Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
RESIPI SIAKAP 3 RASA ARORA ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung – beli online disini
1 1/2 senduk cili kering kisar – beli online disini
1/2 senduk sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
BAHAN POTONG:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
Ads
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
Ads
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat, juadah masakan kampung menjadi penambat selera berbuka puasa. Dek kerana imbauan inilah menjadikan anak-anak di kota rindu untuk pulang ke desa. Terasa nak makan lauk macam yang mak-mak masak untuk buka puasa hari ni? Jom cuba menu-menu di bawah.
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minhyak dalam periuk, 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. 4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 5. Selepas dua minit masukkan siput sedut. 6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. 5. Sedia untuk dinikmati.
4. BUNCIS GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
400gm kacang buncis | dihiris serong
4 sudu makan cili kering kisar
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 ulas bawang merah | ditumbuk
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
2 sudu makan udang kering | direndam dan ditumbuk
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. 3. Masukkan udang kering dan kacang buncis. Gaul rata sehingga sayur kelihatan hampir masak. 4. Tambahkan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika perlu, masukkan sedikit air dan buarkan sayur masak sepenuhnya. 5. Sedia untuk dihidangkan
5. KUBIS GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kubis | dihiris
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap masin
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
2 sudu makan ikan bilis| dibelah dua
180ml air
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
Sedikit serbuk perasa ayam/ikan bilis
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih serta ikan bilis sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan kicap manis, kicap masin dan air. Biarkan mendidih seketika. 3. Seterusnya masukkan hirisan kubis, cili merah dan cili hijau. Gaul rata sehingga kubis menjadi lembut. 4. Perasakan dengan serbuk perasa dan gula dengan secukup rasa. Gaul rata. 5. Angkat dan nikmati segera
Bila tiba ketika bekalan air terganggu, pastinya resah tak leh nak habaq terutamanya bagi kaum-kaum ibu. Mana tidaknya air tu sangat berguna dalam nak uruskan hal-hal seharian di rumah. Nak memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Tambah pula cuaca panas, anak-anak pasti acap kali nak mandi. Bagi ibu-ibu yang pening fikir menu di hari-hari air tak ada ni, berikut adalah 9 resipi mudah yang boleh anda masak.
1.DAGING GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
200gm daging | dihiris nipis dan kecil
50gm bawang Holland | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak masak
CARA-CARA MEMASAK:
Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.
Nampak macam ayam sambal tapi bukan. Ayam sira pedas ini berbeza rasa dan masakannya. Menurut Fuza Abas yang berkongsi resipi ini rasanya pedas, manis dan lagi sedap jika dimakan dengan daun kari yang ditabur di atasnya.