Penggemar kerabu harus mencuba resipi Kerabu Daging Pedas @ Nue Nam Tokperkongsian saudari Nora Azni ni. Kerabu ini sangat sedap dan mudah dibuat. Gabungan rasa pedas, masam, manis dan segar membuatkan kerabu ini sangat enak diratah. Jom cuba buat. Pasti anda juga akan gemarinya.
CARA MEMASAK NUE NAM TOK @ KERABU DAGING PEDAS
BAHAN PERAPAN DAGING: Daging segar untuk 3 orang makan 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 2 batang serai – potong serong 1 sudu teh lada hitam 1 sudu makan kicap manis – beli online disini
BAHAN KERABU:
Daun ketumbar Daun pudina Kubis – hiris nipis 1 batang serai – diracik 2 ulas bawang merah – dipotong 3 biji limau nipis – perah ambil jus 2 sudu makan emping cili – beli online disini Sos ikan – beli online disini Gula dan garam secukup rasa 1 sudu makan beras yang sudah digoreng dan ditumbuk
CARA MEMASAK: 1. Potong daging supaya senang dipanggang dan cepat masak. 2. Kemudian campurkan bahan perap dan lumurkan pada daging. Gaul sebati dan biarkan selama 1 jam. Lagi lama diperap lagi sedap.
3. Panggang daging hingga masak namun jangan terlalu lama nanti hilang kesedapan daging dan jusnya. 4. Bila sudah masak, angkat daging dan rehatkan sebentar sebelum dihiris.
IKLAN
5. Untuk membuat kerabunya, satukan semua bahan dan campurkan bersama hirisan daging panggang tadi. 6. Pastikan semua rasa cukup. Kerabu ini harus mempunyai rasa pedas, masam, manis dan segar. 7. Kerabu Daging Pedas @ Nue Nam Tok sedia untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Pernah cuba makan Kerepek Biji Durian? Musim durian tengah banyak ni bolehlah cuba buat kerepek unik ni. Biasanya isi durian sahaja kita makan. Bijinya dibuang. Kali ni boleh simpan biji dan sediakan kudapan ringan yang enak ini. Cara penyediaan Kerepek Biji Durian cukup mudah malah tidak menggunakan banyak bahan pun. Buat sambil santai-santai di waktu petang. Sseronok! Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Rozana Hashim AsSalihin. Pasti puas hati.
RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN SEDAP
BAHAN-BAHAN: Biji durian Air garam Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan biji durian. Jika rajin, boleh kikis kulit berwarna coklat. Jika tidak, boleh dibiarkan sahaja. Rendam biji durian dalam air garam semalaman.
2. Keesokkannya, sagat biji durian nipis-nipis.
3. Bila siap disagat, biarkan biji durian tadi selama 1-2 jam. Kemudian boleh goreng dalam minyak menggunakan api sederhana perlahan. Hirisan biji durian agak mengambil masa untuk garing. Pastikan selalu dikacau.
4. Kerepek menunjukkan tanda-tanda sudah masak apabila ia berasa ringan ketika dikacau. Bolehlah angkat dan toskan minyaknya.
5. Sejukkan kerepek terlebih dahulu sebelum dinikmati. Selamat mencuba!
Kek lama yang punya ramai peminat. Teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu dinikmati. Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi di bawah ini antara yang terbaik dan mudah.
KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
Kepingan Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau dan merah jambu- ikut suka
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar lagi.
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna merah jambu. Kukus sekali lagi hingga masak. Ulang langkah hingga adunan habis. Pastikan pada lapisan paling atas, letak kepingan haw flakes.
10. Setelah masak, angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Nak masak resipi Kam Heong ni sebenarnya sangat mudah! Nampak je macam rumit tapi sekali dah siap masak sekelip mata je settle. Rasa masakan Kam Heong ni memang unik. Rasa manis pedas yang seimbang dari kuah tumisannya pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Paling ngam makan dengan nasi panas lauk ni boleh bertambah nasi.
Boleh juga tukar ke ayam jika tidak gemarkan udang sebagai lauk utama. Jom cuba!
UDANG KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit kicap manis
1 sudu serbuk kari
Serbuk kunyit
Udang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu.
Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit.
Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma.