Bagi penggemar manisan, resipi Puding Laici perkongsian saudari Muhammad Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Ali ini sangat perlu anda cuba. Ia adalah salah satu resipi ibunya dan popular dikalangan mak-mak zaman 90-an. Menurut beliau resipi ini sangat mudah. Hanya menggunakan satu lapisan sahaja dan dinasihatkan membuatnya dalam kuantiti yang banyak kerana sangat sedap! Pasti tak cukup kalau buat sedikit sahaja. Satu adunan ini boleh menggunakan loyang bersaiz 9 inci (empunya resipi guna loyang petak saiz 8 inci dan acuan Canele). Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT PUDING LAICI SEDAP GUNA RESIPI MAK-MAK ZAMAN 90-AN
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api perlahan.
2. Selepas itu masukkan gula. Biarkan gula larut terlebih dahulu sambil dikacau-kacau.
3. Bila sudah larut, masukkan air laici (air sahaja) dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah. Kacau sebati.
4. Sementara itu pecahkan telur. Kacau sebati dan masukkan bersama susu cair.
5. Masukkan esen vanila dan juga garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.
Ads
6. Dalam bekas berlainan, masukkan bancuhan tepung kastard yang telah diadun bersama air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dengan susu cair tadi.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan agar-agar laici tadi.
8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit menggunakan api perlahan.
9. Bila sudah mendidih, masukkan buah laici dan kacau lagi dalam 10 saat kemudian padamkan api.
10. Masukkan adunan puding ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.
Ads
11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar terlebih dahulu selama 40 minit kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk dan dinginkan selama 3 jam.
12. Bila sudah mengental sempurna, boleh dipotong dan dihidangkan.
NOTA: Agar-Agar tali sangat sesuai digunakan kerana teksturnya yang stabil dan hasilnya tidak terlalu lembik.
Menu sandwich memang sangat mudah disediakan. Tambah jika ada majlis potluck dan sebagainya, ini yang patut anda sediakan. Dikongsikan resipi mudah dari Fatimah Saari.Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain.Memang nampak menyelerakan dan confirm tak jemu makan.
Bagi yang suka sangat makan Ayam Goreng Berempah, ini ada resipi langkah demi langkah yang paling mudah dan senang untuk dicuba. Boleh cuba buat untuk majlis rumah terbuka di sepanjang bulan Syawal ni.
AYAM GORENG BEREMPAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
Serbuk kunyit secukupnya
Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa
BAHAN A ( KISAR):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
4 batang serai
Halia
Lengkuas
1 biji telur
1 sudu besar pes asam jawa – campur sedikit sahaja air & tapis biji
Nota : Kisar semua bahan di atas. Dilarang menggunakan air sebab air dari bawang besar, telur dan air asam jawa sudah mencukupi. Jadi nak elakkan bahan perapan terlalu berair.
BAHAN B:
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili (suka pedas boleh tambah)
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar tepung beras
Daun kari
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan tos hingga kering. Pastikan jangan terlalu berair. Gaul garam kunyit dulu kemudian tambah serbuk perasa dan gula (satu sudu kecil nak bagi seimbangkan rasa)
2. Masukkan Bahan A (kisar) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan semua Bahan B.
4. Sebaiknya gaul guna tangan. Tabur sedikit daun kari untuk aroma dalam perapan.
5. Bila semuanya sebati, boleh tambah sedikit lagi garam, serbuk perasa, serbuk cili atau serbuk kari. Ikut kata hati. Jangan lupa cucuk sedikit ayam dengan pisau supaya perapan terasa sampai ke dalam. Perap selama 2-3 jam.
6. Panaskan minyak dalam kuantit banyak supaya tenggelam masa menggoreng. Kalau nak ayam masak sekata, disyorkan goreng dalam periuk. Pastikan minyak betul-betul panas.
7. Masukkan ayam dan tutup periuk..Setiap bahagian goreng lebih kurang 4-5 minit. Bila dua-dua bahagian dah masak, buka tudung periuk dan biar 3-4 minit. Bila nampak garing sepenuhnya terus angkat. Teknik ni untuk bagi ayam garing di luar dan berjus di dalam.
Kali ini RASA kongsikan sarapan gaya orang Jawa. Try buat tau. Memang sedap dan mengenyangkan. Lontong kering memang agak rumit hendak dibuat sebab ada serondeng, ada sambal dan ada daging. Tapi percayalah, sangat berbaloi untuk dibuat sebab korang mesti puas makan.
LONTONG KERING DENGAN SERONDENG
SERONDENG KELAPA
50 tangkai cili kering
5 incI halia
15 batang serai
3 inci lengkuas
3 cawan udang kering
5 cawan ikan bilis
14 ulas bawang putih
25 ulas bawang merah
2 inc belacan
2 inc kunyit
Minyak masak untuk menumis
2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
CARA MEMBUAT SERONDENG KELAPA
1. Kisar semua bahan di atas kecuali kelapa, asam jawa dan gula.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula. Masaklah sehingga kuah pekat.
4. Setelah garing, masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering dan berderai.
BAHAN DAGING DENDENG
5 kg daging (hiris)
2 mangkuk kicap (untuk perap bersama daging)
Minyak masak secukupnya
15 ulas bawang putih (kisar)
20 ulas bawang merah (kisar)
5 inci halia (kisar)
2 inci lengkuas (kisar)
15 batang serai (kisar)
15 senduk besar lada (kisar)
10 senduk kicap lemak manis
CARA MEMBUAT DAGING DENDENG
1. Perap daging bersama kicap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan daging. Kecilkan api. Biarkan sehingga masak. Kacau sekali-sekala supaya daging tidak hangus.
4. Masukkan kicap. Kacau lagi.
BAHAN SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
Minyak masak untuk menumis
80 tangkai cili kering (kisar)
25 ulas bawang merah (kisar)
10 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
20 sudu kecil gula perang
1 kg kacang tanah (goreng)
1 kg ikan bilis (goreng)
CARA MEMBUAT SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan serbuk pati ayam, garam dan gula perang.
3. Biarkan mendidih seketika dan biar mengering.
4. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis. Kacau sebati. Matikan api.
.
Selamat mencuba!
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!