
Isi Kandungan
ToggleBihun goreng sedap, cendawan Shiitake ramuan rahsianya. Kalau nak diikutkan, bihun goreng ini nampak simple saja. Tapi, bila makan, memang sedap.
Nak tahu rahsianya? Cendawan shiitake dikisar bersama bawang dan udang kering.
Jom tengok cara buatnya. Cukup mudah tapi sedap!
BIHUN GORENG
BAHAN-BAHAN:
100gram Bihun 9untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
CARA MEMASAK BIHUN GORENG:
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake,.
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Ini pilihan ye. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau!
EKSTRA!
Khasiat Bihun
Bihun juga memiliki kandungan zat yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki kandungan tenaga sebanyak 360 kilo kalori, 4.7 gram protein, 82.1 gram karbohidrat, 0.1 gram lemak, kalsium 6 miligram, fosforus 35 miligram, dan zat besi 1 miligram.
Hasil ini didapatkan berdasarkan penelitian terhadap 100 gram bihun, dengan jumlah yang diambil 100%.
Boleh cuba resepi ini juga: Bihun Taucu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bihun Rebus Terengganu Yang Mudah Buat Tapi Sedap

Isi Kandungan
ToggleBihun rebus Terengganu ini nampak macam bihun sup tapi bukan, ia langsung tak menggunakan rempah. Hanya tumis bawang merah, bawang putih dan halia dah cukup menjadikannya hidangan ini enak.
Bihun rebus Terengganu ini sesuai dijadikan hidangan waktu malam, bila dah tiada idea untuk masak apa.
Bahan-bahan
Bihun secukupnya (boleh dicelur dulu atau direbus sekali dalam kuah)
Isi ayam
Sayur sawi, lobak merah (boleh guna sayur yang disukai)
Lada hitam (tumbuk kasar)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
Telur
Garam
Bahan kisar
2 biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Sedikit halia
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar hingga naik baik dan masukkan air ikut kuantiti kuah yang kita mahukan. Kemudian masukkan isi ayam lada hitam.
2. Bila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yang diketuk. Biarkan mendidih kemudah pecahkan telur. Biarkan telur masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
3. Tuang kuah atas bihun yang sudah dicelur. Sedia dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.
Rahsia bihun rebus jadi sedap, bawang hendaklah dikisar baru kuah rasa manis.
Sumber: Haniza Ishak
Masak Sendiri Kuetiau Sup Ala Kopitiam Guna Resipi Ni. Sedap!

Sedapnya Kuetiau Sup ala Kopitiam ni. Nak masak pun sangat mudah. Kalau nak tahu, selain dinikmati bersama kuetiau, anda juga boleh menggantikan dengan bihun, suhun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Cik Puan Zee ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU SUP ALA KOPITIAM YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – dicincang
1 cawan minyak masak
3 ketul dada ayam
2 kiub pati ayam – beli online disini
2-3 keping kek ikan
1 mangkuk bebola ikan
Minyak bijan – beli online disini
Air untuk merebus secukupnya
Garam secukup rasa
Kuetiau – cuci sekejap dengan air panas
Sawi pak choy – dicelur
Cili padi – dipotong
Kicap manis/masin secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan minyak bawang putih, panaskan minyak masak guna api kecil dan goreng bawang putih cincang hingga keperangan. Ketepikan.
2. Bilas kuetiau menggunakan air panas untuk membuang minyak yang melekat pada mi.
2. Untuk membuat kuah sup, masukkan air dan kepingan ayam ke dalam periuk yang bersesuaian. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan.
3. Masukkan hirisan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. 4. Titiskan minyak bijan dengan secukupnya dan perasakan kuah dengan memasukkan garam dengan secukup rasa.
5. Masak kuah dan biarkan sehingga mendidih. Siap.
6. Carik isi ayam yang direbus tadi halus-halus.
4. Untuk melengkapkan rasa, campurkan cili padi potong bersama kicap. Sebatikan. Hidangkan Kuetiau Sup bersama sambal kicap, isi ayam carik dan minyak bawang putih.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Zee
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Minuman & Manisan Penyejuk Tekak Di Musim Panas
Buat Sendiri Puff Sardin Macam Dekat Bakeri Guna Resipi Mudah Ni. Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
10 Resipi Mudah Pasta, Sesuai Untuk Hidangan Untuk Rumah Terbuka

