Penggemar sambal wajib cuba resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan ni. Memang sangat sedap dan wangi! Makan bersama nasi putih, dijamin bakal bertambah banyak kali. Ringkas sahaja resipi serta cara memasaknya. Saudari Aiza Hamdan ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasipanas begitu sahaja pun dah cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan umrah atau bercuti di luar negara, Sambal Bilis garing ni memang sangat sesuai dibawa bersama. Makan dengan nasi panas atau roti pun dah cukup menyelerakan. Malah boleh tambah tempe goreng atau tauhugoreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.
SAMBAL BILIS GARING / KERING
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering
500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
Bawang goreng secukupnya
2 kiub pati ayam
Gula halus secukup rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.
2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.
4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Makan nasi lemak dengan sambal yang sedap memang buat kita ketagih. Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.Nak masak sambal yang enak begitu boleh ikut cara ini.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan kisar:
1 genggam lada kering direbus dan ditos 3 ulas bawang putih 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak.Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak untuk pastikan lada tersebut betul-betul masak.
2.Apabila minyak betul-betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.Tumis hingga naik bau.Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
3.Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi. Ini yang legend.Masukkan belacan bakar.Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
4.Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
5.Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.Saya masak guna api sederhana.Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul-betul masak.Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
6.Masukkan gula.Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil).Gula putih atau gula melaka pun boleh.
7.Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
8.Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
9.Masukkan ikan bilis.Ini pun banyak versi.Ada orang goreng dahulu.Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar.
10.Masukkan 3 sudu air asam jawa.Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
11.Masukkan garam secukupnya.Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra.
12.Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.Makan dengan lempeng. Perggghhhh…
Selain lauk pauk , tidak lengkap rasanya hidangan tanpa sambal. Ada sambal lebih rasa nak makan. Apa jua sambal di bulan puasa ni memang buat terliur. Asyik makan sambal gesek, boleh cuba sambal pauh ikan bakar ni. Famous dekat Kelantan. Buatnya pun mudah.
SAMBAL PAUH IKAN BAKAR Bahan-bahan:
Ikan panggang tawar
Mangga
Cili
Garam
Gula
Cara membuat:
1.Potong halus mangga
2.Tumbuk cili sampai lumat
3.Tambah garam dan gula (kuatiti secukup rasa)
4.Masukkan isi ikan, tumbuk lagi
5.Masukkan mangga tadi
6.Gaul sebati.