Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ini. Dah ada pes kerja masak pun senang.
Pes Ikan Bakar 1. Kisar cabai kering, bawang besar, bawag merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. 3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Pes Sambal Tumis 1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. 2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan 1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 2. Masukkan bahan kisar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering. 3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya.
Ads
Kuah Black Pepper 1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut. 2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter. 3. Masukkan kentang dan bawang yang dikisar. 4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap 5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam 6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah. 7. Masak hingga pekat dan naik bau. (Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis 1.Kisar ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi. 2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak. 3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api. (Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
Pes Asam Pedas Tumis 1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dalam minyak panas. 3. Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam/perisa. (Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Kek pisang, antara kek yang popular dan senang untuk dibuat. Sama ada kukus atau dibakar, memang sedap dimakan petang-petang bersama secawan teh panas. Wah, sambil bersembang sambil makan kek. Special gitu.
Resepi kali ni cukup cukup istimewa sebab ia datang dari seorang otai berpuluh tahun dalam bidang masakan, iaitu ibu kepada saudara Muhammad Ali. Resipi asli kek pisang gajus yang sedap dan lembut.
KEK PISANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A 1 cawan gula perang – beli online di sini 4 biji pisang jelai berangan | dilenyekkan dan biarkan setengah jam 1 cawan minyak masak atau minyak jagung Sedikit esen vanila 1 sudu kecil garam 2 cawan tepung * – beli online di sini 1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder* 1/2 cawan gajus |dikisar halus 1 sudu kecil ovalet – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Tepung diayak bersama soda dan baking powder. Ketepikan. 2. Kisarkan bahan-bahan lain. 3. Masukkan dalam bahan yang dah diayak. Akhir sekali, masukkan serbuk gajus. 4. Sebelum bakar, hias dengan hirisan pisang dan gajus. 5. Bakar suhu 170C selama 45 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing.
Suka makan Telur Dadar macam dekat kedai Thai? Sedap, garing dan tidak terlalu tebal. Makan pun tak rasa muak. Anda pernah cuba tapi tak berhasil untuk dapatkan telur yang garing begitu? Ada tekniknya tau. Bahannya pun bukanlah menggunakan telur dan garam semata-mata. Kena ada penambahan bahan lain juga. Saudari Murni Rahmat ada kongsikan resipinya. Jom cuba masak Telur Dadar Garing hari ni..
CARA MEMASAK: 1.Pecahkan telur, masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati. Pastikan garam larut sepenuhnya. 2. Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas. 3. Tuang telur dari jarak yang tinggi ke dalam kuali. (tarik tinggi-tinggi tapi awas percikan minyak).
4. Kena goreng telur dengan lama. Bila sudah nampak garing, baru angkat. Jika tidak nanti telur akan kempis dan serap minyak.
5. Ada juga resepi yang tidak guna tepung, tapi empunya resipi paling suka resepi ini sabab telur kurang berminyak dan garing. 6. Satu bancuhan telur ini untuk 3-4 kali goreng. Tidak boleh goreng sekaligus nanti tidak jadi gebu.
Ayam Goreng Kicap Cili Padi lauk ayam kicap yang kering dan pedas berapi buat yang gemarkan makanan pedas.
Lauk macam ni makan dengan nasi putih buat ala-ala 3 Budak Gemok memang menarik. Tak perlu dah sambal lebihkan cili padi kalau nak pedas pun dah cukup.
Makan ramai-ramai tak perlu banyak lauk dah. Nak meriah sikit goreng telur dadar ada ulam timun cukup buat makan nasi bertambah. Bolehlah cuba resipi ini nanti!
AYAM GORENG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN
Ayam
Segenggam cili padi hijau dan merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai – diketuk
Garam dan kunyit untuk ayam goreng
Garam dan gula secukupnya
Air asam jawa
2-3 sudu besar kicap manis
Cara memasak:
Perap ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng. Ketepikan.
Kisar kasar cili padi, bawang besar dan bawang putih.