Siapa di sini suka makan kimchi tapi masih nak rasa ikut tekak Melayu? Jangan risau, kita boleh ubah ikut selera sendiri.
Menerusi perkongsian daripada Noor Azmawani Ismail ini, anggaran kos bahan mentah untuk menyediakan kimchi tak sampai RM10 dan boleh dapat 3 bekas.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 biji kubis cina (saiz sederhana besar) 1 biji lobak merah | hiris nipis – beli online di sini 1 biji lobak putih | hiris nipis 1 genggam daun bawang | potong sederhana panjang 5 ulas bawang putih * – beli online di sini 1 biji bawang holland (sederhana besar) * – beli online di sini 1 inci halia tua * 5 sudu sos ikan * – beli online di sini 2 sudu kecil gula merah * 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak * – beli online di sini Garam halus secukupnya 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air selama 30 minit. 2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan ½ cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan. 4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar berserta dengan bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus. 5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas. 6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat. 7. Masukkan juga potongan lobak dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada. 9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil. 10. Sesudah tu bolehlah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra. 11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
IKLAN
*kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup. *kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam. *simpan dalam peti ais dan ia akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya. *nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai. *sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mi segera.
Orang Melaka terkenal dengan asam pedas daging tetel atau ada yang panggil daging cincang. Bukan sahaja enak dimakan dengan nasi malah berselera juga dicicah dengan roti canai. Jangan pelik kalau datang ke Melaka makan roti canai kat warung mereka hidangkan asam pedas gantikan kari selain dari kuah dhal.
Asam pedas daging tetel Bahan-bahan:
Daging bercampur lemak (kalau daging saja tak sedap mesti kena ada lemak sikit potong cuci bersih toskan
1 biji bawang besar-kisar 2 biji bawang putih-kisar 4 batang serai- dititik Lengkuas-kisar Kunyit hidup-kisar Halia-kisar Jintan manis -kisar Jintan putih-kisar Ketumbar-kisar Daun limau purut ( dikeringkan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama) 1 sudu kerisik Air asam jawa secukupnya
Cara memasak: 1.Kisar bahan-bahan iaitu bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit basah,jintan manis,jintan putih,ketumbar
2. Setelah kisar halus bahan-bahan tadi campur dengan cili kisar .Gaulkan sekali.
3.Tumis garing biar sampai pecah minyak.
4.Masukkan daging tetel dengan serai.
5.Jangan lupa letak daun limau purut, tutup periuk masak pada api sederhana bagi daging tu betul-betul empuk.
6.Bila daging dah lembut baru masukkan air asam jawa.
7.Perasa garam dan serbuk ajinomoto.(tapi saya tak pakai)
Siap untuk hidangan tengah hari ini. Selamat mencuba Kredit:Aishah Ismail
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Masakan harian tidak semestinya yang susah. Lauk yang simple pasti menjadi rebutan. Biasanya untuk hidangan makan tengah hari atau malam lebih gemar satu lauk berkuah dan bergoreng sudah memadai. Lagi ringkas dapat hidangan nasi goreng sudah lengkap untuk hidangan. Apa yang penting ia boleh mengenyangkan perut. RASA bariskan menu harian yang pasti keluarga menyukainya.
KARI AYAM Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam
1 biji kentang potong 4
3 sudu makan rempah kari daging
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, cengkih & kayu manis)
1 inci halia
1 biji buah tomato
1 biji lada merah dibelah dua
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
½ cawan santan
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang. 2.Masukkan rempah 4 sekawan. 3.Agak bawang telah wangi dan keperangan masukkan rempah yang telah digaul sedikit dengan hirisan bawang. 4.Masukkan daun kari & daun pandan. 5.Masak sehingga pecah minyak. 6.Masukkan kentang. 7.Masukkan ketulan ayam. 8.Tambahkan sedikit air dan renehkan sehingga ubi empuk dan ayam masak. 9.Masukkan bahan perasa. 10.Masukkan santan. 11.Masak sehingga kuah agak pekat. 12.Siap untuk di hidangkan.
INFO: Santan di dalam masakan ini boleh digantikan dengan kerisik. Boleh menambah kerisik bersama santan. Penggunaan kerisik dapat membuatkan kuah kari menjadi lebih pekat beraroma dan lazat.
UDANG MASAK SOS TIRAM
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
5 ekor udang segar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
Bawang Holland dipotong bulat
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 keping asam gelugur
2 sudu teh gula
Garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1.Udang digaul dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng sehingga garing. 2.Masukkan hirisan bawang dan halia. 3.Masukkan sos tiram dan sedikit sahaja air. 4.Gaul hingga sos sebati dengan udang. 5.Masukkan asam keping. 6.Masukkan gula. Sesuaikan rasanya. 7.Angkat dan taburkan hirisan bawang Holland. 8.Siap untuk dihidangkan.
