Ads

Begini Cara Pastikan Sotong Lembut & Kekal Pejal, Tak Kecut Selepas Masak

Pernah tak selepas masak sotong, hasilnya jadi kecut, liat dan tak pejal? Lagi mengecewakan bila masak sambal sotong, kuah pula jadi terlalu banyak dan sambalnya cair. Sebenarnya ada beberapa teknik mudah yang boleh digunakan untuk memastikan sotong lembut, kekal pejal dan tidak mengecut selepas dimasak.

Ramai yang tak sedar, cara membersihkan sotong sebelum memasak memainkan peranan penting untuk memastikan tekstur sotong kekal cantik dan sedap dimakan. Selain itu, tempoh memasak juga sangat mempengaruhi hasil akhir hidangan.

Cara Pastikan Sotong Lembut Dan Tidak Kecut

Terdapat dua cara mudah yang boleh diamalkan sebelum memasak sotong. Kedua-dua teknik ini sangat membantu untuk membuang lendir, mengurangkan hanyir dan memastikan sotong kekal pejal.

Cara Pertama Guna Garam Kasar

  1. Mula-mula, cuci sotong sehingga bersih terlebih dahulu.

2. Kemudian, taburkan 1 hingga 2 sudu besar garam kasar pada sotong yang sudah dibersihkan.

3.Ramas sotong perlahan-lahan sehingga keluar buih seperti sabun. Proses ini boleh dilakukan selama 1 hingga 5 minit.

4.Selepas itu, bilas sotong menggunakan air bersih beberapa kali sehingga semua lendir hilang.

5.Akhir sekali, tapis dan biarkan sotong kering seketika sebelum dimasak.

Teknik ini membantu menjadikan sotong lebih pejal dan mengurangkan risiko sotong mengecut ketika dimasak.

Ads

Begini Cara Pastikan Sotong Lembut & Kekal Pejal, Tak Kecut Selepas Masak

Cara Kedua Panaskan Sotong Tanpa Minyak

Selain menggunakan garam kasar, ada juga cara lain yang sering digunakan oleh ramai orang untuk memastikan sotong lembut dan tidak berair.

  1. Selepas sotong dicuci bersih, panaskan kuali tanpa minyak.

2.Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak selama 1 hingga 2 minit sahaja sehingga air sotong keluar.

3. Kemudian, toskan sotong tersebut sebelum dimasukkan ke dalam masakan sebenar.

Cara ini sangat berkesan untuk mengurangkan kandungan air dalam sotong sekali gus mengelakkan sambal menjadi cair atau terlalu berkuah.

Ads

Begini Cara Pastikan Sotong Lembut & Kekal Pejal, Tak Kecut Selepas Masak

Rahsia Sotong Kekal Pejal Selepas Masak

Kedua-dua cara ini memang membantu memastikan sotong kekal pejal, tidak hanyir dan tidak mengecut selepas dimasak.

Namun begitu, perkara paling penting ialah jangan memasak sotong terlalu lama.Tempoh memasak yang disarankan hanyalah sekitar 4 hingga 5 minit sahaja. Jika dimasak terlalu lama, tekstur sotong akan menjadi keras dan liat.

Untuk hasil yang lebih sedap, masukkan sotong pada peringkat akhir masakan supaya teksturnya kekal lembut dan juicy.

Tip mudah ini memang sangat membantu terutama untuk masakan sambal sotong, sotong goreng kunyit atau pelbagai menu berasaskan makanan laut.

Ads

Selepas ini tak perlu lagi risau sotong jadi kecil, kecut atau liat selepas dimasak.

Anda mungkin berminat dengan

Begini Cara Pastikan Sotong Lembut & Kekal Pejal, Tak Kecut Selepas Masak

Selamat Mencuba!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Telur Kukus Chinese Style Paling Sedap, Rahsia Tekstur Lembut Macam Restoran!

Telur Kukus Chinese Style ini memang padu dimakan dengan nasi panas. Tekstur lembut dan silky bersama minyak bawang putih pedas buat ramai ketagih nak tambah nasi!