Sebut je laici mesti terbayangkan air laici atau beberapa jenis dessert yang sejuk. Tapi tahukah korang bahawa buah laici ini juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan lauk pauk, terutamanya dalam menu yang ada  rasa masam manis dan pedas. Apa yang penting berani mencuba dan kreatif mengolah.  Kalau nak cuba ini RASA kongsikan.

 

AYAM MENTEGA LAICI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm isi ayam | potong dadu
  • 6-8 biji laici dalam tin
  • 3  sudu makan mentega
  • 1 cawan susu cair
  • 1 pokok daun bawang | hiris 3-4cm
  • 5 biji cili padi | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi hingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
  4. Seterusnya masukkan pula susu cair, gaul rata dan tambahkan laici sekali.
  5. Perasakan dengan serbuk perasa ayam, garam.
  6. Biarkan mereneh seketika dan masukkan daun bawang.
  7. Tutup api, dan Ayam Mentega Laici sedia dihidangkan.

IKAN BAWALTIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal | siang dan bersihkan
  • 4 biji laici | hiris kecil
  • 1/2 biji tomato | potong dadu
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 2 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1 pokok akar & batang ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan tadi dengan garam halus dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Perasakan dengan sos cili, cuka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Terus kacau hingga kuah pekat, baru masukkan laici, tomato dan daun ketumbar.
  7. Tutup api dan gaul rata.
  8. Tuangkan sos di atas ikan, Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

 

FILLET IKAN DORI LEMON LAICI

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK IKAN DORI

  • 300gm ikan dori | potong dadu, bersihkan dan tos
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS:

  • 5 biji laici dalam tin | potong dadu
  • Sedikit cili banggala  kuning dan merah | potong dadu
  • 1 biji lemon | jus sahaja
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 1 sudu makan pati sanqick
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan rata tepung gandum bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Celupkan ikan dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung dan letakkan atas kertas tisu.
  4. Sementara itu, panaskan minyak masak dalam kuali.
  5. Goreng fillet ikan hingga perang keemasan. Tos dan ketepikana.
  6. Sediakan pula sos lemon.
  7. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
  8. Masukkan pati sanquick, jus lemon dan sedikit air.
  9. Kacau rata dan masukkan hirisan laici dan cili benggala.
  10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  11. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  12. Kacau rata dan tutup api.
  13. Tuangkan sos atas fillet ikan yang telah digoreng tadi.
  14. Fillet ikan sedia dihidangkan.

UDANG LAICI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 350gm udang saiz XL| bersih  dan tos
  • 6 biji  laici dalam tin | belah dua
  • Sedikit cili banggala merah dan hijau | potong dadu
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan udang bersama sedikit garam halus dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga kulit bertukar warna merah. Angkat dan tos.’
  3. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia muda hingga wangi.
  5. Tambahkan dengan sos cili, tomato dan plum, kacau rata dan tambah dua sudu makan air.
  6. Kacau rata, masukkan hirisan cili banggala dan laici.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sakali masukan semula udang goreng, kacau seketika. Tutup api.
  9. Udang Laici Masam Manis sedia dihidangkan.

 

KERABU SOTONG NANAS LAICI

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm sotong buang kulit luar, cuci dan tos
  • 4 biji laici dalam tin | hiris
  • 1 keping nanas dalam tin | hiris halus
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • 1 biji tomato| buang biji dan potong dadu kecil
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris nipis
  • 1 biji cili merah | cincang halus
  • 5 ulas cili padi | hiris halus
  • Garam dan garam | pelengkap rasa

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yang telah dibersih, kelar-kelar dan hiris.
  2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  3. Celur sotong seketika, angkat dan tos.
  4. Seterusnya campurkan sos cili Thai, jus limau nipis, hirisan cili padi, cili merah cincang garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sotong, hirisan tomato, nanas, laici dan daun ketumbar dalam mangkuk salad.
  6. Tuangkan campuran sos ke dalamnya dan gaul rata.
  7. Setelah sekata, kerabu sedia dihidangkan.