Bagi anda yang suka mencuba resipi-resipi baru dan inginkan biskut raya yang lain dari yang lain, bolehlah cuba buat Cream Cheese Red Velvet Cookies ini. Bukan sahaja rasanya sedap tetapi sangatlah mudah. Rasa sekali pasti tidak boleh lupa punyalah. Ini resipi Cream Cheese Red Velvet seperti yang dikongsikan oleh Rizal KingRiz
2. Tutup dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit untuk dapatkan tekstur.
BAHAN-BAHAN (DOUGH COOKIES):
1/2 cawan mentega, cairkan jika guna mesin pengisar (blender) – BELI ONLINE 1/2 cawan gula 1/4 cawan gula perang – BELI ONLINE 1 biji telur gred A 1 sudu besar pewarna merah 1 sudu kecil esen vanilla – BELI ONLINE 1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE 1/4 cawan serbuk koko 1/2 sudu kecil baking powder – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang dengan mixer atau blender.
2. Masukkan telur, pewarna merah dan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
3. Campurkan tepung, serbuk koko dan baking powder dan gaulkan sampai jadi doh. Jika gunakan blender, masukkan tepung dalam bekas adunan secara manual.
Ads
4. Doh yang sudah siap tadi buatkan bentuk bulat kecil untuk membentuk cookies. (Dapat dalam 15-20 biji ikut saiz bulatan)
5. Leperkan dan isikan 1 sudu kecil campuran cream cheese ke dalam setiap biji doh. Bulatkan semula doh yang diisi cream cheese tadi.
6. Susun di dalam tray dan bakar.
Ads
7. Masak dalam airfryer dengan 160° C, 10 minit atau oven 170° C 15 minit.
Ads
8. Tunggu sejuk. Bolehlah dimakan dan disimpan di dalam balang dan disimpan di dalam peti sejuk.
Tiap kali raya, biskut raya jadi kemestian. Bila dah teringin tak usah tunggu raya, bila bila pun boleh buat. Hari ni kita share resipi biskut Mazola SuiSan Aliezsha . Sedapnya biskut ni sekali kunyah rasa cair jer dalam mulut.
BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum (saya guna cap ros)
Kacang tanah bersihkan buang dulu kalau ada habuk. Sangai tanpa minyak ye,jangan terlalu hangus nanti kuih bau hangit sebab nanti kita akan bakar semula,kalau boleh biar putih-putih asalkan garing,kena jaga api dan kacau selalu, dah sangai biarkan seketika buang kulit kemudian blend sampai lumat (saya beli 1kg dibahagi dua, anggaran setengah kilo digunakan)
500g minyak Mazola (bak kata mak tak guna minyak tu tak sempurna biskutnya)-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan setengah gula halus (diblend sampai lumat)
1 sudu besar soda bikarbonat (diayak bersama tepung gandum)-BELI ONLINE DI SINI
Kuning telur dan pewarna kuning telur
Cara membuat:
1.Satukan tepung,kacang,gula.Gaul sehingga sebati.
2.Masukkan sikit demi sedikit minyak Mazola. Gaul sehingga jadi doh.(minyak 500g tu tak habis saya guna ada berbaki lebih kurang 3,4 sudu.
3.Kemudian biarkan rehat seketika,canaikan tekap pakai acuan yang korang suka.Saya biasa guna tutup botol.
4.Kemudian sapu permukaan atas dengan kuning telur.
5.Alaskan loyang dengan kertas minyak bakar.
6.Bakar pada suhu 170° selama 25 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Bila makan kek sarang semut, memang sedap dan cantik kejadian yang bersarang. Tak boleh henti makan bila dah menghadap kek ni. Kalau ada yang nak cuba boleh cuba resepi ni. Teknik membakar dalam kuali ni memang menjadi. Kek ni tidak diperap dan terus tuang air gula karamel yang masih panas. Selamat mencuba.
KEK SARANG SEMUT
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar marjerin
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
Cara membuat:
1.Cairkan gula, dah bertukar perang masukkan air panas, gula dah betul-betul cair masukkan pula marjerin.
2.Pecahkan telur, masukkan esen vanilla dan susu pekat, kacau rata.
3.Tambahkan tepung dan soda bikarbonate, kacau lagi. Kalau tepung masih berketul, tapis dengan penapis.Biar jadi adunan yang licin.Tuang ke dalam loyang(sapu marjerin).
4.Panaskan kuali ( wok ) 5 minit, letakkan pelapik sama ada besi redai ataupun pelapik periuk (besi) dan letakkan loyang, tutup kuali. Bakar dengan api kecil selama 1 jam atau sehingga masak (permukaan kek akan berlubang halus dan akan kering). Sesekali buka tutup kuali dan lap wap air.
Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai masa hari raya. Dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Semua sukakan rasanya. Nak buat pun tak susah. Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ketuhar? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Ella Suhaila ini. Hanya masak guna pemanggang ajaib. Memang mudah! Hasilnya pun nampak sempurna. Jom cuba!
KEK SARANG SEMUT/GULA HANGUS
BAHAN GULA HANGUS:
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar margerin atau mentega
CARA-CARA:
Buat gula hangus. Bila gula dah cairatau perang,masukkan air panas (hati-hati nanti gula melompat @ merecik)
Bila dah mendidih, masukkan margerin atau mentega. Sebatikan dan padam api.
BAHAN KEK:
4 biji telur
1/3 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
Kacau sebati telur,susu, esen vanilla & soda bikarbonat. (empunya resipi hanya kacau guna garfu je. Kacau-kacau manja, pusing 1 arah).
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sampai tepung sebati.
Masukkan gula hangus yang masih panas dalam adunantepung dan kacau lagi.
Lapik dasar pemanggang ajaib dengan aluminium foil. Oles sedikit margerin padaaluminium foil.
Tapis adunan ke dalam pemanggang. Bakar menggunakan api kecil selama 20-30 minit atau hingga kek masak.
Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Gandakan adunan supaya kek memenuhi pemanggang ajaib.
Adunan tidak perlu diperap.
Bakar hanya menggunakan pemanggang ajaib. Guna api kecil sahaja.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!