Sos pasta karbonara super creamy ala Pizza Hut. Semuanya buat sendiri, tak menggunakan sos pasta segera popular. Rasa kuah ini memang lemak berkrim, mengalahkan sos pasta segera. Macam mana tu?
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini. Isinya terpulang pada korang mengikut selera masing-masing. Misalnya nak tambah isi ayam, udang atau sebagainya. Silakan.
Panaskan instanpot tekan menu “saute” dan cairkan butter (boleh guna kuali/periuk biasa).
Bila mentega cair, masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.
Masukkan susu full cream dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta.
Kacau sebati barulah masukkan pasta. Pastikan pasta tenggelam di dalam sos ye. Tekan menu “pressure cook” set tempoh memasak “5 minit”.
Ads
Siap.
Jika guna periuk/kuali biasa, pastikan psta dan kuah dimasak berasingan Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan baru tuang sos/kuah yang siap dimasak atasnya.
Ramai beranggapan kalau buat mi rebus ni remeh dan banyak bahan campurannya. Kali ini RASA kongsikan satu resipi mi rebus yang ringkas, tak banyak bahan campuran tapi rasa memang sedap dan tidak mengecewakan anda dan keluarga. Apa kata korang cuba masaknya hujung minggu ini.
MI REBUS: BAHAN-BAHAN:
1paket mi kuning | celur dan tos
2keping tauhu | goreng dan hiris
2biji telur | rebus dan belah dua
1 keping dada ayam, goreng | carik-carikkannya
Sedikit hirisan daun bawang, cili hijau dan merah, bawang goreng dan hirisan limau kasturi BAHAN KUAH:
1sudu makan pes cili kering
2ulas bawang putih | kisar
3ulas bawang merah | kisar
2cm halia | kisar
2sudu makan udang kering | kisar asing
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung jagung
1 biji keledek oren + 1 biji kentang | rebus empuk & kisar halus
Rempah penumis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis rempah menumis hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan serbuk kari dan udang kering kisar, kacau lagi seketika dan masukkan air (jika ada air rebusan daging).
3. Setelah mendidih campuran keledek dan ketang kisar. Kacau lagi tambahkan pula tepung jagung, renehkan atas api sederhana.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api.
6. Masukkan mi dalam mangkuk, tuangkan kuah. Kemudian letakkan di atasnya hirisan tauhu, telur, daun bawang, bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi serta ayam yang telah dicarik-carik tadi.
7. Mi rebus sedia dihidangkan.
Credit : SuiSan Aliezsha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.
Ginger beef kuetiau homemade
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Cara memasak
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
Anda suka pasta? Jika YA, resipi ini wajib dicuba. Nampak macam hidangan dari restoran kan? Dengan resipi ni anda sendiri boleh masak menu ala restoran di rumah. Mudah dan lebih jimat!
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm spageti
15 biji bawang putih |dicincang halus
5gm chili flakes
5gm serbuk parsli
60gm minyak zaitun |untuk menumis
30gm serbuk lada hitam
8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!