Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan.
Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh Chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil 120-150gm tepung jagung 1 biji telur 2 sudu teh garam 1 sudu teh lada hitam Minyak untuk menggoreng secukupnya
5 sudu makan sos plum ½ sudu jus lemon 2 batang cili merah | buang biji & cincang 1 biji bawang merah | cincang 2 ulas bawang putih |c cincang ¼ sudu teh bijan 50ml air Garam cukup rasa Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus 2 batang cili merah | buang biji dan hiris 1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MASAK:
1. Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati. 2. Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati. 3. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing. 4. Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos. 5. Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah. 6. Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Masukkan bijan. Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api. 7. Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan. 8. Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan. 2. Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi. 3. Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati. 4. Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci. Taburkan potongan mangga di dasar loyang. Tuangkan adunan kek. 5. Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan. 6. Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang. 7. Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek 1 ¼ gm serbuk penaik ½ sudu teh garam 2 biji telur 143gm gula kastor 1 ½ sudu teh esen vanila 85gm minyak jagung 85gm susu segar Acuan kek cawan secukupnya
1. Mula-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus. 2. Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati. Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan. 3. Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat. 4. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan. 5. Untuk menyediakan kek cawan, panaskan ketuhar 180˚C. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 6. Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang. 7. Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati. 8. Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar. 9. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh. Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. 10. Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal. Sedia untuk dihidangkan.
250gm fresh cream/krim putar 50gm mango curd/sri kaya mangga
CARA MASAK:
1. Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. 3. Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram. 4. Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika 5. Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart. 6. Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kalau tak ada idea nak memasak, cubalah resipi butter chicken ini. Dikongsikan oleh Maisarah Humaira’ di laman facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sangat menyelerakan.
Bab memasak ni, yang paling utama adalah senang nak disediakan dan hidangan tu boleh buka selera. Butter chicken ni memang sedap dan senang. Ada rasa lemak, pedas dan masin yang jadi pelengkap pada setiap cita rasa.
BAHAN SALUT AYAM GORENG
Tepung Bestari pedas secukupnya
Sedikit tepung beras
Air secukupnya
Ayam secukupnya
CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Masukkan Tepung Bestari dan tepung beras dalam bekas. Tuangkan air. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam. Gaul sebati dengan tepung. Perap sejam.
3. Panaskan minyak masak. Gaul ayam dengan tepung, kemudian goreng ayam sampai masak.
BAHAN LAIN
4 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
4 biji cili padi (potong bulat)
2 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
1 keping keju cheddar
Garam secukup rasa
Ayam yang sudah digoreng
CARA MEMBUAT
1. Panaskan mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan daun kari.
4. Masukkan susu cair. Kacau rata.
5. Masukkan keju. Kacau lagi sampai keju cair. Biarkan mendidih. Masukkan garam.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau lagi sampai kuah menjadi agak pekat.
7. Sedia dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Walaupun kita dah lama tak ke mana-mana, tapi lauk pauk kita biarlah sekali sekali bertaraf ‘international’ . Barulah feeling tu rasa happy dan berbunga selalu. Masakkan untuk family dengan menu Kari Ayam Vietnam ni. Kuahnya tak perlu pekat sangat. Makan dengan nasi panas-panas memang laju jer nak menambah.
KARI AYAM VIETNAM
Bahan-bahannya: 1 ekor ayam (dipotong sukahati besarnya) 3 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili-BELI ONLINE DI SINI 4 helai daun bay 2 serai (dipotong serong) 1 biji bawang besar merah(dihiris) 5 ulas bawang putih (dihiris) 2 biji ubi kentang (potong6) 1 biji lobak merah (potong membulat) 170ml santan-BELI ONLINE DI SINI Stok ayam secukupnya Minyak Garam dan gula
Cara membuatnya: 1.Gaul ayam bersama serbuk kari dan sos ikan dan perap selama dua jam. 2.Panaskan sedikit minyak dan goreng manja ayam tersebut. Searkan sahaja ye. Angkat dan ketepikan. 3.Kalau minyak dah kotor, ganti minyak lain. 4.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. 5.Masukkan cili kisar dan serai. 6.Tuangkan lebihan kari dari perapan tadi . 7.Masukkan ubi kentang, lobak merah, daun bay dan stok ayam. 8.Bila dah agak separuh lembut, masukkan ayam. 9.Perasa dengan garam dan gula. Boleh tambah sos ikan lagi jika mahu. 10.Bila mendidih, masukkan santan. 11.Masak sehingga ubi , lobak merah dan ayam masak. Kredit : #kakyan#azianhasan