Makan tanpa ada sambal bagai tidak lengkap dalam hidangan. Sambal pula ada pelbagai jenis terpulang pada pilihan masing-masing. Salah satunya yang tidak kurang menarik ialah sambal hitam Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Belimbing buluh yang sudah di rebus
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
Ads
2. Bawang merah dan bawang putih dihiris nipis.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
Nak buat nasi lemak sambal ekspres boleh guna cara ini. Guna microwave pun boleh, mudah dan hasilnya pun sama seperti menggoreng. Kalau hidang, orang pun tak tahu nasi lemak ni resipi ekspres. Lagi-lagi kalau hias macam ni gayanya.
Sambal ni teksturnya tak beza sangat dengan sambal yang gunakan cili kisar. Rasanya ada umami dari belacan, manis gula melaka dan bawang Holland dan pedasnya tak melampu. Resipi sambal ni juga boleh digunakan untuk buat sambal udang, ikan bilis, petai dan sebagainya. Cuma saya sarankan guna “serbuk cili kasar” supaya teksturnya tak macam air.
Resipi Kamarul Ariffin Nor Sadan dikongsinya ketika belajar di Ukraine dahulu. Biasalah student, duit terhad, masa terhad, peralatan terhad.Maka terhasilah resipi kreatif ini.
Nasi Lemak Sambal Microwave
Bahan-bahan:
½ pot nasi
4 sudu besar santan kotak
2 sudu besar empingan cili
¼ biji bawang Holland
¼ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar gula Melaka
1 sudu kecil belacan/kiub ikan bilis
2 sudu besar ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 butir telur ayam
Bahan-bahan “optional”:
¼ batang timun Jepun
3 sudu besar kacang tanah
3 ketul ayam goreng sejuk beku
1 helai daun pandan
Cara membuat:
1.Basuh beras, letak dalam mangkuk, letak santan. Sukatannya; 1 pot beras + 4 sudu besar(sb) santan kotak. Saya masak ¾ pot, maka + 3 sudu besar santan. kalau guna santan segar atau serbuk, pandai-pandai agak.
Kalau ada daun pandan, halia dan halba letaklah. Kalau tak ada, tak apa. Masih boleh buat nasi lemak ni. Yang penting ada beras, santan dan garam. Dalam gambar ni saya letak pes halia.
3.Tambah air. Sukatan air yang biasa saya guna 1 pot berat + 1½ pot air. Takut ada yang keliru, pot yang saya maksudkan tu bukan periuk tau. Pot = cawan (seperti dalam gambar).
4.Masukkan air dalam periuk nasi. Kalau tambah 1 pot air dalam pada beras di dalam mangkuk, maka tambah 1 pot air dalam periuk. Nisbah kena sama. Biasanya air dalam periuk kering, ngam nasi pun masak.
5.Masukkan mangkuk berisi beras, santan dan air tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Saya masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi. Kalau kalian nak masak banyak, tak payah guna mangkuk.
6.Ada orang buat telur rebus, dia letak sekali telur dalam beras yang hendak ditanak. Lepas tu kena kecam oleh netizen sebab kulit telur kadang-kadang ada najis. Saya biasa kukus telur dalam mangkuk macam ni.
7.Maksudnya, tanak nasi di bawah. Di pengukus tingkat atas, saya kukus telur dalam mangkuk. Jadi tak bercampur. Lebih selamat dan bersih. Kulit telur pun saya dah cuci sehingga bersih.
8.Sementara tunggu nasi siap. Kita buat sambal. Saya gunakan empingan cili (chili flakes) macam ni. Beli di pasar raya tulis “serbuk cili kasar”. Saya guna yang ini sebab akan lebih cantik dari serbuk halus.
9.Serbuk cili ni saya campurkan dengan air 3-4 sudu besar, belacan, asam jawa, gula Melaka, bawang putih (ditimbuk/disagat/pes), garam. Gaul sampai sebati. Kalau nak letak halia atau bahan lain, silakan.
10.Lepas tu saya letak minyak 4 sudu besar. Kita akan tumis campuran ini dalam mangkuk ini, menggunakan microwave. Tak yakin?
11.Masuk dalam microwave, set selama 1 minit. Tunggulah dengan debaran. Peringatan, gunakan mangkuk yang tahan microwave.
12.Selepas satu minit, keluarkan untuk diperiksa. Dah pecah minyak nampaknya. Tapi belum masak lagi sambal ni. Kena gaul-gaul dan masuk dalam microwave lagi. Biasanya kena ulang 2-3 kali. Baru masak.
13.Saya suka sambal yang ada bawang Holland. Jadi saya letak ke dalam sambal sebelum saya sambung microwave lagi. Waktu ni kalian boleh letak udang, ikan bilis atau petai jika mahu.
14.Ada orang suka letak santan dalam sambal biar ada rasa lemak sikit sambal tu. Maka boleh letak sekarang. Hari tu Cik Nah (mak-nya Mahathir Zainol) pesan suruh letak, maka saya letak.
15.Microwave lagi seminit. Periksa, gaul. Kalau belum masak tambah lagi seminit. Bergantung kepada jumlah sambal yang kalian buat, biasanya perlukan 3-5 minit untuk sambal masak sepenuhnya.
