Ikan siakap selalu kita buat masak stim. Ada juga yang buat siakap tiga rasa. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Resipi Oleh Ct Suratman dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
- 1 batang serai |dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1.5 sm lengkuas | dikisar halus
- 6 biji cili hijau besar | dikisar halus
- 20 gm belacan | dibakar dan kisar
- 1/2 sm kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 1 biji kulit limau purut | disagat
- 4 helai daun limau purut | dihiris halus
- 200 gm daging /dihiris nipis
- 20- 30 gm daun selasih
- 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
- 10 gm kubis bunga/ dihiris
- 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
- 62 ml air rebusan daging
- 100 ml santan
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
- 400 gm daging | dihiris nipis
- 6 sudu makan pes cili kering
- 2 batang serai | dikisar halus
- 2 sm lengkuas | dikisar halus
- 4 helai daun limau purut | dikisar halus
- 1.5 sm belacan bakar | dikisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
- 2 biji kulit limau purut | dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 batang kayu manis | dikisar halus
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1 cawan air
- Minyak untuk menumis
- 40 ml santan segar
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang | dicincang
- 1 ekor sotong | dicincang
- 4 ekor kupang | dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang | dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak | dicincang halus
- 2 batang cili padi | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland | dicincang
- 2 biji bawang merah | dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5.Gar Hor Bai Toey (Ayam pandan)
BAHAN-BAHAN :
250 gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
Bahan untuk perapan :
- 40 ml susu cair
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih /dikisar halus
- 3 ulas bawang merah /dikisar halus
- 1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
10 Sebab Mengapa Chef Azizan Layak Jadi Pengadil Pertandingan Kulinari
RASA isu februari tampil dengan pelbagai kisah menarik untuk pencinta dunia kulinari dan masakan. Kisah seorang lagi Chef tersohor yang cukup dikenali di dalam dan luar negara dalam ruangan Chef Selebriti. Namanya Chef Mohd Azizan Shukri. Sering diundang menjadi pertandingan masakan.
Dirinya juga bukan calang-calang pencapaiannya. Ni antara sebab mengapa beliau cekap dan layak jadi Pengadil Pertandingan Masakan :
1. Tegasnya kualiti sajian bukan sekadar sedap , persembahan dan penggayaan hidangan ‘food styling and presentation’ penting untuk memikat selera mata memandang.
2. Prinsip masakannya ialah kualiti makanan perlu dijaga, rupa kena cantik, pandai bermain warna, persembahan kena menarik kena ada sentuhan pada hidangan kalau nak markah lebih mantap.
3. Ramuan wajib segar, barulah capai standard kesedapan.
4. Lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinari bekerja di hotel dan restoran ‘fine dining’ dan hotel bertaraf lima bintang terkemuka.
5. Pernah bertugas di The Grand Hotel Malahide, Dublin , Ireland sebagai Sous Chef di sana.
6. Pernah menyediakan sajian untuk mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan kumpulan band boy Westlife yang terkenal.
7. Pakar masakan sajian Eropah moden terutamanya Itali dan Perancis
8. Pernah bertugas di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan untuk kontijen Jerman (tajaan Adidas)
9. Pernah memenangi tempat Pertama di 2nd Inter-Chef Competition 1994 dan Award Excellence Penang Asia 1995.
10. Di peringkat antarabangsa pernah menerima anugerah The Best Chef Ambassador 2016, Chef & Maitre Nel Mondo,Italy serta Guild of Chefs, Republik Bulgaria.
Nah ,ni resipi ekslusif dari Chef Mohd Azizan untuk follower RASA. Cubalah nanti…
COD FISH WITH HONEY HOLLANDAISE
BAHAN-BAHAN :
- 160gm ikan kod
- 10gm paprika Hungary
- 10gm cajun
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Bahan honey sauce hollandaise :
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu makan cuka epal
- 1 sudu teh madu
- 50gm mentega
- 1 biji lemon | diambil jus
CARA MEMASAKNYA :
1. Perapkan ikan kod dengan cajun, paprika, gula dan lada hitam.
2. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius.
3. Bakar ikan dalam masa 15 minit. Keluar dan ketepikan.
4. Untuk membuat sos hollandaise, mula cairkan mentega di dalam kuali yang dinyalakan api perlahan, masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau dengan ‘whisk’.
5. Kemudian masukkan cuka epal dan madu. Pastikan api sentiasa perlahan untuk mengelakkan telur berketul ,kacau sehingga pekat dan tutup api.
6. Tuangkan di atas ikan kod yang dibakar tadi.
Nak resipi lagi, dan kisah lebih lanjut mengenai Chef Mohd Azizan bolehlah dapatkan majalah RASA isu Februari ni…Dah ada kat pasaran.
10 Resipi Lauk Pauk Kenduri Cara Kampung. Mudah & Sedap,
Menu kenduri kampung semestinya menjadi pilihan ramai. Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian-sajian begini. Andai berkunjung ke negeri Pantai Timur misalnya, pasti berselera melihat aneka lauk pauk yang dihidangkan. Mungkin sesetengah darinya ada yang anda tak pernah cuba. Keenakannya pula, hmmm… sukar diungkapkan dengan kata-kata. Unik, menarik dan cukup tradisional untuk anda persembahkan sebagai hidangan tetamu di majlis perkahwinan yang anda bakal adakan nanti. Selamat mencuba!
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 2kg daging
- 2 biji bawang besar | dihiris
- 20 sudu makan kicap lemak manis
- 4 gelas air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 24 biji bawang merah
- 12 ulas bawang putih
- 8cm halia
- 30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 6 kuntum bunga lawing
- 6 kuntum bunga cengkih
- 8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
- Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
- Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk memendekkan waktu memasak, guna daging batang pinang.
2. ACAR TIMUN MASAK
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 batang timun saiz besar
- 800ml air
- 12 sudu makan cuka
- 3 biji bawang Holland | belah 4
- 8 biji cili merah | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 12 ulas bawang putih
- 10 sudu makan cili kisar
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Bersihkan timun, belah 3 bahagian dan hiris memanjang. Buang bijinya. Rendam dalam air garam seketika.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan air dan cuka masak. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan timun. Biar mendidih seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan bawang serta cili potong. Biar masak seketika.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Timun perlu direndam air garam atau air kapur supaya tidak terlalu lembik dan rasa rangup ketika dimakan.
3. KERABU NANGKA BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm nangka muda | dicelur empuk dan disiat kasar
- 4-5 ekor ikan kembung | direbus dan dibuang tulang
- 4 cawan santan kelapa pekat
- 10 ulas bawang merah
- 2 sudu makan lada hitam | ditumbuk
- 8 biji cili padi merah| hiris nipis
- 6-7 tangkai kacang panjang | hiris nipis
- 1/2 biji kelapa parut | digoreng tanpa minyak hingga keperangan dan ditumbuk sedikit
- 3 biji jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan tumbuk sedikit supaya halus.
- Satukan nangka, kelapa parut goreng, hirisan cili padi dan kacang panjang. Gaul rata.
- Tumbuk bawang merah, isi ikan dan lada hitam hingga lumat.
- Panaskan santan dan masukkan bahna-bahan tumbuk tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
- Tuang santan ke dalam bekas berisi campuran nangka.
- Tambahkan jus limau nipis dan gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Santan perlu dimasak bagi mengelakkan kerabu cepat basi.
4. TERESEK JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji jantung pisang
- 500gm ayam (campuran isi, leher, kepak, hati dan pedal) | potong kecil
- 4 cawan santan pekat
- 4 sudu makan rempah kari daging
- 4 sudu makan kerisik
- 3 keping asam gelugur
- 2 sudu makan ketumbar | tumbuk halus
- Garam secukup rasa
- Gula melaka / gula merah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merah saiz besar
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 6 hiris lengkuas
- 15 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Hiris nipis jantung pisang dan rendam dalam air garam.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.
- Masukkan serbuk kari. Gaul rata. Tambah sedikit air supaya rempah tidak melekat di kuali. Kacau rempah hingga masak dan naik bau.
- Masukkan ayam. Gaul rata dan biar empuk.
- Seterusnya masukkan ketumbar, santan serta asam gelugur. Biar hingga santan masak.
- Kemudian masukkan hirisan jantung pisang yang telah diperah airnya. Gaul hingga mesra.
- Masukkan kerisik, garam serta gula. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
- Angkat dan bolehlah dinikmati.
INFO CHEF: Jantung pisang perlu dihiris halus dna direndam air garam bagi membuang sisa getah serta menjadikan Teresek jadi lebih sedap.
5. DALCA DAGING SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg daging tetel
- 12 sudu makan serbuk kari daging | banduh dengan sedikit air
- 1 liter santan pekat
- Air secukupnya
- 15 biji bawang merah | kisar
- 6 ulas bawang putih | kisar
- 1 1/2 keping gula melaka
- 4 sudu makan cili giling
- Minyak masak secukupnya
- 5 biji terung panjang | potong kecil
- 4 batang lobak merah | dipotong kecil
- 10 biji jagung mudah | dihiris serong
- 15 tangkai kacang panjang | dipotong
- 1 biji nanas muda | dipotong kecil
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga masak.
