Memikirkan menu sarapan apa yang nak dihidangkan untuk keluarga? Jom buat menu sihat, Strawberry Yogurt Bread. Bukan hanya sedap, teksturnya lembut dan topping juicy macam puding. Rasa masam manis strawberry yogurt tidak muak makan. Bolehlah cuba buat nanti.
STRAWBERRY YOGURT BREAD
Bahan-bahan:
Bread
Telur
Yogurt
Strawberry
Vanilla (optional)
Madu/maple syrup (tak nak manis boleh skip)
Ads
Cara membuat:
1.Masukkan yogurt.
2.Masukkan telur, madu atau maple sirup dan vanilla (optional).
3.Gaul hingga sebati.
4.Nipiskan bahagian tengah roti.
Ads
5.Masukkan adunan tadi.
6.Tabur hirisan strawberry dan bakar.
7.Bakar dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 200 darjah selsius. (adjust ikut air fryer masing-masing
Snek ringan yang sihat untuk keluarga anda dan sesuai dihidangkan bila-bila masa. Sangat mudah hanya gunakan kulit popia yang sedia ada dengan mengolah inti istimewa kacang peas dan isi ayam.
HOT & SPICY CHICKEN CHICKPEAS POPIAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan bertanda ** menggunakan olive oil
2. Selepas itu diikuti bahan bertanda ***
3. Masukkan mince chicken
4. Masukkan kacang kuda
5. Masukkan garam
6. Siap!
INFO: Kalau tiada air fryer boleh sahaja goreng sepertia biasa.
Kalau anda seorang pencinta coklat tegar, resepi ni memang ‘kena’ dengan selera! Chocolate Flakes Bar ni bukan je mudah disediakan, malah cukup rangup, manis dan rasa coklat dia memang ‘kaw’. Tak perlu bakar pun! Guna hanya 3 bahan ringkas, dah boleh dapat snek homemade ala-ala coklat jenama popular. Sesuai untuk kudapan, jamuan, bekal anak sekolah atau nak buat jualan kecil-kecilan! Jom cuba.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sekali lagi program Rasa: Ketuhar Kuali kembali dengan 3 resipi enak yang mudah dibuat. Gabungan idea resipi generasi Senior Aunty Aini dan pewaris dari golongan belia Adam Didam menghasilkan menu yang amat membangkitkan selera. Dengar nama menunya pun dah cukup buat kita terliur
3 resipi hebat minggu ini adalah Asam Pedas Ikan Jenahak, Cucur Udang dan Muffin Coklat Lava. Bagi siapa yang mahu mencatatkan resipi ini menjadi koleksi menu berharga anda, ni Rasa kongsikan ketiga-tiga resipi dalam rancangan Rasa: Ketuhar Kuali Episod 12. Cubalah , ya
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Sos :
CARA MEMASAK 1. Hiris cili, daun kucai, daun bawang, bawang merah, bawang putih, dan stok ikan bilis. 2. Tambahkan tepung dan udang kemudian gaul rata. 3. Perasakan dengan garam, dan tambahkan sedikit air. 4. Panaskan minyak, dan goreng cucur dalam minyak penuh. 5. Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih bersama sedikit air. 6. Masak bahan kisar bersama sedikit gula, garam dan cuka sehingga masak dan pekat. 7. Siap untuk dihidang.
ASAM PEDAS IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. 2. Kisar serai, lengkuas, belacan, daun limau purut, cili kering rebus, buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit bersama air. 3.Tumis serai dalam minyak panas, kemudian masukkan bahan kisar. 4. Masukkan sedikit air dan didih hingga air mengering. Tambah air lagi, dan ulang proses yang sama selama 3 kali sehingga cili masak. 5. Masuk air asam jawa, dan tambahkan air mengikut kepekatan kuah. 6. Setelah kuah menggelegak, taburkan garam secukup rasa. 7. Kemudian masukkan ikan, bunga kantan, dan biarkan mendidih sehingga ikan masak. 8. Setelah mendidih, taburkan daun kesum dan tutup api. 9. Siap untuk dihidang.
MUFFIN COKLAT LAVA
CARA MEMASAK: 1. Dalam satu mangkuk, masukkan mentega dan mesinkan hingga gebu. 2. Masukkan gula putih, gula perang, esen vanila, kemudian mesinkan hinga tekstur berderai. 3. Masukkan telur dan mesinkan lagi. 4. Masukkan tepung, soda bikarbonat, dan garam kedalam adunan kemudian gaulkan. 5. Masukkan cip coklat dan gaul rata. 6. Buat bebola bersaiz sederhana dalam masukkan potongan coklat gelap didalam. 7. Masukkan doh kecil kedalam dulang pembakar muffin, dan tekankan kedalam sehingga padat. 8. Bakar selama 15-20minit pada suhu 180’C. 9. Siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!