Ads

Cara Masak Sambal Bilis Tumbuk Yang Ringkas Tapi Sedap.

Sedapnya lauk Sambal Bilis Tumbuk ni. Lauk yang ringkas je tapi boleh membuatkan kita jadi berselera. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power! Jom cuba resipi perkongsina saudari Adiba San ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
  • 2-3 tangkai cili merah
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato
  • Limau nipis
  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

Ads

CARA MEMASAK:

1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.

Cara Masak Sambal Bilis Tumbuk Yang Ringkas Tapi Sedap.

Ads

2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.

Cara Masak Sambal Bilis Tumbuk Yang Ringkas Tapi Sedap.

Ads

 

3. Kacau rata. Siap untuk dinikmati.

https://www.facebook.com/nuradeebaa/videos/10215078534012390/

Kredit resipi & foto: Adiba San

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat Bawang Goreng Rangup Paling Mudah, Sedap & Tahan Lama...

Ketahui cara membuat bawang goreng rangup tanpa tepung menggunakan teknik mudah yang menjadikannya lebih sedap, garing dan tahan lama untuk pelbagai hidangan.