Ni bukan lenggang sebarang lenggang, tapi melenggang nak masak apam di dapur, hehehe.Apam ni bahan-bahannya ringkas aje, tapi sebab nipisnya ala crepe memang ranguplah sikit.
Rasa santan berlemak perggh sedap makan dicicah sambal ikan bilis atau gulai. Jom kita cuba buat apam lenggang dari Sue Shuk ni
APAM LENGGANG
.
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu yis
5-6 sudu gula | Ikut kemanisan disukai
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur *tak letak pun tak apa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali santan.Gaul rata dan perap selama 1-2 jam.
2. Kemudian baru masukkan santan dan gaul lagi. 3. Panaskan kuali,.griskan sedikit minyak
4. Jika guna kuali non stick tak perlu gris minyak
5. Ambil satu senduk adunan dan lenggangkan adunan seperti membuat kuih ketayap (gerakkan kuali). Tutup adunan supaya masak rata
.
Ads
.
6. Masak dengan api yang perlahan, bila dah nampak kekuningan bolehlah digulung atau dilipat ikut kesukaan masing-masing.
Ads
.
**Sedap di makan panas2
Selamat mencuba..
Kredit resepi : Sue shuk
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam masak madu ini sedap kalau dihidangkan dengan nasi putih atau nasi serai. Rasanya pun tak berapa pedas. Sesuai untuk semua golongan. Kanak-kanak lagi suka sebab ada rasa manis madu.
Mudah saja cara untuk menyediakannya. Ikuti resipi perkongsian daripada Ieda Hamzah ini. Bahan-bahan pun mudah saja. Paling penting, sedap tau.
Tumiskan bawang kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah empat sekawan.
Kisarkan cili kering, bawang, bawang putih dan lengkuas.
Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam tumisan.
Setelah itu, masukkan pula sos cili dan setengah tin sup tomato. Kacau hingga pecah minyak. Jika pekat, boleh tambahkan air.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan madu. Kacau rata.
Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Biarkan mendidih lama. Jika pekat, boleh tambahkan air. Kuah jangan cair atau pekat sangat.
Setelah masak, bolehlah masukkan daun sup dan bawang yang dibelah ikut cita rasa masing-masing.
Buat mereka yang sukakan masakan daging, boleh cuba seleksi resipi daging yang dikongsikan ini.
Pelbagai jenis cara masakan berasaskan daging yang mudah dimasak buat hidangan sekeluarga.
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 6 biji bawang merah | kisar – beli online di sini 3 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini 2 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu makan serbuk jintan putih 1 batang serai | titik 1 inci halia | kisar 1 sudu makan kerisik – beli online di sini Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata. 2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air. 3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat. 4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong dan bersihkan 1 mangkuk santan 5 biji bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia 1 tangkai daun kari 3 sudu makan rempah daging 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis Minyak masak untuk menumis secukupnya Air secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. 2. Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati 3. Masukkan daging dan sedikit air lagi Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | disalai 1 mangkuk santan 2 batang serai 2 inci kunyit hidup 1 biji mangga muda | dihiris Garam dan gula secukupnya
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan. 2. Setelah mendidih, masukkan mangga muda. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 3. Angkat dan sedia dinikmati. Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit 4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci 2 biji cili padi | dihiris 2 labu bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap. 2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa. 3. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 2 biji cili besar merah | dihiris 2 biji bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris 1 inci halia | hiris 3 sudu makan sos tiram Sedikit air Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati. 2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata. Angkat dan sedia dinikmati. 3. Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 5 batang serai | dihiris halus 2 inci kunyit hidup | dikisar 2 sudu makan kerisik Sedikit hirisan daun kunyit 1 ikat daun pegaga 2 mangkuk santan Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan. 2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini tidak perlu ditumis.
RENDANG DAGING & HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging 300gm hati 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 5 batang serai | dihiris halus 2 inci kunyit hidup | dikisar 2 sudu makan kerisik Sedikit hirisan daun kunyit 2 mangkuk santan Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan. 2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit. 3. Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit 10 biji cili padi | dikisar 6 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 2 biji kentang |potong wedges dan digoreng Sedikit air Minyak untuk menumis secukupnya Garam dan gula secukupnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi. 2. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 2 sudu makan cili kering kisar 6 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 5 batang kacang panjang | potong serong 1 sudu kerisik 1 batang serai | dititik 1 mangkuk santan Sedikit air Minyak masak untuk menumis secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai. 2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan. 3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang. 4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dihidangkan. 5. Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
RENDANG DAGING MADURA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 3 sudu makan cili kering kisar 2 batang serai | dikisar 7 sudu kicap manis 1 biji bawang besar | dihiris 2 tangkai daun kari Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi. 2. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati. 3. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar. 4. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati. Rendang ini tidak menggunakan santan.
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci) 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 3 sudu cili kering kisar 2 batang serai | dititik 1 mangkuk santan 2 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit Garam dan gula secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut. 2. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati. 3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. 4. Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci) 1 biji bawang besar | potong dadu 1 biji limau nipis | perah air 5 biji cili padi | dipotong kecil 1 biji buah tomato | potong dadu 1 sudu makan kerisik 1 helai daun limau purut | dihiris Sedikit air asam jawa Sedikit air suam Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati. 2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa. 3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati. 4. Boleh tambah lebih potongan cili padi jika mahu lebih pedas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Biasa kita buat atau beli sambal kering ikan bilis, tapi yang ini sambal kering kentang sagat. Tengok saja pun kita dah tahu sedap.
Hanya memerlukan empat bahan utama untuk membuatnya, sambal ini juga tahan lama hingga tiga bulan. Resipi sambal yang turut dikenali sebagai sambal ronggeng ini dikongsi oleh penjualnya Mawar Alina.
Bahan-bahan
Ubi kentang
Cili kering
Ikan bilis
Bawang merah
Tepung Bestari
Garam
Gula
Serbuk perasa
1. Sagat kentang, cuci bersih & toskan airnya
2. Cili kering, potong buang biji kemudian basuh bersih. Rebus cili kering sekejap, bilas dan toskan airnya
3. Ikan bilis basuh bersih, toskan airnya. Tabur sedikit tepung bestari (tepung jagung pun boleh) untuk hasil rangup
4. Goreng ikan bilis, kentang, cili kering dan bawang berasingan. Goreng satu persatu hingga garing.
5. Sediakan chopper, kisarkan cili kering, ikan bilis dan bawang goreng.
6. Gaulkan mesra bahan kisar dengan kentang goreng. Tambah sedikit garam, gula & perasa jika suka.
7. Sambal ronggeng ini lebih sedap biarkan semalaman baru makan supaya rasa cili sebati dengan kentang.
8. Sambal ini boleh tahan lebih 3 bulan. Tetap garing asalkan tutup elok bekas kedap udara.