- Tambahkan rempah kari yang telah dibancuh air. Biar hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging. Masak sehingga empuk.
- Tambahkan santan dan air secukupnya ikut kepekatan yang disukai.
- Tambahkan hirisan nanas. Biar hingga mendidih.
- Masukkan juga gula melaka dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, tambahkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Air jangan ditambah terlalu banyak kerana sayur dan nanas akan mengeluarkan airnya sendiri.
6. AYAM TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 2kg isi ayam | potong kecil
- 800ml santan
- Air secukupnya
- 9 biji tomato hijau | hiris
- 10 biji cili hijau | hiris
- 3 biji bawang besar | hiris
- 15 tangkai kacang panjang | hiris
- 10 biji putik jagung | hiris
- 3 keping asam gelugur
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 14 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 3 hiris lengkuas
- 8 batang serai
- 1 genggam cili padi | boleh ubah ikut kepedasan yang dikehendaki
- 3cm belacan
- 6 sudu makan taucu
- 3 sudu teh udang kering
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam. Masak hingga kecut.
- Tambahkan santan, air secukupnya dan asam keping. Renih hingga kuah sedikit pekat.
- Perasakan kuah dengan garam serta gula secukupnya.
- Seterusnya masukkan kacang panjang, tomato, bawang dan cili hiris. Gaul rata.
- Setelah kacang layu, angkat dan hidangkan.
7. PAJERI NANAS BIJI SAWI
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji nanas separuh masak | buang kulit dan potong kecil
- 6 biji bawang merah besar | hiris
- 10 ulas bawang putih | hiris
- 4 sudu makan biji sawi
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 6-7 sudu makan cuka | tambah jika kurang masam
- 5 biji cili merah | hiris
- 1 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang serta biji sawi hingga wangi.
- Kemudian masukkan air, serbuk kunyit, cuka, garam dan gula secukupnya.
- Bila mendidih, masukkan kepingan nanas dan cili merah. Biar merenih dan mendidih seketika.
- Setelah buah nanas kelihatan sedikit lembut, rasa masam dan masinnya. Angkat.
INFO CHEF: Buah nanas akan mengeluarkan jus ketika dimasak jadi tidak perlu tambah air terlalu banyak.
8. GULAI LENGKUAS IKAN KERING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan cencaru kering | belah 2 dan rendam air bagi mengurangkan masin
- 10 batang timun | dibelah dan dipotong. Buang bijinya
- 10-15 biji cili hijau siam | belah 2
- 1 biji nanas | dipotong kecil
- 2 liter santan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- 14 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 6-7 biji cili padi
- 8 inci kunyit hidup
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan kering, nanas, cili hijau dan timun. Masak hingga timun lembut.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Rasa dulu sebelum tambah garam bagi elak kuah terlalu masin.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Pastikan santan sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah gulai berketul.
9. AYAM SAMBAL LADA BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ayam | potong kecil
- Garam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- 1.5 kg bawang merah besar | dikisar
- 20 biji cili merah | dikisar
- 10 batang serai | dititik
- 20 biji cili padi hijau
- 5 biji bawang Holland | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ayam bersama garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan serai, cili padi, garam dan sedikit gula. Gaul hingga terbit bau wangi.
- Masukkan ayam dan juga hirisan bawang Holland. Gaul lagi hingga sebati dan bawang sedikit layu.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Lauk kenduri yang sangat ringkas dan sedap. Lebihkan bahan kisar jika nak menu yang lebih bersambal.
10. SOLOK PETOLA ULAR
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang petola ular
- Santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
- 1 ikat daun ubi | dibersihkan
BAHAN TUMBUK:
- 5 ekor ikan kembung mentah | ambil isinya
- 10 biji bawang merah
- 1 1/2 biji kelapa parut
- 1 sudu makan lada hitam
- Sedikit halia
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Potong petola sepanjang 6 cm dan buang isi.
- Tumbuk bahan-bahan inti dan sumbat ke dalam petola tadi. Pastikan cukup rasa masin, manis serta inti tidak berderai apabila dikepal.
- Ambil daun ubi dan alas didasar periuk. Kemudian susun petola ular tadi.
- Masukkan santan dan masak guna api perlahan hingga petola empuk.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Jika susah nak jumpa petola ular, boleh digantikan dengan cili hijau.