Kini tiba untuk jemputan rumah terbuka! Pasti ada yang pening nak hidangkan menu apa ya untuk tetamu yang akan datang.
Selain daripada menu nasi, juadah pasta pastinya boleh dipertimbangkan. Selain mudah dimasak, boleh menjimatkan masa tuan rumah dalam menyediakan persiapan. Jom kita tengok 10 resipi pelbagai pasta yang dikongsikan ini.
SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni | rebus dan tos
200gm daging | rebus & simpan airnya
1/2 batang seleri
3-4 biji padi | hiris
Sedikit hirisan daun bawang & daun sup
1 batang serai | titik
Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam & gula secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 cm halia
2 cm lengkuas
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
5. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
6. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
7. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi.
8. Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya. Sup macaroni sedia dihidangkan.
FETTUCINE KARI UDANG
BAHAN KUAH KARI:
100gm isi dada ayam | hiris nipis & kecil
500ml santan
Air secukupnya
1 batang serai | titik
4-5 biji cili padi | hiris
2 keping asam gelugor
Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
3 sudu rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Garam & gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN ISIAN:
300gm pasta fettucine | rebus & tos
200gm udang saiz XL | bersih dan goreng
1 keping fish cake | rebus dan hiris nipis
1 keping tauhu | hiris nipis
½ batang lobak merah | hiris batang mancis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama daun kari. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
2. Seterusnya masukkan pula bancuhan campuran rempah kari dengan serbuk kunyit.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan isi ayam dan hirisan cili dan kacau lagi. Masukkan santan, sedikit air dan asam gelugor.
4. Setelah mereneh, masukkan serai dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa, tutup api.
5. Masukkan pasta fettucine dalam mangkuk, kemudian tuang kuah dan hias atasnya dengan udang goreng termasuk bahan hirisan lainnya. Fettucine kari udang sedia dihidangkan.
FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
200 gm pasta fettucine | rebus dan tos
150gm daging kisar
200ml santan pekat
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 hirisan lengkuas
2 hirisan halia
3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak.
3. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
4. Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik. Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak.
6. Setelah cukup rasa. Tutup api. Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar. Sedia dihidangkan.
PASTA HALUS LEMAK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus dan tos
150gm daging salai | hiris nipis
300ml santan pekat
Sedikit air
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Kemudian masukkan air, gaul rata dan renehkan di atas api sederhana.
2. Setelah mendidih tambahkan asam gelugor dan hirisan daging salai.
3. Seterusnya masukkan santan, kacau rata, jika agak pekat tambah sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama pasta.
PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos
10-12 biji bebola daging
150ml susu segar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
1 biji tomato
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 tangkai daun ketumbar
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata. Masukkan bebola daging, kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta. Pasta sedia dihidangkan.
PASTA SAMBAL UDANG TOMATO
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos
200 gm udang saiz XL | buang kulit & bersihkan
1 biji tomato | buang biji & dadu halus
1 sudu makan sos tomato
Garam & gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang, kacau 2-3 minit. Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
3. Kacau seketika, setelah cukup rasa tutup api.
4. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuangkan sambal di atas pasta. Pasta sedia dihidangkan.
SUP PASTA AYAM PELANGI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta sayur-sayuran kanak-kanak
100gm isi dada ayam | hiris kecil
50 gm sayur campur (jagung, lobak merah & kacang hijau)
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos tomato
½ sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Garam & gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh lada sulah
1 mangkuk air rebusan pasta
BAHAN CINCANG HALUS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan cincang hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan pasta. Setelah mereneh, masukkan ayam dan kuib pati ayam (telah dihancurkan).
3. Apabila ayam masak, masukkan pula dengan sos tiram, tomato dan cili.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya. Tutup api.
5. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuang sup di atasnya. Pasta sedia dihidangkan.
PASTA CENGKERANG GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta cengkerang | rebus & tos
100gm isi dada ayam | hiris kecil
100gm udang | buang kulit & cincang
1 biji bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | hiris
2 batang serai | hiris halus
3 helai daun limau purut | hiris halus
2 sudu makan pes tomyam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan hirisan cili, serai dan daun limau purut. Kacau seketika masukkan pes tomyam.
3. Tambahkan sedikit air dan masukkan hirisan isi ayam dan udang.
4. Perasakan dengan serbuk pati ayam. garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan pasta cengkerang, gaul rata. Tutup api, pasta sedia dihidangkan.
PASTA SPIRAL GORENG KARI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta spiral | rebus & tos
1 cawan sayur campur
1 keping fish cake | hiris kecil
100gm isi ayam | hiris kecil
1 kiub pati ayam | hancurkan
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan yogurt
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air rebusan pasta
3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Setelah wangi masukkan bancuhan rempah kari bersama serbuk cili.
3. Setelah timbul minyak tambah di dalamnya sos tomato, cili dan tiram.
4. Kacau rata, kemudian masukkan hirisan ayam dan fish cake. Seketika kemudian tambahkan dengan sayur campur dan sedikit air rebusan pasta.
5. Setelah sekata, masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan pasta, gaul rata dan tutup api. Pasta goreng sedia dihidangkan.
PASTA PENNE GORENG TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta panne | rebus & tos
50gm isi dada ayam | hiris kecil
50g udang | buang kulit & potong kecil
50gm sotong | hiris bulat
50gm hirisan cili benggala merah
50gm hirisan cili benggala hijau
50gm hirisan lobak merah
50gm hirisan kacang buncis
8 biji cili padi | hiris
2 sudu makan tauchu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau rata, kemudian tambah tauchu. Kacau rata, masukkan pula hirisan isi ayam, udang dan sotong.
3. Seterusnya tambahkan sayur campur dan hirisan cili.
4. Perasakan dengan pati ayam yang telah dihancur, gula dan garam jika kurang masin.
5. Setelah cukup rasa, masukkan pasta dan hirisan cili benggala dan lobak merah,
6. Gaul rata, seketika kemudian tutup api. Pasta sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Victoria Sandwich Cake, Mewah Dengan Rasa Manis, Masam & Berlemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: