terbaca cara masak sambal sotong, sotong itu direbus dulu untuk rasa lebih sedap. Bila cuba, betul apa yang dikata… memang sedap.
Caranya:
Rebus sedikit air hingga mendidih.
kemudian masukkan sotong dalam air mendidih, rebus sekejap saja dalam satu minit dan tos.
Dah kering air sotong barulah masukkan dalam sambal dalam kuali.
Boleh juga kalau panaskan saja sotong dalam kuali tanpa letak air. Biar air sotong keluar sampai kering. Dua-dua cara ini boleh guna, rasanya tetap sama.
Masukkan sotong yang ditos bila sambal dah terbit minyak. Tumis dengan gula merah dan gula biasa. Guna api yang kecil.
Boleh juga masukkan sedikit air rebusan sotong supaya sambal ada rasa manis sotong.
Bila dah masukkan sotong, gaul sekejap saja dengan sambal dalam 2-3 minit boleh diangkat.
Tercari-cari resipi Nasi Goreng sedap? Resipi Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu ini cukup mudah. Paling penting kena ada sotong dan cili. Barulah menjadi. Selain bahan yang dinyatakan, anda boelh menambah atau menggunakan apa-apa bahan lain mengikut selera masing-masing.
Nasi Goreng ini sesuai dinikmati pda bila-bila masa. Pagi, tengahari, petang semuanya boleh. Memang membuka selera. Tak perlu dah makan dekat kedai. Masak sendiri lagi sedap. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN: Nasi putih – sukatan 3 orang makan 3 ekor sotong – hiris 4 biji cili padi 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 sudu makan cili kering kisar – beli online disini 1 sudu teh udang baring / udang geragau – beli online disini Garam dan gula secukup rasa 2 biji telur Hirisan sayur pilihan – kubis/ petai/kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang geragau hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk bersama cili kering kisar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
4. Pecahkan telur.
5. Kacau hingga rencah menjadi sebati dan bergaul sebegini.
6. Masukkan nasi dan juga hirisan sotong. Kacau semua hingga bergaul rata.
7. Bila nasi sudah bergaul sempurna, masukkan hirisan kubis dan kacang panjang. Kacau lagi.
8. Seterusnya masukkan petai (jika ada). Gaul lagi hingga sayur masak dan sedikit layu.
9. Rasa nasi goreng. Jika semua perasa sudah cukup, angkat dan hidangkan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.