Sedapnya bila dapat makan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai. Makan pula dengan nasi panas, memang boleh buat makan bertambah-tambah. Yang nak diet tu, tangguh dululah dietnya. Bila sudah ada Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, tak perlulah lauk-lauk lain. Lauk ini sahaja sudah cukup membuka selera. Jom kita cuba resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim
RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya – beli online Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan – beli online Garam secukup rasa – beli online Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu 2 biji bawang besar 2 batang serai *diketuk Segenggam atau lebih ikan bilis 5 papan petai 1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
Ads
Ads
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Resipi rahsia bonda sambal bilis untuk jualan nasi lemak ini dikongsi oleh Nursyafiqah Nadiah Abdullah. Untuk hasil yang lebih sedap dan sebati sambal dimasak lama antara 3-4 jam.
SAMBAL BILIS NASI LEMAK BONDA
BAHAN-BAHAN:
*10 bji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 kilo cili kering
Belacan (sebesar kiub pati ayam)
Asam jawa @ asam keping ikut citarasa anda
Ikan bilis ikut suka banyak mana
CARA MEMASAK:
Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Perasakan dengan garam gula.
Masukkan bilis (tidak perlu digoreng) dengan air asam.
Masak hingga naik minyak. Untuk lagi sedap masak lama dalam 3 hingga 4 jam. Waktu ini guna api kecil.
INFO: Sebelum masukkan ikan bilis boleh tumbuk kasar. Atau asing kisar dalam senggenggam ikan bilis untuk tambah rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nursyafiqah Nadiah Abdullah
Rasa masam manis acar buah memang memantapkan juadah yang dihidang. Campuran buah-buanhan jeruk dengan bawang, sos cili dan rempah kari padulah rasanya. Yang bestnya acar ni menjadi makin sedap bila dah dua tiga hari. Barulah mesra buah dengan ramuan.
Acar ni memang cukup sesuai dengan jamuan kenduri kendara atau untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kalau min, suka sangat makan dengan Nasi Minyak atau Beriani. Jom cuba resipi yang dikongsikan dalam FB Resepi Masakan ini.
RESEPI ACAR BUAH (5KG)*
BAHAN- BAHAN :
3 kg buah-buahan jeruk kering berlainan jenis
7 biji jeruk limau
200gm jeruk mangga
1 cawan cili kisar
1 cawan rempah kari ikan
17 ulas bawang putih( sebiji2)
17 ulas bawang kecil( sebiji2)
30 biji cili api
2 inci halia- mayang nipis panjang2
1/2 botol sos cili
1 cawan cuka makan
Gula (ikut rasa masing2)
Garam secukup rasa
3 cawan minyak masak
BAHAN TUMIS
1 sudu besar biji sawi
1/2 sudu besar jintan manis
5 tangkai daun kari – optional
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hingga naik bau, masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga sehingga pecah minyak
2. Kemudian masukan rempah kari ikan yg dibasahkan dgn sedikit air terlebih dahulu ye dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit. Api jgn kuat.. Jgn masuk gula dulu ye.. Masukkan sedikit garam, cuka & sos cili..kacau lagi,lama2 sikit ye.
3. Masukkan gula, kacau seketika lagi.
4. Masukkan halia kemudian kacau sehingga sebati.
5. Masukkan buah2 jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk.
6. Akhir sekali masukan buah2 yang lembut bersama bawang putih, bawang merah & cili api,kacau sehingga sebati.. Perasakan.. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula..Tutup api, kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya.
7. Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau di makan.
8. Bolehlah di hidang.
Ketika semua orang stay at home, melayan kerenah anak-anak adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah memasak dan makan bersama-sama.
Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera. Simple, tapi nampak sedap!
SAMBAL TUMBUK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
Siap goreng semua bahan. Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.