Penyedian Nasi Tomato sangat mudah, ringkas dan cepat. Sesuai sangatlah kalau korang jenis yang sibuk bekerja. Paling ringkas dan sesuai nasi ini boleh dipandankan dengan Ayam Masak Merah serta acar. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Anda yang nak mencuba, ini RASA kongsikan resipinya, tak sempat buat hari ini, share dulu resipi, bila-bila boleh buat.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras wangi/ basmathi | cuci dan tos
6 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 tin puri tomato
1 biji tomato | potong dadu
Sedikit garam dan gula sebagai perasa
2 ketul stok ayam | hancurkan
2 tangkai daun ketumbar | jika suka
2 tangkai daun pudina | jika suka
4 sudu makan marjerin BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
1 helai daun pandan
1 batang serai titik
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin dalam periuk nasi.
2. Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga wangi dan masukkan bahan rempah ratusnya.
3. Setelah wangi, masukkan bahan kisar.
4. Setelah pecah minyak, masukkan tomato puri dan tomato yang dipotong dadu tadi.
5. Kacau rata masukkan air, diikuti dengan beras. Kacau rata.
4. Perasakan dengan stok ayam, garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah mereneh dan cukup rasa. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
6. Apabila nasi hampir masak, masukkan daun ketumbar dan pudina dalam periuk nasi untuk tambah aroma nasi.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana, cuci bersih dan toskan.
1/2 tin tomato puri
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan pes cili kering
2 cawan santan/ susu cair
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 biji tomato | potong dadu kecil
1 pokok daun ketumbar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam dan menumis BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah/1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan pula tomato puri, sos tomato, cili dan tiram, kacau rata.
6. Setelah sebati masukkan hirisan bawang Holland dan ayam goreng tadi, gaulkannya.
7. Masukkan santan/susu cair, kecilkan api.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
9. Setelah masak, taburkan ke dalamnya tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
10. Gaul rata dan tutup api.
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan hirisan dalam mangkuk.
2. Campurkan garam, gula dan cuka dalam mangkuk kecil, gaul rata.
3. Tuangkan dalam mangukuk bahan hirisan. Gaulkannya.
4. Jika kurang rasa masam, masin dan manisnya boleh tambah mana bahan yang rasa kurang.
INFO: Setelah semuanya siap bolehlah dihidangkan bersama. Kalau ditambah dengan dalca dan papadum lagi terangkat, memang mantap gabungan hidangan ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cuti hujung minggu ni apa kata anda meriahkan hidangan makan tengahari dengan menu udang. Kalau nak cuba menu baru, ini RASA bagi idea dua menu udang, Sambal Udang Daun Ketumbar dan Udang Masak Hijau yang sedap dan mudah dimasak. Anda semua boleh cuba.
SAMBAL UDANG DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
500gm udang | bersih dan tos
1 biji bawang besar | hiris
10 biji cili padi | titik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
150gm daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang, cili padi, air asam jawa. diikuti dengan udang.
Kecilkan api, gaul rata seketika.
Akhir sekali peraakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sambal udang sedia dihidangkan.
UDANG GULAI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | bersihkan dan tos
150gm santan kotak
1 biji terung bulat | potong dadu kecil
1/2 batang lobak merah | potong dadu
Cili beggala merah dan hijau secukupnya | potong dadu
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji bawang besar | belah enam
3 ulas bawang putih | titik
2cm halia | hiris memanjang
5 biji cili padi hijau | titik
1/2 cawan air
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintam manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
4 helai daun limau purut | carik-carik
4 helai daun selasih
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 helai daun selasih
5 helai daun limau purut
1/2 cawan daun ketumbar
1biji tomato hijau
4 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Tambahkan ke dalamnya bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan manis,jintan putih.
Kacau hingga pecah minyak, baru masukkan udang, lobak merah, terung dan cilipadi
Masukkan air bersama santan, kacau hingga mendidik.
Seterusnya, masukkan jus limau nipis, daun limau purut, daun selasih.
Akhr sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Idea bernas dan berinovasi bila jamu tetamu puding roti guna bekas cup cake. Tidak perlu takut jika bekas jadi sememeh kalau buat dalam loyang atau bekas dan menyukarkan tetamu untuk ambil. Sangat mudah bila membakarnya di dalam bekas cup cake. Cuma curahkan sos kustard di dalam cup tu dah boleh makan. Sesuai utnuk majlis keraian, selamat mencuba!
RESIPI PUDING ROTI CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
13 keping roti (satu bungkus roti)
1 kotak kecil kismis
*3 cawan fresh milk
*4 sudu besar gula
*2 sudu besar mentega
*2 biji telur
*1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan yang bertanda * kedalam besen atau mangkuk besar.
Kacau bahan tu guna whisk.
Koyakkan roti dan masukkan semua dalam mangkuk tadi.
Rendam sekejap roti tadi dan biar ia meresap seketika.
Sediakan bekas cup cake, dan masukkan bahan tadi ke dalam bekas.
Taburkan kismis di atasnya..terpulang nak taburkan coklat chip dan sebagainya pun boleh.
Panaskan dulu oven 200C dalam setengah jam.
Bakar puding roti dengan sushu 200C selama 50 minit sampai masak. Api atas bawah.
Sementara menunggu masak boleh buat sos kustard!
SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
Semua bahan tu masuk dalam periuk dan sentiasa kacau. Pastikan api kecil sahaja dan kacau sampai pekat. Siap!