Mi kari sejam siap! Memang sesuai sangat untuk tetamu yang tiba-tiba kata nak datang berkunjung di rumah.
Sebab itu sebaiknya bahan-bahan buat mi kari ini kita sediakan siap-siap, kerana situasi ini memang selalu berlaku di bulan Syawal.
Walau pun sekejap saja menyediakannya tapi yang pasti mi kari perkongsian Khairul Abdullah sedap.
Cara buat mi kari sejam siap!
Ads
Bahan-bahan
1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
400 gram kerang siap kupas
1 ketul isi ayam
8 ekor udang saiz sederhana
1 ikat kacang panjang
1 genggam taugeh (jika suka)
1 ikat sawi
1 pek fishball
1 pek fishcake
1 pek tofu goreng
1 ketul kiub pati ayam
2 ranting daun kari – atau lebih
1 pek kecil serbuk kari daging Cap O
1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O
1 kotak santan
1 sudu kecil pes asam jawa
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara membuat:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dalam 5 sudu dalam periuk besar dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.
2. Campur rempah kari ikan dan daging dalam satu bekas, tambah air dan jadikan pes kemudian masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.
Ads
3. Apabila mendidih masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan biar didih.
4. Bila mendidih sekali lagi masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut kuantiti kuah yang dikehendaki. Kemudian boleh perasakan ikut cita rasa. rasa. Siap kuah.
Resipi ringkas sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makana malam.
MI BAN MIAN
BAHAN-BAHAN:
2 ketul Ban Mian
Isi ayam atau udang
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili api
Minyak
Air
2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
Secubit lada hitam kasar
Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
Bawang merah dihiris halus dan gorengkan sehingga jadi bawang goreng, angkat bawang goreng dan ketepikan.
Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih.
Rebuskan air yang mencukupi untuk merebus mi ban mian ini. Bila mendidih masukkan mi dan kacau. Biarkan masak dalam 2 minit dan toskan. Bilaskan dengan air bersih untuk membuang bau mee dan ketepikan.
Panaskan minyak yang mencukupi untuk tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan udang/ayam.
Masukkan sedikit serbuk pati ayam, kicap cair, sos tiram, gula dan secubit lada hitam kasar. Gaul rata dan matikan api.
Masukkan mi dan bawang goreng tadi kedalam kuali dan gaul rata. Sudah boleh hidangkan.
INFO:
Kepedasan mi bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan cili.
Boleh tambah bahan yang anda suka seperti bebola ikan, fishcake, telur dan sebagainya.
Suka makan Kuetiau Kungfu? Lepas ni tak perlu lagi nikmati hidangan ini di kedai makan kerana anda boleh hasilkan sendiri sajian KuetiauKungfu yang sedap secara homemade. Cara pembuatannya pun sangat mudah dan menggunakan bahan yang ringkas. Nak buat? Resipi perkongsian saudari Nur Khalida Khalid ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU KUNGFU HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus kuetiau
3 biji telur
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3-4 ulas bawang putih – dicincang
Sos tiram secukupnya
1 kiub pati ayam
Sedikit garam dan lada sulah
Bancuhan tepung jagung secukupnya – untuk memekatkan kuah
Air secukupnya
BAHAN A:
Isi ayam – dihiris
Udang – dibersihkan
Sotong – dipotong kecil
BAHAN B:
Sayur Pakchoy secukupnya – dipotong
2-3 batang jagung muda – dihiris
Bunga kubis – dipotong kecil
Lobak merah – dipotong kecil
Tomato – dihiris
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi. 2. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam. Gaul rata. Tambahkan air ikut sebanyak mana yang dikehendaki. 3. Seterusnya masukkan isi ayam, lobak merah dan jagung muda. Masak seketika. 4. Kemudian masukkan udang, sotong, bunga kubis dan juga sayur pakchoy. Biarkan mendidih dan sayur separuh masak. 5. Masukkan bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yang dikehendaki dan perasakan dengan garam serta lada sulah dengan secukupnya. Jika kuah sudah masin, abaikan penggunaan garam.
6. Untuk menyediakan kuetiau, pecahkan telur dan masukkan sedikit lada sulah. Pukul hingga sebati. 7. Gaul kuetiau bersama bancuhan telur tadi hingga rata.
8. Panaskan minyak sedikit banyak, kemudian goreng kuetiau seakan menggoreng telur dadar. Kuetiau yang garing membuatkan hidangan Kuetiau kungfu jadi lebih sedap.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.