
Musim PKP ni, tak tahu nak pergi mana kan? Asyik ulang-alik pergi dapur, bilik air dan bilik sendiri sajalah.
Tapi waktu macam nilah kita nak pelajari lebih banyak ilmu tentang juadah-juadah istimewa kan. Lagipun tak lama lagi hari istimewa Hari Bapa pun bakal menjelma.
Jadi, apa kata kita pelajari juadah makan petang yang sangat senang ini. Guna air fryer saja! Bahan-bahan pun mudah untuk didapati.
Jom kita tengok macam mana untuk membuatnya dengan menggunakan resipi daripada Izz Aishah.
BAHAN-BAHAN:
Puff pastry sheet – beli di sini
1 biji telur
2 biji kuning telur
75ml susu full cream – beli di sini
45gm gula kastor – beli di sini
Esen vanilla – beli di sini
150ml whipping cream
Acuan tart secukupnya
CARA-CARA:
1. Campur semua bahan dalam satu bekas. Kemudian, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Sementara itu, tekap puff pastry dengan cawan. Kemudian masukkan ke dalam acuan. Tekan-tekan bagi padat di bahagian bawahnya.
3. Selepas itu, masukkan filling dengan bahan yang sudah disatukan tadi ke dalam doh namun jangan sampai penuh.
4. Kemudian, bakar di dalam air fryer dengan suhu 180C selama 20 minit. Jika menggunakan ketuhar, suhu 170C selama 25 minit.
5. Apabila sudah dimasak, boleh makan panas-panas atau sejukkan dalam peti sejuk. Selamat mencuba!
Sumber : Izz Aishah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/geramnya-tengok-kek-sarang-semut-yang-cantik-ni/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Salad Pasta, Sesuai Untuk Yang Sedang Cuba Diet Sihat

Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
2 Resipi Pai Guna Pastri Segera Yang Sedap & Senang.

Tidak kira pai pedas atau manis, ia tetap menjadi dessert yang digemari ramai sebagai hidangan sampingan di majlis-majlis keraian atau teman kopi untuk minum petang yang santai. Ada pelbagai kulit pai yang digunakan, apa kata korang cuba pai yang menggunakan pastri pai segera yang mudah. Sangat senang menyediakannya kerana korang hanya perlu sediakan intinya saja dan bakar. Semudah 1, 2, 3.
PAI EPAL
- BAHAN-BAHAN:
- 6 keping kulit pastri segera
- 2 biji epal hijau | potong dadu kecil
- 1/2 cawan gula perang
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan mentega
- 2 sudu makan jus lemon
- Sedikit parutan kulit lemon
- 2 biji kuning telur | untuk glis
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Campurkan epal bersama kesemua bahan kecuali kuning telur dan kulit pastri.
- Gaul rata dan sekata.
- Letakkan inti ke dalam kulit pastri dan lipatkan berbentuk segi tiga.
- Tekan hujung bucunya dengan garpu.
- Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit gula perang.
- Susun ke atas dulang pembakar dan bakar selama 10-15 minit.
- Setelah sejuk baru keluarkan dari dulang pemebakar.
- Pia sedia dihidangkan panas-panas untuk mendapatkan keranggupan kulit pai.
POT PAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung serbaguna
- 100gm mentega | sejukkan
- 80g susu segar/air
BAHAN INTI:
- 150gmM isi ayam | potong dadu
- 80gm sayuran campur
- 1 /2 biji bawang Holland | dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 tin sup krim ayam
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Potong mentega kepada ketulan kecil.
- Gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi crumble.
- Masukkan susu dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut
- Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
- Keluarkan doh dari dalam peti sejuk dan canai dengan ketebalan 1/4cm
- Letak atas acuan pai dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
- Dengan menggunakan garpu cucukkan lubang di tengah-tengahnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit.
- Sementara itu, sediakan inti.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan bawang Holland dan masak sehingga keperangan.
- Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
- Tuangkan krim sup, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati
- Setelah sejuk, tuangkan inti dalam cengkerang tart.
- Tutup bahagian atas dengan kepingan crust pie.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan masak sehingga 15-20 minit.
- Setelah masak pai sedia dihidangkan.
Petai Oh Petai! Walaupun Berbau Tetap Menjadi Pujaan Hati

Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Ini lima koleksi resipi menarik yang boleh kita masak nanti:
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis ] kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis ] kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar ] hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
- 500gm udang saiz XL ] bersihkan
- 2 batang serai ] titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
- 3 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 15 biji cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata.
4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
KLIK UNTUK RESIPI EXTRA:
1. SAMBAL GORENG PETAI, TAUHU DAN TELUR PUYUH
2. TELUR PUYUH SAMBAL BERSANTAN
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.