Anda penggemar tat dan pai? Ini RASA kongsikan dua resipi yang sangat mudah dibuat, tapi hasil kejadiannya gerenti sedap setanding pai dan tat yang dijual di bakeri ternama. Apa tunggu lagi copy resipi ni, jom kita buat sama-sama.
TAT KEJU TELUR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN A:
500gm tepung roti
15gm gula
5gm garam
50gm marjerin
250gm air
250gm pastri marjerin
BAHAN INTI:
IKLAN
100gm gula kastor
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
40gm keju cheddar
250ml susu segar
200ml krim putar
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; didihkan krim putar dan gula kastor hingga sebati.
Kemudian campurkan susu segar, esen vanila dan telur.
Apabila adunan memekat, masukkan tepung jagung, pewarna kuning dan gaul rata.
Seterusnya masukkan keju cheddar dan kacau sebati. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat doh pastri; Masukkan kesemua bahan A ke dalam mesin pengadun kecuali air. Kemudian gaul hingga sebati.
Masukkan air dan adun sehingga doh sebati dan lembut.
Keluarkan doh, canai dan masukkan pastri marjerin.
Lipat doh dan lakukan lipatan single book dan double book.
Potong doh pastri dan masukkan ke dalam acuan aluminium.
Masukkan inti dan bakar pada suhu 200C selama 25 minit.
Sedia dinikmati.
IKLAN
PIE EPAL
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
BAHAN KULIT PASTRI:
200gm tepung gandum
¼ sudu teh garam
100gm marjerin
80ml air sejuk
BAHAN INTI:
4 biji epal
1 biji buah lemon | parut
2 sudu makan mentega
100gm gula perang
4gm serbuk kulit kayu manis
10gm tepung jagung
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; kupas kulit epal dan buang biji. Hiris nipis.
Panaskan gula dan mentega, masukkan hirisan epal. Kacau rata.
Masukkan serbuk kulit kayu manis, garam dan tepung jagung.
Kacau sehingga epal lembut dan kuahnya pekat.
Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kulit pastri; ayak tepung bersama garam.
Masukkan marjerin ke dalam tepung dan ramas agar ia sebati.
Masukkan air dan gaul sehingga membentuk doh.
Uli doh sebentar dan rehatkan.
Canai doh mengikut ketebalan yang dikehendaki. Letakkan pastri doh ke dalam acuan pai dan tekan.
Potong lebihan doh di sekeliling acuan pai dengan spatula logam.
Masukkan inti ke dalam doh dan tutup bahagian atas dengan lebihan doh tadi.
Bakar pada suhu 180C sehingga masak.
Sejukkan dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Telur dadar memang dah jadi lauk kebiasaan kita dan ada banyak versi. Ada yang suka telur dadar garing tapi yang pasti ramai suka ia lembut dan gebu di dalam. Nak dapat hasil telur dadar gebu ini boleh gunakan teknik kedua yang dikongsi oleh Nur Mashitah.
Teknik buat telur dadar gebu
Teknik masakan yang berbeza mampu menghasilkan hidangan yang berbeza meski pun menggunakan bahan yang sama. Begitu juga apabila anda ingin menghasilkan telur dadar yang gebu.
Ada teknik atau cara yang boleh diguna pakai bagi menghasilkan telur dadar yang gebu. Cuba bezakan dua teknik di bawah:
Teknik Pertama
Pukul telur putih dan telur kuning di dalam satu bekas dan kemudian goreng.
Teknik Kedua
Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul kedua bahan di dalam bekas yang berasingan. Putih telur dipukul sehingga kembang seakan-akan awan putih. Kemudian kuning telur di gaul dengan perlahan ke dalam bekas yang mengandungi putih telur tadi dan kemudian goreng.
Kedua-dua teknik ini menggunakan bahan yang sama, tetapi hasilnya berbeza. Telur dadar yang dihasilkan dengan teknik kedua akan lebih gebu daripada teknik pertama.
Hasilnya…
Apabila putih telur dipukul, anda sebenarnya sedang menambahkan udara pada putih telur.
Udara yang terperangkap menghasilkan buih-buih seperti awan putih tadi dan meningkatkan isipadu telur. Hasilnya telur tampak lebih gebu dan lebih besar berbanding teknik pertama.
Hebat bukan, hanya dengan mengubah cara atau teknik masakan mampu menghasilkan produk yang berbeza.
Selain teknik pukulan, kesegaran dan suhu telur juga memainkan peranan dalam penghasilan buih yang stabil.
Jom kongsikan cara anda menghasilkan telur dadar yang gebu.
Sumber rujukan: Lomakina, K., Míková, K. (2006). A study of the factors affecting the foaming properties of egg white – a review. Czech Journal of Food Sciences, 24(No. 3), 110–118.
Pepes Daging. Sajian tradisional yang menjadi hidangan orang dulu-dulu. Ia merupakan daging yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus yang wangi, menjadi hidangan ini begitu enak sekali. Cubalah. Anda pasti suka.
PEPES DAGING
BAHAN-BAHAN:
400gm daging | rebus ¾ masak
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
5 biji cili besar merah
1 inci kunyit hidup
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
Kemudian balut dengan daun pisang.
Bakar selama 8-10 minit.
Sedia dinikmati.
Info chef: Daun pisang tambah aroma wangi pada masakan.
Soal perbelanjaan barangan dapur sangat memerlukan perancangan yang teliti. Lebih-lebih lagi sekiranya memiliki keluarga yang besar. Maka, sangat penting untuk membuat bajet sebaik mungkin, termasuk bajet membeli stok makanan basah untuk dimasak hari-hari. Kali ini RASA susun menu anda untuk seminggu. Anda tetap boleh menikmati hidangan berasaskan ayam, daging dan ikan
AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam |bubuh garam/kunyit dan goreng
1 biji bawang besar | potong wedges
3 ulas bawang putih |kisar
6 ulas bawang merah | kisar
5cm halia | kisar
2 helai daun bay
1/2 biji cili benggala
4 sudu makan kicap
Sedikit cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan cuka, kicap dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili benggala.
Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging |hiris
3 ulas bawang putih | kisar
5 ulas bawang merah |kisar
5cm halia | hiris keping
2 sudu sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit cuka
Sedikit air
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan cuka, gula, sos tiram.
Akhir sekali masukkan daun bawang.
Info chef: Resipi ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram sudah masin.
IKAN KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih | kisar
6 ulas bawang merah |kisar
8 sudu cili kering kisar
2.5cm kunyit hidup | kisar
1 tangkai daun kari
2.5cm halia kisar
1 sudu kecil ketumbar |sangai dan kisar
1 sudu kecil jintan manis |sangai dan kisar
1 sudu kecil jintan putih |sangai dan kisar
1 sudu lada hitam – sangai dan kisar
5cm kelapa keping bakar
5 batang kacang bendi
2 biji tomato |belah empat
750ml air
Asam jawa dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar termasuk kelapa bakar sehingga naik bau Masukkan cili. Apabila cili sudah garing, masukkan 250ml air.
2. Masukkan ikan. Biar mendidih sebentar.
3. Kemudian masukkan perahan asam jawa bersama 500ml air tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa Akhir sekali masukkan sayur bendi dan tomato bulat.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Kelapa bakar itu perlu dibakar hingga hangus. Kemudian kikis bahagian yang hangus dan ambil isi tengah. Kemudian kisar.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup |separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai |titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan |racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kengsom adalah masakan popular di negara Thailand.
Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai (dititik)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidangdengan nasi putih.
INFO CHEF: Ikan patin juga sesuai dimasak dengan resipi ini.
Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.