SOTONG MASAK ASAM
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar dikelar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 biji kentang potong bulat nipis
Hirisan bawang Holland
½ mangkuk air asam jawa
Bahan perasa, garam & gula
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Di dalam kuali, goreng hirisan kentang sehingga garing dan ketepikan. 2.Di dalam minyak yang sama, tumis semua bawang dan halia. 3.Masukkan air asam jawa. 4.Sesuaikan rasa garam & gula. 5.Masukkan sotong dan masak seketika. 6.Setelah masak, masukkan hirisan kentang goreng tadi dan gaul rata. 7.Masukkan tomato dan cili padi. 8.Masukkan daun sup dan daun bawang. 9.Sedia untuk dihidangkan.
INFO : Untuk mengelakkan isi sotong menjadi liat, sotong hendaklah dimasak tidak terlalu lama.
NASI GORENG CILI KERING
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Hidangan utama Keistimewaan: Pedas menyelerakan Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering
4 keping lobak masin
½ genggam ikan bilis
1 biji telur
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. 2.Goreng lobak masin dan ketepikan. 3.Cabai kering direndam di dalam air panas terlebih dahulu dan ditumbuk kasar. 4.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. 5.Setelah naik bau, masukkan cili kering yang ditumbuk tadi. 6.Masukkan cili padi . 7.Masukkan telur dan gaul sehingga telur agak garing. 8.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. 9.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. 10.Masukkan ikan bilis dan lobak masin yang digoreng tadi. Gaul lagi sehingga sebati. 11.Siap untuk dihidangkan.
BUBUR NASI DAGING
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM10
BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging dihiris nipis
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
1 inci halia*
Rempah 4 sekawan*
1 sudu kecil serbuk lada hitam*
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang & daun sup
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji lobak merah dipotong baji
Bahan perasa, garam & gula
Bawang goreng
1 mangkuk beras
CARA MEMASAK 1: 1.Di dalam periuk, masukkan beras bersama bahan bertanda *. 2.Masak sehingga beras lembut menjadi seperti bubur. 3.Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. 4.Setelah itu, masukkan kentang, lobak merah, cili padi, tomato. 5.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 6.Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan bawang. 7.Taburkan bawang goreng. 8.Siap untuk dihidangkan.
ATAU CARA MEMASAK 2: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai. 2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup. 3.Masukkan kentang. 4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi. 5.Setelah kentang empuk, masak seketika. Sesuaikan rasa. 6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup. 7.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Satu lagi kaedah membuat bubur nasi adalah dengan cara nasi dikisar halus bersama kuah sup yang telah dimasak terlebih dahulu.Kaedah ini lebih menjimatkan masa tetapi rasanya tidak sesedap bubur nasi yang direbus sehingga menjadi bubur.
NASI GORENG SARDIN
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Hidangan utama Keistimewaan: Pedas menyelerakan Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
1 tin sardin
1 biji telur
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak. 2.Tumis bawang merah dan bawang putih. 3.Masukkan cili padi. 4.Masukkan sardin berserta sosnya. 5.Hancurkan isi ikan sardin dan kacau rata. 6.Pecahkan telur, masak hingga garing. 7.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. 8.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati 9.Goreng sehingga nasi menjadi berderai. 10.Siap untuk di hidangkan.
SUP SOTONG BERSERAI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar dikelar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang & daun sup
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji serai dititik
Bahan perasa, garam dan Gula
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai. 2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup. 3.Masukkan kentang. 4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi. 5.Setelah kentang empuk, masukkan sotong. Masak seketika, Sesuaikan rasa. 6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup. 7.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Selain sotong, masakan sup ini juga sesuai untuk udang dan juga ketam.
TELUR MASAK KICAP CILI PADI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas Anggaran kos: RM8
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur ayam
3 ulas bawang putih
Hirisan bawang besar
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Kicap pekat manis
Hirisan daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Telur digoreng mata kerbau dan ketepikan. 2.Panaskan minyak, tumis hirisan bawang. 3.Masukkan cili padi dan hirisan tomato. 4.Masukkan kicap pekat manis bersama sedikit sahaja air. 5.Masukkan telur mata tadi, tumis sehingga telur mesra bersama kuah kicap. 6.Masukkan bawang besar. 7.Angkat dan taburkan daun bawang. 8.Siap untuk dihidangkan.
IKAN BILIS LADA BERSAMA PETAI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis
1 biji kentang dipotong dadu
1 genggam cili padi
5 ulas bawang merah
1 keping asam keping
3 tangkai petai dihiris bersama kulit
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Kisar cili padi dan bawang merah. 2.Goreng ikan bilis dan ubi kentang sehingga garing. 3.Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan blender. 4.Masukkan asam keping. 5.Masukkan bahan perasa, garam & gula. 6.Tumis sehingga sambal garing. 7.Masukkan petai. 8.Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. 9.Siap untuk dihidangkan. Masakan ini tidak perlu lagi ditambah garam dan gula kerana rasanya sedia terdapat daripada kicap yang digunakan.
INFO: Petai yang dipotong bersama kulit perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu bagi mengelakkan petai berasa kelat semasa proses memasak.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Sambal Taucu Pedas Berapi ni memang padu. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah. Selain nasi, cicah dengan Lempeng dadar pun dah nikmat. Sangat berbaloilah cuba masak Sambal Taucu perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang puas hati!