Sebut je Corn Dog, mesti ramai anak-anak suka, nak beli harga pun boleh tahan mahalnya. Kadang sebatang dua tak cukup. Apa lagi kalau anak ramai. Jadi apa kata mak-mak cuba buat corn dog buat sendiri kerana ia sangat senang, cuma mak-mak kena tahu tekniknya yang betul supaya kejadian corn dog cantik dan sedap seperti yang dijual di restoran.

Buat Sendiri 2 Versi Corn Dog Yang Mudah & Sedap, Gerenti Anak Suka.
.

CORN DOG
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 125gm keju mizarella
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 100ml susu cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh perasa daging atau cendawan

BAHAN SAMPINGAN:

  • Serbuk roti secukupnya |salutan
  • Lidi sate | pencucuk
  • Tepung jagung untuk | salutan
  • Sos tomato | pencicah
  • Mayones | untuk pencicah
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Potong memanjang keju Mozarella, kemudian cucuk dengan lidi sate, salutkan dengan tepung jagung. Simpan dalam peti sejuk (untuk elakkan keju cair).
  2. Sementara itu, campurkan tepung gandung dengan tepung jagung, garam serbuk lada hitam, perasa daging/ cendawan serta serbuk penaik.
  3. Kacau rata kemudian masukkan sebiji telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau rata menggunakan wisk Adun rata hinggga adunan menjadi seperti adunan lempeng.
  4. Masukkan adunan dalam gelas tinggi, dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.
  5. Keluarkan keju dan adunan corndog, celupkan keju dalam adunan corndog sehingga kesemua bahagian kejut disaluti sepenuhnya dengan adunan corndog.
  6. Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbok roti hingga rata .
  7. Panaskan minyak, goreng corndog hingga kuning keemasan.
  8. Angkat dan taburkan gula di atasnya
  9. Corndog sedia dihidangkan bersama mayones atau sos cili.
    by: @amandawati

Buat Sendiri 2 Versi Corn Dog Yang Mudah & Sedap, Gerenti Anak Suka.
.

IKLAN

CORN DOG ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:

  • 130gm tepung gandum berprotein tinggi
  • 1 biji telur
  • 60-70ml susu cair sejuk
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh yis segera
  • 15gm mentega
  • Secubit garam
  • 5 batang sosej|
  • 5 keping keju chedar
  • Tepung berprptein | untuk salutan
  • Tepung roti secukupnya
  • Gula untuk tabur
  • Sos tomato dan mayones

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan adunan roti,campurkan semua bahan kerin, kecuali garam hingga rata.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli hingga sebati.
  3. Tutup dengan plastik wrap dan biarkan lebih kurang 30 minit.
  4. Sementara itu, cucukkan sosoj pada lidi sate dan balut dengan kepingan keju diluarnya.Simpan dalam peti sejuk seketika.
  5. Kempiskan aduan dengan garpu,kemudian balut sosej dan keju mozzarella.
  6. Salut dengan tepung roti.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keperangan.
  8. Angkat dan taburkan gula di atasnya dan picitkan sos tomato dan mayones di atasnya.
  9. Oleh @bebenooom
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI