
Kurma selain dimakan begitu sahaja sama ada ketika berbuka dan juga sahur, enak juga dijadikan kuih. Hanya dengan beberapa langkah mudah, kita dapat hasilkan Kuih Kurma Kukus yang enak dan menyelerakan. Jom kita cuba resipi Kuih Kurma Kukus seperti yang dikongsikan oleh Norazlina Mohamad Zaki ini.
RESIPI KUIH KURMA KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Kurma (kuantiti terpulang pada masing-masing)
*2 cawan santan
*2 sudu besar penuh tepung gandum –BELI ONLINE
*1 sudu tepung beras –BELI ONLINE
*Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1.Buah kurma dibuang bijinya, kemudian potong-potong dan susun di dalam bekas.
2. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau rata. Tapiskan.
3. Tuang di atas kurma yang telah siap disusun tadi.
4. Kukus selama 10 minit. Pastikan periuk kukus dipanaskan terlebih dahulu.
5. Sejukkan dan bolehlah dimakan.
Sumber kredit: Norazlina Mohamad Zaki
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rupanya Kena Guna Api Kuat Barulah Nasi Goreng Kampung Terlajak Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=LT5tdJ_jBmE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Mazola Tanpa Telur, Sedap Dan Mudah

Isi Kandungan
ToggleResipi biskut mazola tanpa telur, sedap dan mudah. Dah hampir seminggu puasa, jadi ramai yang mula nak buat biskut raya sikit-sikit kan bila masa terluang.
Nak buat sekali gus kadang tak larat juga kan. Apatah lagi yang bekerja. Hari cuti baru boleh buat.
Okay, resipi biskut Mazola yang dikongsikan oleh puan Anas Heshlee ini tak menggunakan telur. Boleh cuba versi ini ye. Tak kurang sedapnya tau.
Resipi Biskut Mazola Tanpa Telur, Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan:
1cawan kacang tanah
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
Secawan gula icing (tak nak manis letak 3/4) – boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Sesudu kecil baking powder – boleh beli online di sini
Minyak masak (tak kira minyak Mazola, jagung atau sebagainya. Ikut bajet)
Cara Memasak:
Kacang tanah itu disangai dahulu dan dikeringkan. Kemudian kisar kering. Tapi jangan halus sangat. Kulit tidak perlu dibuang. Sebenarnya biskut lebih cantik warna nya jika ada kulit.
Gaul kesemua bahan kering hingga sekata. Kemudian letak minyak sikit demi sedikit sampai adunan tak lekat di tangan.
Jenis minyak terpulang pada bajet. Tak kira minyak mazola ke..minyak jagung ke..minyak masak ke..terpulang..sedap je.
Kemudian tekap mengikut acuan yang dikehendaki. Letak di atas dulang bakar. Bakar suhu 170 20/25 minit.
Sebelum bakar sapukan kuning telur + pewarna kuning telur.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Lemak Manis, Tak Jemu Makan. Puteri Ayu Jagung Ni Memang Sedap

