Udang masak apa pun sedap. Kalau korang bercadang nak masak udang malam ni, boleh cuba menu Udang Mentega Cili Padi yang sangat mudah dimasak dan sedap makanan panas-panas. Kena pulak kalau guna udang segar, perhhhh memang manis pedas yang gerenti sedap menjilat jari dan makan bertambah.

 

UDANG MENTEGA CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm udang saiz XL | bersih dan goreng
  • 2-3 biji telur |kacau rata
  • 100gm udang kering | cuci, tos dan kisar kasar
  • 200ml susu cair
  • 10 biji cili padi | hiris
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 3 sudu makan mentega
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • Garam & gula secukup rasa

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan mentega dalam kuali.

LANGKAH 2:  Masukkan telur yang telah dikacau tadi, dan kacau hingga menjadi hancur.

LANGKAH 3: Seterusnya masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul rata.

LANGKAH 4:  Masukkan hirisan cili, dan kacau lagi.

LANGKAH 5: Kemudian masukkan pula daun kari.

LANGKAH 6: Akhir sekali masukkan udang,  perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidangkan.