1. Goreng ikan terlebih dahulu. Baki minyak ikan tadi, kita tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan pes cili kering. Seeloknya pes cili tu kita kisar sendiri. 2. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Kalau guna kuali biasa ni kena pandai jaga api. Selalu kacau-kacaukan supaya tak hangit.
3. Biar sampai pecah minyak. Nak tahu macam mana sampai nampak naik buih-buih minyak tu. 4. Bubuhkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kalau cili giling beli kat kedai tu kadang masam sangat, kadang tengik dah, senang kata susah nak dapat yang sedap.
5. Masukkan air dalam ¼ cawan. Biarkan merenih dan sambal sedikit memekat. 6. Bila sambal nampak dah memekat, bolehlah masukkan ikan goreng kita tadi. Perasan tak, saya tak bubuh pun garam. Sebab sos tiram dan ikan goreng kita tadi kan dah masin.
7. Masukkan bawang merah sebagai hiasan. Nama je hiasan, tapi sambal kalau tak bubuh bawang gini macam tak sedap je kan? 8. Akhir sekali saya bubuh gula. Kacau semua rata. Kalau korang rasa kurang masin tambah sendiri ye. Sambal ni kena seimbang rasa dia.
Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL
BAHAN-BAHAN :
200gm bebola sotong
20ml kicap cair
20gm bawang holland
40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
40gm cili benggala merah | dipotong dadu
40gm nenas | dipotong dadu
60ml sos tomato
60ml sos cili
10gm serbuk lada hitam
100ml minyak jagung
120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
40gm mentega
CARA MEMASAK :
Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE
BAHAN-BAHAN :
320gm corned beef
10gm keju cheddar
40gm keju mozarella
60gm tomato pronto
20gm bawang holland | dicincang halus
10gm bawang putih | dicincang halus
80ml susu segar
60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
4gm parsli Inggeris
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef: Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL
BAHAN-BAHAN :
20gm baby bayam
20gm cili benggala merah | didadu besar
40gm bawang holland | dicincang halus
40ml minyak zaitun
60gm jejari ketam | dikisar kasar
10ml jus lemon
60gm mentega
30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef :Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO
BAHAN-BAHAN :
60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
200gm beras risotto
10gm saderi | dicincang halus
20gm kacang pis
20gm bawang holland | dicincang halus
10ml minyak zaitun
2gm parsli Inggeris
20gm asparagus | dipotong
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef :Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE
BAHAN-BAHAN:
180gm bebola daging
40gm bawang holland | dicincang halus
20gm bawang putih | dicincang halus
10gm paprika
4gm lada hitam
20gm pes tomato
20gm saderi
20ml minyak jagung
320gm pasta tagliatelle
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef :Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD
BAHAN-BAHAN:
240gm sosej daging lembu
20gm bawang holland | dihiris bulat
20gm cili benggala merah | dipotong dadu
20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
6 biji roti ciabatta
10ml minyak zaitun
6gm zaitun hitam
20gm tomato | dicincang halus
10gm campuran salad
2gm lada hitam
40gm mentega
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.
RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tercari-cari resipi MakaroniKeju Bakar yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan. Resipi perkongsian saudari Abby Razi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai dijadikan sajian makan malam atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI MAKARONI KEJU BAKAR
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni
1/2 cawan keju Parmesan cheese | diparut
BAHAN SOS PUTIH:
1/4 cawan mentega
2 cawan keju Cheddar | dicincang
3 cawan susu penuh krim/susu segar
2 1/2 sudu makan tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam sebagai perasa
BAHAN SOS MERAH:
Sedikit mentega untuk menumis
1 biji bawang besar Holland | dipotong dadu
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato ceri | dikisar
1/2 cawan cendawan butang | dihiris halus
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos putih, cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati. Tambahkan keju. Masak guna api yang perlahan dan kacau sehingga keju cair semuanya.
3. Masukkan lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan kuah merah, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
5. Masukkan tomato ceri dan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
6. Tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan juga cendawan. Kacau hingga semua bahan masak dan sebati.
7. Untuk menyediakan Makaroni Keju Bakar, masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan pada bungkusan. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan ia terlebih masak.
8. Sapukan mentega pada loyang kemudian masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
9. Tabur keju parmesan dan tuang kuah merah diatasnya. Ratakan. Tabur lagi keju parmesan dipermukaan.
10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175C selama 30 minit.
Salah satu resipi nasi tumis yang mudah dan enak. Makan banyak kali pun tak muak. Malah nak hasilkannnya tidak terlalu rumit. Sangat sesuai dicuba di Aidilfitri nanti.
NASI BUKHARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong 6-8 ketul
750gm beras basmathi | dicuci dan tos airnya
750gm air untuk nasi
250 susu segar
250 air untuk ayam
2 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang putih | dihiris
3cm halia | dihiris halus
2 biji cili hijau
1/2 batang lobak merah | dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1 kiub stok ayam
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN REMPAH SERBUK:
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
1/2 sudu teh serbuk serbuk buah pelaga
1/2 sudu teh perwarna kuning
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan semua rempah serbuk, hirisan lobak merah dan tomato puri.
Kacau sebentar masukkan ayam dan 250 ml air.
Kemudian masukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan stok ayam. Masaklah sehingga kuah agak memekat dan kering. Tutup api.
Alihkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan juga beras, cili hijau, susu segar dan air. Kacau sebati. Masaklah seperti biasa.
Apabila nasi telah masak hias dengan kacang gajus, kismis dan bawang goreng.
INFO CHEF: Periuk nasi jangan didibuka dan beras jangan dikacau sehingga nasi betul-betul masak untuk mendapat nasi yang cantik dan tidak patah. Apabila nasi telah masak dinasihatkan kacau menggunakan penyepit atau garpu dua mata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!