Tengok dari rupa dan hidangannya pun dah tahu sedap. Rancangan Rasa : Instafamous episod 11 menampilkan Instafamous @ayu.shuhaimi dengan tiga resipi hebatnya Telur Sumbat @ Devil Egg, Tomyam Seafood dan Koktel Buah Ais Krim Vanilla.
Ayu Shuhaimi ni nama sebenarnya Ayuazuraimi Bt Ahmad Shuhaimi, 34 tahun, dia mempunyai latar belakang akademik Seni RekaGrafik dan Digital Media. Pernah bekerja di bidang ini , tetapi wanita kreatif ini kini menjalankan perniagaannya di pejabatnya sendiri iaitu Fotografi Perkahwinan dan jualan tudung jenamanya sendiri Juzy Store.
Akuan instagramnya memang padat dipenuhi dengan video memasak ‘step by step’ yang kini mempunyai pengikut mencecah lebih 50 ribu orang. Sebelah tangan memasak, dan sebelah tangan merakam video . Setiap hari Ayu akan membuat dua posting video iaitu pada jam 8 lebih pagi dan sebelah malamnya balik dari pejabat pada jam 8 malam untuk sajian malam pula.
“Asalnya saya hanya memuat naik cerita-cerita biasa yang berlaku di sekitar saya, baru dua tahun kebelakangan ini saya mula memuat naik video memasak. Saya tertarik dengan video memasak orang lain di IG dan saya rasa teruja nak berkongsi sajian dari saya pula. Lagi pulak masa tu saya tengah ‘test’ iphone yang baru dibeli, jadi saya ‘explore’ dengan mengambil foto makanan dan membuat video memasak sendiri.
Selepas memuat naik video yang ke sepuluh tiba-tiba jumlah followers makin ramai hinggalah meningkat ke lebih 50 ribu orang kini. Video yang paling ramai pengikutnya adalah semasa saya berkongsi sajian Asam Pedas, Chicken Buttermilk dan sajian Barat.”ceritanya kepada RASA.
Isteri kepada Mohd Zul Helmi Tahuddin, 36 tahun juga beruntung kerana hobinya ini mendapat sokongan dari suami. Ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Arfan, 1 tahun setengah ini juga banyak memuat naik sajian Johor iaitu hidangan yang dipelajari dari ibunya dari Johor.
Sejujurnya Ayu mengakui dia belajar memasak secara serius selepas mendirikan rumahtangga 2010. Lagi pula suaminya memang gemar makan di rumah. “Saya belajar masak tak tengok resipi. Masak ‘trial and error’, kalau biasa memasak lama-lama kita tahu sendirilah. Prinsip saya , saya suka masak yang simple tapi sedap.”ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya bila bersiaran dan memasak di dalam rancangan Rasa : Instafamous, jawabnya, “ Terkejut dan teruja sebab dapat tengok kerja-kerja rakaman dan produksi di belakang tabir. Kalau biasa memasak depan video sahaja, bila berpeluang masak di kaca tv memang sangat mengujakan,”akhirinya dengan nada ceria.
Ni dia 3 resipi dari Ayu, bolehlah dicuba nanti, ya. Memang sedap dan mudah dibuat, gerenti jadi .
Untuk resipi yang lebih menarik di episod akan datang, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous setiap Isnin jam 12 tengahari , hanya di Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Sedapnya Risoles Daging ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh saudari Marsyita Nadia. Ringkas sahaja bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK RISOLES DAGING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN INTI: 2 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini 2 keping daging burger @ daging kisar 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini Daun sup/daun bawang – lagi banyak lagi sedap 1-2 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini Garam secukup rasa 2 sudu teh tepung jagung – bancuh dengan air – beli online disini Minyak masak untuk menumis
BAHAN KULIT: 2 cawan tepung gandum – beli online disini 2 cawan santan – boleh ganti dengan air @ susu cair – beli online disini 1 biji telur 1 1/2 cawan air Garam secukup rasa
BAHAN SALUTAN: Telur Serbuk roti secukupnya – beli online disini Cili padi
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak dan tumisbawang hingga wangi. 2. Masukkan daging. Masak lagi hingga separuh masak. 3. Tambahkan ubi kentang. Kacau lagi hingga empuk. 4. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, bancuhan tepung jagung, hirisan daun sup dan garam secukup rasa. 5. Bila bahan inti sudah masak, tapiskan untuk membuang lebihan cecair.
6. Untuk membuat kulit Risoles, satukan semua bahan dan sebatikan. Pastikan tiada ketulan. 7. Panaskan kuali dan dadarkan. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. 8. Kulit Risoles yang siap didadar.
9. Ambil sekeping kulit, kemudian letakkan inti dengan secukupnya.
10. Gulung Risoles dengan kemas. Ulang proses sama hingga habis bahan.
11. Pecahkan telur dan pukul seketika. Kemudian celupkan gulungan Risoles tadi.
12. Salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut sempurna. 13. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga garing keperangan. 14. Angkat dan hidangkan bersama cili padi. Risoles rangup dan lembut enak dimakan bersama Sambal Kicap.
NOTA: Untuk membuat Risoles sejukbeku, selepas Risoles disalut dengan serbuk roti, susun dalam bekas dan simpan dalam peti sejukbeku. Tidak perlu digoreng terlebih dahulu.
Resipi mudah ini pasti disukai oleh anak-anak. Snek kentang ini bahan asasnya ubi kentang. Rasanya rangup di luar dan lembut di dalam. Sambil goreng sambil mengunyah, memang enak di makan waktu panas.
STIK KENTANG KEJU
Bahan:
500 gram kentang
90 gram keju chedar parut
100 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sehelai seleri- cincang halus
Cara memasak:
1. Cuci kentang kemudian rebus kentang hingga masak lebih kurang 20 minit.
2. Sejukkan kemudian kupas dan haluskan
2. Masukkan tepung jagung, keju parut, daun seleri, garam dan lada hitam lalu gaul rata.
3. Bulatkan, kemudian buat bentuk memanjang
4. Goreng, siap untuk dihidang.
Tip:
1. Pastikan merebus kentang ketika airnya sudah betul-betul mendidih.
2. Agar tidak melekat, haluskan kentang ketika sudah sejuk (suhu ruang)
3. Agar hasilnya rangup dan lembut di dalam, pastikan goreng dengan api kecil dan
sebelum digoreng letak dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.