16.Ni sambal yang dah masak. Empingan cili tadi dah tak rasa cili mentah, bawang dah layu dan saya dah tambah apa-apa yang kurang. Warna pun dah cantik. Ada bau gula terkaramel juga.
17.Nasi belum masak, jadi saya nak goreng ikan bilis dalam microwave juga. Letak ikan bilis dalam pinggan dan curah minyak dalam 2-3 sudu besar. Masuk microwave, set 1 minit.
18.Ni hasilnya. Ikan bilis rangup. Tak payah kuali, tak bazir minyak, tak lama nak masak. Tak percaya ikan bilis ni rangup?
19.OK, periuk nasi bunyi “keletek”. Maknanya dah siaplah nasi dan telur ni. Bila saya buka penutup periuk, nampaknya telur ni masih belum menetas.
20.Nasi nampak OK. Mungkin nampak macam sedikit tak bermaya, tapi jangan risau, bila kita gemburkan dia, dia akan nampak bertenaga.
21.Nasi yang telah digembur. Nampak tak sebutir-sebutir. Tak melekat, tak lembik, tak hancur. Rasa pun cukup berlemak, ada masin dan ada aroma halia serta daun pandan yang saya letak.
Kalau nak ayam boleh “air fry” sekejap. 5-10 minit dengan suhu 200°C. Saya tak ada letak minyak tambahan. Saya masukkan kacang tanah sekali dalam ni, tapi tak ambil gambar pula.
23.Gabungkan semua komponen tadi, maka terhasillah nasi lemak ayam dalam masa 15-20 minit.
Bila makan nasi lemak yang paling utama tentunya sambal yang dimasak. Kalau sedap dan mantap maka lengkaplah hidangan nasi lemak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.
Setiap orang ada cara tersendiri dalam memasak sambal, Nor Seri Azlina Bustaniberkongsi cara dia memasak sambal mengikut citarasanya. Memang pekat dan likat, tengok pun dah menyelerakan. Boleh cuba masak cara yang dibuat, mana tahu kena selera. Barulah mantap!
Resepi Sambal Nasi Lemak Cara Saya
Saya punya expectation untuk nasi lemak macam ni ..sambal tu walaupun di campur dengan nasi minyaknya tak membasahi nasi…Sebab tu bila teringin yang macam ni…saya gigih buat sendiri…nak cari sambal orang jual macam ni memang susah…terinspirasi dari sambal seorang nenek yang meniaga di kampung saya suatu ketika dahulu ….cuma nenek tu dah meninggal….sambal dia memang nampak ikhlas .sedap dan susah nak lupa air tangannya ….dan saya mencuba banyak kali…akhirnya saya dapat rasa tu…masak sambal memang mudah…tapi my expectation untuk sambal memang tinggi…
Daun pandan..di masukkan minit terakhir sblm sambal masak…untuk effect sambal wangi…jgn masuk awal ye .last sekali
Dalam resepi saya ni tiada pengunaan bawang putih ye…cuma bahan dia atas sahaja..
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan di atas ..masak hingga naik minyak
Bila minyak dah naik…masukkan air …biar sampai naik minyak lagi ..kemudian ulang masukkan air selama 3 kali….
Akhir sekali bila dah naik minyak 3 hingga 4 kali….boleh senduk minyak berlebihan ..nak clear minyak lagi boleh tapis ….kalau nak pekat biarkan macam tu ..kalau nak cair sikit tambah air panas sedikit dan kacau sekejap……insyaAllah sambal sedap dan tidak berminyak….sambal juga tahan lama.
Makan Nasi Khoa Mok ni dengan ayam goreng. Cicah pula dengan sos masam manis ni memang ngam sangat dengan nasi Khoa Mok. From Thailand with love! Nasi Khao Mok Thai ni bukan main sedap lagi, bukan sekadar nasi biasa. Rasa pedas-pedas yang pasti buat anda berpeluh.
Nasi Khao Mok
BAHAN-BAHAN NASI:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar | dicincang
1 inci halia | dicincang
3 batang akar ketumbar
1 sudu besar serbuk daging
½ sudu besar rempah ketumbar
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
4 cawan air
3 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
BAHAN-BAHAN AYAM:
½ ekor ayam
1 sudu besar bawang merah | dikisar
1 sudu besar bawang putih | dikisar
1 sudu besar halia | dikisar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah ketumbar
Sedikit garam
2 sudu besar tepung beras
BAHAN-BAHAN SOS THAI:
½ cawan sos thai
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dicincang
3 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar
¼ cawan air
CARA MEMBUAT:
1.Panaskan kuali dengan mentega, tumis bahan kisar dan akar ketumbar.
2.Masukkan rempah-rempah ni baru sedap. Serbuk ketumbar, serbuk kurma, serbuk kari
dan serbuk kunyit.Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan beras yang dibasuh.Masukkan air, susu cair dan gaul rata.
4.Kacau sekejap dan tutup dan biar nasi masak.
5.Kemudian perap ayam tepung beras, serbuk ketumbar, bahan kisar, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam.
6.Gaul bahan-bahan ini dan perap seketika lebih kurang 30 minit.
7.Goreng hingga garing.
8. Untuk sos, kisar bawang putih, cili padi, daun ketumbar, sos cili thai , sos ikan
dan sedikit air.
9. Siap, dah boleh hidangkan nasi Khao Mok Thai.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...