Bila makan nasi lemak yang paling utama tentunya sambal yang dimasak. Kalau sedap dan mantap maka lengkaplah hidangan nasi lemak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.
Setiap orang ada cara tersendiri dalam memasak sambal, Nor Seri Azlina Bustaniberkongsi cara dia memasak sambal mengikut citarasanya. Memang pekat dan likat, tengok pun dah menyelerakan. Boleh cuba masak cara yang dibuat, mana tahu kena selera. Barulah mantap!
Resepi Sambal Nasi Lemak Cara Saya
Saya punya expectation untuk nasi lemak macam ni ..sambal tu walaupun di campur dengan nasi minyaknya tak membasahi nasi…Sebab tu bila teringin yang macam ni…saya gigih buat sendiri…nak cari sambal orang jual macam ni memang susah…terinspirasi dari sambal seorang nenek yang meniaga di kampung saya suatu ketika dahulu ….cuma nenek tu dah meninggal….sambal dia memang nampak ikhlas .sedap dan susah nak lupa air tangannya ….dan saya mencuba banyak kali…akhirnya saya dapat rasa tu…masak sambal memang mudah…tapi my expectation untuk sambal memang tinggi…
Daun pandan..di masukkan minit terakhir sblm sambal masak…untuk effect sambal wangi…jgn masuk awal ye .last sekali
Dalam resepi saya ni tiada pengunaan bawang putih ye…cuma bahan dia atas sahaja..
Ads
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan di atas ..masak hingga naik minyak
Bila minyak dah naik…masukkan air …biar sampai naik minyak lagi ..kemudian ulang masukkan air selama 3 kali….
Akhir sekali bila dah naik minyak 3 hingga 4 kali….boleh senduk minyak berlebihan ..nak clear minyak lagi boleh tapis ….kalau nak pekat biarkan macam tu ..kalau nak cair sikit tambah air panas sedikit dan kacau sekejap……insyaAllah sambal sedap dan tidak berminyak….sambal juga tahan lama.
Sambal ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mentah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata dijadikan sajian teman berbuka.
1. SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
4. SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Sambal kundang muda ikan bakar ini secukup rasa masam dan pedasnya. Bagi yang suka makan sambal cicah dengan pelbagai ulam-ulaman, mesti cuba sambal ini ye.
Buah kundang ini ada yang panggil buah staq, setar dan ada yang panggil remia. Kalau tak ada, boleh ganti dengan buah lain asalkan masam. Misalnya buah mangga, kedondong, epal hijau, belimbing dan sebagainya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh CikZah atau puan Faizah Hussain ini ye. Selamat mencuba!
Walaupun sedikit pahit, peria tetap menjadi kegemaran ramai, selain khasiatnya keenakan peria bila dimasak sebagai bahan tambahan dalam masakan atau dibuat sambal dengan bilis memang sangat sedap. Tak percaya anda boleh cuba Sambal Garing Peria Ikan Bilis yang dikongsikan ini. Ia sangat sedap dimakan dengan nasi panas.
SAMBALGARING PERIA IKAN BILIS BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah CARA MEMASAK
1. Gaulkan peria diramas dengan garam dan sedikit cuka dan telah dibersih dan ditoskan dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah bahan tumisan garing tutup api.
8. Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
9. Sambal goreng pertia sedia dihidangkan.
INFO: Untuk menghilangkan pahit peria, gaulkan peria dengan campuran garam dan cuka makan. Gaul rata dan biarkan lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan tos.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.