Adakala kita buntu nak buatkan menu bekal anak ke sekolah. Spageti aglio olio merupakan antara menu pilihan yang menjadi kegemaran anak-anak. Mudah nak makan, tak berkuah, dan tak comot.
Buatnya pun mudah. Anak-anak pun kenyang. Memang confirm habis licin bekal ni bila bawa balik ke rumah.
Resipi spageti aglio olio stail ala Malaysia yang dikongsikan Roslan Rusly memang menarik. Cubalah!
Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudah,
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berlangsung, memang agak susah nak keluar membeli apatah lagi nak mencari keropok lekor. Disebabkan rindu nak menikmati keropok lekor, ibu ini kreatif membuat keropok menggunakan mi segera. Norsyuhida Mat Diah berkongsi resipi membuat keropok menggunakan megi.
KEROPOK GUNA MEGI
BAHAN A
1 bungkus megi | rendam sampai lembut
Perencah megi
1 biji telur ayam
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Kisar semua bahan sampai lembut.
BAHAN B
2 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung ubi
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A.
2. Uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan. Jadikan bentuk keropok.
4. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak.
Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.
Ginger beef kuetiau homemade
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Cara memasak
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!