Jangan ingat sibuk  di depan kamera, Dilla Ahmad tidak sempat ke dapur ye… Bila ada kesempatan rehat tanpa lakonan, dia tetap masuk dapur menyediakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk  keluarga. Tak percaya? Ini dua menu yang dikongsikan oleh Dilla  dengan RASA yang anda semua boleh cuba.

Sedapnya… Ayam Briani & Cucur Bawang, Pelakon Dilla Ahmad Ni ! Korang Boleh Cuba.

AYAM BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
  • 3 sudu makan rempah briani
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan kismis
  • 3 sudu makan bawang goreng
  • 3 sudu makan puri  tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 biji tomato | belah enam
  • 1 pokok daun ketumbar | botong 3-4cm
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 5 biji cili hijau

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan rempah briani yang dibancuh dengan sedikit air, kemudian tambah dengan puri tomato dan sos cili.
  4. Seterusnya, masukkan ayam, bawang goreng, kismis, daun ketumbar dan santan.
  5. Kacau atas api sederhana sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
  6. Akhir sekali  masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Selepas beberapa minit bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi beriani.

Sedapnya… Ayam Briani & Cucur Bawang, Pelakon Dilla Ahmad Ni ! Korang Boleh Cuba.

CUCUR BAWANG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm tepung gandum
  • 250gm bawang besar | cincang
  • 1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali telur dan air. Gaul rata.
  2. Seterusnya masukkan telur dan air secukupnya.
  3. Adun adunan tepung hingga sebati.
  4. Panaskan minyak, dan goreng cucur hingga kekuningan.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sos cilia tau kuah kacang.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI