Sebut sahaja Laksa Lemak Putih, terus mengimbau kenangan ketika menikmatinya di Kelantan suatu ketika dahulu. Sedap betul rasa lemak ikannya dan kuahnya yang pekat. Dimakan pula dengan ulaman dan sambal belacan. Padu betul.
Jika sesekali teringin, tak perlu lagi ke Kelantan semata-mata untuk menikmatinya. Boleh saja buat sendiri menerusi resipi hasil perkongsian daripada Roselinda Jd ini. Jom kita cuba.
Spaghetti…sajian yang sungguh mengenyangkan. Kalau dah makan sajian ni memang tak pandang dah nasi dan lauk lain. Spaghetti kini bukan sahaja disajikan gaya menu barat tetapi boleh dimasak ala citarasa Asia yang berempah.
Apa pun pilihan menu anda, ke lima menu ni cukup sedap untuk dicuba. Cubalah nanti ya, makan tengah hari pun boleh nak makan malam pun okay.
1. SMOKED DUCK PASTA WITH OLIVE OIL
BAHAN-BAHAN :
8 ulas bawang putih
1/3 cawan minyak zaitun
100 gm daging itik salai (potong dadu)
200 gm spaghetti
4 sudu makan daun parsli (dicincang )
1/ 3 cawan air rebusan makanan laut (seafood stock)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Beberapa jam sebelum atau malam sebelumnya, hiris bawang putih 1mm. Rendam hirisan bawang putih di dalam 1/3 cawan minyak zaitun.Inilah rahsia kelazatan perisanya ini iaitu mengadunkan rasa minyak zaitun dengan bawang putih terlebih dahulu.
2. Didihkan air di dalam periuk untuk merebus spaghetti. Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa.
3. Sementara itu jika anda menggunakan parsli segar, hiris dan cincang halus.
4. Rendamkan itik salai dalam 1/3 cawan air rebusan makanan laut. Ini adalah kaedah untuk menukar air kepada air bergaram (brine) menggunakan itik salai. Daging itik salai kemudian dikeluarkan dipotong dadu dan ditumis.
5. Kemudian masukkan 200 gm spaghetti ke dalam periuk air yang mendidih tadi sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.
6. Panaskan bawang putih dan minyak zaitun di dalam kuali leper. Ketika minyak sedang panas kacau dengan sudip agar bawang putih tidak bergumpal. Apabila bawang putih menjadi perang tutup api.
7. Ambil spaghetti dan masukkan ke dalam kuali leper. Nyalakan api sederhana dan masukkan duck brine airnya sahaja. Taburkan parsli yang dicincang sebanyak tiga sudu makan dan lada hitam secukup rasa. Balik-balikkan perlahan spaghetti dalam kuali leper sehingga masak al dente dan air kering.
8. Padamkan api dan masukkan daging itik salai. Gaulkan dan rasa dahulu pasta anda sebelum memasukkan garam untuk mengelakkan rasa masin kerana itik salai sudah bergaram
9. Hidangkan dan taburkan lebihan parsli tadi.
INFO CHEF : Jika anda ingin memasak Spaghetti Aglio e Olio biasa tanpa daging itik salai, gunakan 1/3 cawan air daripada rebusan pasta dan tambahkan garam sehingga cukup rasa.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu Memasak : 25 minit Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis masakan : Barat Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan rasa yang berbeza dan lebih enak
2. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
1. Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
2. Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
3. Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
4. Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
5. Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
6. Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
7. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu Memasak : 15-20 minit Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis masakan : Barat Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
3. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : Cara masak pasta : 1. Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. 3. Tumiskan bawang dan masukkan daun kari. 4. Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega. 5. Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih 6. Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut: 1 .Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa. 2. Salutkan ketam di dalam campuran tepung 3. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Pasta Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
4. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan. 2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing. 3. Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata. 4. Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala. 5. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata 6. Masukkan lada hitam dan padamkan api 7. Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa. Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
5. SPAGHETTI KEJU
BAHAN-BAHAN :
340g spagheti
2 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang
200ml krim berat
200ml sup ayam
300g keju Itali dicincang
Secubit Garam
lada hitam secukup rasa
2 sudu besar parsley segar dicincang
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dalam periuk besar dengan sedikit garam untuk merebus spagheti. 2. Buang sebahagian air yang direbus, tinggalkan sedikit dalam anggaran satu cawan air, di dalam periuk. 3. Sementara itu, dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air. 4. Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika. 5. Padam api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih banyak spagheti sehingga sos mencapai rasa yang diinginkan. 6. Perasakan dengan garam dan lada hitam, hiaskan dengan pasli, dan siap untuk dihidangkan.
Bila tiba malam, nasi ni dah tak berapa nak makan nasi dah. Kalau hidangan mi atau bihun, bolehlah juga. Tapi, kalau asyik makan mi goreng yang biasa buat tu pun naik jemu juga.
Kalau anda ada masalah seperti diatas ni, boleh cuba resipi MI DAGING ni. Comfirm tak tolak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Cara buat mi hailam padu ini sukatan untuk masak sekuali terus. Lebih mudah untuk makan sekeluarga, sekali masak saja.
Hidangan mi ini enak dihidangkan panas-panas, memang berselera makan. Untuk jamu tetamu datang beraya waktu petang atau malam pun sesuai.
Cara buat mi hailam, sukatan masak sekuali terus
Bahan-bahan
500g mi kuning (dibilas & toskan)
Hirisan daging (nipis)
Fish ball / fish cake
Udang / sotong (jika suka)
½ sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
1 liter (boleh tambah jika mahu lebih kuah)
Bahan tumis
6 ulas bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili kisar
Minyak masak secukupnya
Sayur- sayuran
1 ikat kecil sayur kailan
1 paket kecil putik jagung (dihiris)
Sedikit kubis bunga
1 batang lobak merah (dihiris nipis)
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hirisan daging dan semua jenis sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, kicap manis). Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air dan masak hingga daging empuk. Masukkan fish ball, fish cake, dan seafood kalau guna. Gaul rata.
4. Tuang dalam 1 liter air (atau lebih jika suka kuah banyak). Masukkan lada sulah dan biar reneh seketika. Tambahkan sayur keras dulu seperti lobak merah, putik jagung dan kubis bunga. Biarkan layu.
5. Kemudian masukkan mi kuning dan kailan. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, renjiskan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan masak sekejap sahaja supaya mi tidak kembang.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.