Aduh, sedap betul tengok Red Velvet Brownies ni. Kena pula ada lapisan cheese yang dihias menarik sebagai topping. Hidangkan pula untuk tetamu pada hari raya nanti, memang menarik.
Walaupun tak mudah untuk membuatnya namun pasti berbaloi bila menikmati setiap suapan Red Velvet Brownies hasil resipi Tyra Manan.
RED VELVET CHEESE BROWNIES
BAHAN-BAHAN:
*250gm tepung gandum – beli online di sini *15gm serbuk koko *½ sudu teh baking powder *(3 bahan ni kena ayak bersama) 130gm mentega – beli online di sini 250gm gula halus – beli online di sini 2 biji telur gred A 1 sudu teh esen vanilla 240ml buttermilk ½ sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh cuka
Susu full cream (240gm) + cuka (1 sudu besar) + pewarna merah (1 sudu besar) Biarkan 5-10 minit sebelum masukkan dalam adunan.
*Cuka & soda bikarbonat : Campurkan 2 bahan ni, tunggu sampai hilang buih terus masukkan dalam adunan. (Yang ni buat last sekali bila adunan dah siap)
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega, tutup api dan masukkan gula (masa mentega tu panas lagi).
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. 3. Kacau sampai gula larut, baru masukkan bahan yang dah diayak selang seli dengan bancuhan buttermilk tadi. Akhir sekali, baru masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.
*Simpan sikit adunan kek untuk kita buat deco atas cheese nanti. *Sementara kek tengah bakar, boleh sediakan bahan untuk cheese atas dia.
BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE:
375gm cream cheese 180gm gula halus 2 sudu besar whipping cream 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar jus lemon 2 biji telur
CARA-CARA:
1. Putar cream cheese sampai berkrim, masukkan gula dan mix sampai sebati baru masukkan telur dan jus lemon. Akhir sekali, baru masukkan tepung dan whipping cream.
2. Bila kek dah masak, sejukkan kejap dan baru tuang adunan cheese atas kek tadi. Hias ikut selera masing-masing dan bakar lagi sekali dengan teknik stim bath selama 30 minit, suhu 160° (ikut oven masing-masing).
Anda yang menghidap diabetes jika teringin makan steak, boleh je makan. Tak ada pantangnya, selagi steak bebas dari gula dan karbohidrat. Nak lagi sedap tambah apa sahaja sos dan hidangan sampingan seperti salad, bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Namun, elak makan steak bersama nasi, kentang ataupun jagung kerana makanan ini sumber gula dan karbohidrat.
Ini resipi steak yang bebas gula dan karbohidrat. Anda boleh cuba ye:-
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
1/2sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS SAVOURY
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
Setelah steak masak, tuangkan sosdi atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
Macam-macam cara nak masak kari. Ada yang suka pekat dan ada suka sederhana pekat. Kari yang dikongsi oleh aslyna ni agak istimewa kerana abang iparnya orang Nepal. Dia belajar cara masak kari cara orang sana. Nama masakannya Kukkra Curry atau kita panggil kari ayam.Memang sedap,sbb kari diorg ni lain dari yang lain dan tak pakai santan.Kari ini bukan makan dengan nasi je sedap,makan dengan roti arab pun sedap. Ini resipi penuh cara buatnya.
KUKKRA CURRY
Bahan-bahan:
ayam seekor
*bwg merah 5 biji
*bwg putih 3 biji
*halia 1 inci
(blenda bhn yg bertanda *)
tomato 4 biji (potong dadu)
ubi kentang (terpulang)
daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lg sedap)
yogurt ori 5 sudu (yg x de perisa)
serbuk kari 6 sudu penuh
Cara memasak:
1.*Tumis semua bahan blenda,
2.Masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik myk.
3.Kemudian masukkan ayam dan kentang dan masukkan sdikit air.biarkan mendidih hingga ayam msk.
4.Kemudian masukkan yogurt.akhir skali msukkan daun ketumbar yg sudah dipotong2..siap,cuba la.
Kalau nak makan sesuatu yang pedas untuk berbuka puasa, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.