Kuih talam keladi ada dua versi, Satu talam dua lapis yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yang juga terkenal di kalangan Cina. Talam keladi berlauk dikenali juga sebagai Woo Tau Goo atau Taro Cake yang bermaksud kek keladi.
Talam keladi berlauk ada tambahan udang kering, minyak bijan dan juga kacang tumbuk yang membuatkan talam ini sungguh istimewa. Ada macam-macam versi kuih talam berlauk ni, ada juga yang meletakkan kicap dan menambahkanan daging cincang atau ayam cincang di samping udang kering.
Resipi talam keladi berlauk ala Cina ni adalah olahan semula oleh Fatimah Jasmin dalam lamannya patsykitchen.blogspot.com dari resipi asal hanieliza.blogspot.com
Ikut citarasa masing-masing, cubalah….
1. TALAM KELADI BERLAUK (Ala Cina)
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
Ads
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan | 1 biji kelapa
1sudu kecil garam
Bahan B
2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah cincang
1 pokok daun bawang]
1 pokok daun sup | diracik
2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]:
3 tangkai cili merah | dicincang
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang | diracik
2 sudu makan kacang tumbuk | digoreng tanpa minyak sebelum tumbuk
2 sudu makan udang kering |goreng garing dan dikisar halus (jika suka ala Cina)
Beberapa titik minyak bijan | jika suka ala Cina
CARA MEMASAK : 1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci. 2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk. 3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata. 4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan. 5. Kukuskan adunan selama 30 minit. 6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam. 7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan. 8. Hidangkan.
Info : Udang kering direndam dahulu sebelum digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2. TALAM KELADI MELAYU
Sumber resipi : Chef Asma
Resipi dari dapur yatie , sumber asal Chef Asma.
BAHAN-BAHAN : Bahan Lapisan Bawah :
220 gm tepung beras @ 2 cawan
40 gm tepung ubi @ 3 sudu besar
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
250 gm keladi |* lebih sikit pun tak apa – buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit. kukus baru timbang
CARA MEMASAK : 1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi 2.Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi 3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10″ x 3″ 4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum @ 1 ½ cawan
250 gm gula halus
3-5 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Beberapa titik pewarna ungu
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk 2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah 3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali) Info tambahan :
Ads
Kat bawah ni cara bagaimana Norazlita Aziz seperti yang dikongsikan dari lamannya norazlita.blogspot.com mewarnakan keladi.
Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata-rata kemudian ayak.
Semburkan dengan air dan kemudian ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hingga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.
Ads
Selepas keladi empuk toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam.
Mulut rasa nak mengunyah yang manis. Min cadangkan buat resipi kuih lapis coklat pandan yang pasti korang suka. Boleh layan makan, gabungan pandan dan coklat memang harum jer . Bolehlah cuba nanti .Sedap yakmat ampa tau dak
KUIH LAPIS COKLAT PANDAN
BAHAN A 2 cawan tepung beras(cap teratai) 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 cawan santan 1 sudu kecil garam
BAHAN B 1 tin susu cair 1 cawan santan 1 ¹/⁴ cawan gula pasir( 1 cawan lebih) 2 helai daun pandan(simpul)
BAHAN C 3 sudu besar serbuk koko+ 4 sudu besar air suam =kacau biar sebati 1 sudu kecil pewarna hijau(nak terang lagi..boleh tambah lagi)
*Kalau betul-betul ikut sukatan memang akan dapat kuih lapis yang cun
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan B.Masak atas api sambil-sambil kacau sampai gula hancur. 2.Ketepikan bahan B yang dimasak tadi. Biar suam-suam sikit. 3.Masukkan semua bahan A dalam bekas. Kacau-kacau biar sebati. 4.Bila bahan B yang kita masak tadi dah suam, campurkan bahan A dan B.Kacau sebati dan tapis. 5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6.Satu adunan letak serbuk koko yang dibancuh tadi(kacau sebati) 7.Satu adunan lagi masukkan pewarna hijau.
8.Panaskan kukusan.Penutup kukusan kena bungkus supaya air wap tidak menitik. 9.Letak loyang yang dah disapu minyak dalam kukusan biar panas sekejap. Tuang adunan selapis selapis. 10.Mula-mula .tuang warna coklat dulu selapis. Guna senduk bulat yang besar.Tuang haruslah rata dalam loyang. 11. Kukus dalam 5 minit setiap lapisan, api sederhana.Dah cukup 5 minit, buka kukusan. Kemudian tuang yang hijau .Tutup dan kukus lagi 5 minit. 12.Ulang langkah tuang selapis-selapis sampai habis adunan. 13.Untuk adunan yang terakhir,kukus selama 20 minit.
14.Dah siap masak,keluarkan kuih lapis dari kukusan.Sejukkan baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik Selamat mencuba. Resipi :Cikpooja
Anak-anak yang memilih makan ni pasti merisaukan ibu bapa. Bukan apa, bimbang diri mereka kekurangan zat yang sepatutnya diterima. Ada idea yang geng mak-mak boleh cuba. Di pasaran, ada banyak dijual capati sejukbeku kan? Capati bukan sahaja boleh dinikmati bersama kuah dhal, malah jika anda inginkan kelainan, doh capati sejukbeku boleh dijadikan ‘base’ untuk piza. Menarik kan? Anak-anak comfirm suka. Malah, selain capati sejuk beku, boleh juga menggunakan paratha sejuk beku untuk hidangan ini. Memang mudah dan cepat disediakan.
BAHAN-BAHAN:
1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga keperangan
1 keping isi dada ayam | dihiris nipis
20gm bawang putih | dicincang
1/2 cawan bawang besar
3 sudu makan puri tomato
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh oregano
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh lada hitam
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
HIASAN PIZZA:
1/2 biji bawang besar | dihiris
1/4 cawan keju mozarella
1/4 cawan lada benggala hijau dan kuning | dihiris memanjang
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis isi ayam yang telah diperap bersama garam dan lada hitam sehingga separuh masak.
Masukkan puri tomato sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam,oregano, serbuk cili dan lada sulah.
Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan lada benggala untuk hiasan pizza sehingga sedikit layu. Angkat.
Sudukan isi ayam dan kuah tomato yang di masak tadi ke atas capati.
Hiaskan dengan bawang besar,lada benggala dan taburkan keju mozarella dengan secukupnya.
Bakar pada suhu 180°C selama 5 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dihidangkan.
Jika anda bercadang nak masak nasi kukus, padanannya tentulah Ayam Goreng Berempah ni. Memang sangat sedaplah kalau makan bersama nasi panas dan sdambal belacan. Terangkat habis!
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong kecil
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk cili
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
5cm lengkuas
5cm kunyit
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
Panaskan minyak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Info Chef: Angkat rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tidak diangkat, rempah akan menjadi hangit dan pahit.
Lauk sotong stim limau ini memang membuka selera, nampak saja pun dah boleh kecur air liur dibuatnya. Tambah pula kalau menggunakan sotong segar, bersatu dengan rasa pedas masam dan manis memang sedap.