Resipi Puteri Ayu Jagung ni semestinya perlu anda cuba. Kalau biasanya makan Puteri Ayu perisa pandan, kali ini ubah suai selera dengan menggunakan perasa jagung. Lagi sedap! Lain dari yang lain. Bagi yang nak cuba, sukatan cawan yang digunakan pula adalah cawan minum teh yang bersaiz 200ml. Ha..Mudah lah nak agak nanti kan? Jom lah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Kifli ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMBUAT KUIH PUTERI AYU JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu teh baking powder (kedua2nya diayak bersama. (Saya guna tpg naik sendiri) – beli online disini
- 4 biji telur gred B – dibuang pusat
- 3/4 cawan gula kastor – beli online disini
- 1 sudu makan ovalette – beli online disini
- 2 sudu makan minyak jagung @ minyak masak – beli online disini
- Sedikit pewarna kuning telur – beli online disini
BAHAN KISAR HINGGA BERBUIH HALUS:
- 3/4 cawan jagung krim dalam tin – beli online disini
- 1/2 cawan susu cair – beli online disini
- Sedikit pes @perasa@pati jagung
- 1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
- Secubit garam halus
BAHAN HIASAN:
- Sedikit coklat rice untuk letak dalam adunan atau kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam dan 1 sudu tepung ubi untuk isi dalam dasar acuan.
CARA MEMASAK:
1.Panaskan pengukus sementara nak mula mengadun.
2.Dengan kelajuan perlahan, putar telur hingga berbuih halus.
3. Masukkan gula dan ovalette. Apabila ovalette sudah sebati, naikkan ke kelajuan paling tinggi.
4. Putar dengan kelajuan ‘high speed’ hingga adunan telur naik sehabis tinggi dan kelihatan gebu bertanduk, lebih kurang 10 hingga 15 minit.
5. Perlahankan mixer ke no 2, masukkan minyak, bahan kisar dan pewarna.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus diadun sebati. Pada masa yang sama, sisip adunan yang melekat pada tepi mangkuk adunan dan kacau biar sebati.
7. Matikan mixer, kacau adunan biar sebati. Boleh terus kukus atau rehatkan adunan 30 minit hingga 1 jam untuk hasil kuih yang lebih cantik.
8. Ambil acuan Kuih Puteri ayu, oles minyak dan isi kelapa dalam acuan. Kukus sekejap acuan berisi kelapa agar kelapa tidak mudah masam dan kuih tahan lama.
9. Kemudian isikan adunan separas acuan.
10. Kukus semula kuih guna api sederhana selama 7 -10 minit ikut saiz acuan.
11. Keluarkan acuan dari pengukus kemudian picit tepi acuan supaya kuih lekang dari acuan dan mudah tanggal. Puteri Ayu Jagung siap disediakan.
NOTA:
- Untuk Puteri Ayu Jagung Coklat Rice, masukkan coklat rice ke dalam adunan dan kacau sebelum isi adunan ke dalam acuan kuih.
- Setelah masukkan bahan kisar dan tepung, jangan adun terlalu lama. Cukup sekadar semua bahan sebati.
Kredit resipi & foto: Zurina Kifli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Minuman Penyejuk Badan Sesuai Untuk Musim Panas.

Minuman penyejuk badan yang sedap semestinya menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas. Rasa sangat selesa bila dapat menikmati kesegaran jus dan minuman sejuk yang enak untuk meredakan panas dan rasa dahaga. Minuman-minuman sebegini tentunya boleh dihasilkan sendiri di rumah. Boleh kurangkan jumlah gulanya juga. Jom lihat resipi-resipinya.
KOLEKSI RESIPI MINUMAN PENYEJUK BADAN
1. BANDUNG STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan sirap
- 5 sudu makan susu cair
- 1 biji strawberi ] dibelah 4
- 5 biji laici dalam tin
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
2. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan madu
- 1 cawan soda
- 1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
3. AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan sirap hijau
- 2 helai daun pandan
- 1 liter air
- 1 tin susu cair
- 250 ml soda
- Sedikit katira ] getah anggur
- Sedikit sagu
- 1 sudu makan cendol
- 1 sudu makan cincau
- 1 sudu makan gajus
- 1 sudu makan badam
- 1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
- 1 sudu makan kurma
- 3 biji buah kabung
- 1 sudu makan kismis
- 1 csudu teh biji selasih
- Sedikit buah semangkuk
- Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji mangga
- 2 sudu besar yogurt
- 2 gelas air
- 1 biji limau kasturi
- Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu makan gula
- Secubit garam
- 3 tangkai pudina
- 500ml air
- 2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji strawberi
- 1 cawan air
- 4 sudu makan gula
- 5 biji laici
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 2 gelas air
- 1 sudu teh pewarna biru
- 50gm tembikai ] potong dadu
- 1/2 biji epal hijau ] potong dadu
- 1/2 biji belimbing ] potong dadu
- 1/2 biji oren ] dipotong dadu
- 2 keping nanas dalam tin
- 1 sudu makan biji selasih ] direndam
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 3 biji asam boi
- 3 biji limau kasturi
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu makan serbuk Milo
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 1/2 cawan air panas
- 1/2 cawan air sejuk
- 3 sudu makan cincau
- Ais secukupnya
- 3 sudu makan Milo ] untuk tabur
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan sirap
- 2 gelas air
- 6 biji longan dalam tin
- 1 biji lemon
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: