
Paru goreng yang rangup seakan keropok memang enak. Lebih membuka selera jika ia dimasak sambal, rendang atau pelbagai jenis masakan lain yang menaikkan lagi keenakannya. Walaupun menu menggunakan paru ini nampak mudah, namun untuk menyediakan paru goreng yang sedap, rangup dan tidak hanyir, tetap ada caranya. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan tip dan teknik untuk mendapatkan rasa paru goreng yang garing dan sedap tanpa berbau hanyir. Jom cuba.
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU
1. Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
2. Kemudian rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
4. Akhir sekali, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
5. Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
6. Rebus paru sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.
7. Setelah masak, angkat paru tadi dan toskan airnya.
CARA MASAK PARU GORENG GARING
1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
2. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
4. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.
5. Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati. Nak makan cicah sos pun boleh.
Kredit resipi, petua & foto: Afy AL Habibi
Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Dengan Cara Betul Untuk Elak Keracunan

Menyimpan makanan di dalam peti sejuk adalah antara cara yang paling biasa kita lakukan. Namun bukan semua makanan boleh dilambakkan di dalam peti sejuk untuk tujuan penyimpanan. Terdapat beberapa kaedah yang betul harus dituruti untuk menjamin makanan yang disimpan di dalam peti sejuk kekal di dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan.
Menyimpan makanan di dalam peti sejuk :-
BOLEH:
- Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang berpenutup.
- Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian tersebut berbeza dengan bahan yang mentah seperti daging dan ikan. Ini kerana bahan mentah tersebut biasanya mengandungi bakteria dan boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
- Simpan bahan mentah di dalam bekas berpenutup dan letakkan ia di bahagian bawah peti sejuk
- Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melambatkan pembiakan bakteria.
- Masukkan sayur-sayuran di dalam beg plastik yang berlubang untuk mengurangkan kehilangan air sayuran tersebut.
- Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk untuk mengelakkan ianya rosak akibat pembekuan.
JANGAN:
- Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka.
Sebaiknya pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk Jika disimpan dalam tin yang asal, ditakuti kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah di udara.
- Simpan makanan yang panas.
Makanan yang panas perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan . Ini bertujuan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
- Padatkan dengan makanan.
Sebaiknya perletakkan makanan haruslah tersusun dan mempunyai ruang untuk membolehkan peredaran udara yang sejuk beredar dengan baik dan sempurna.
- Simpan daging dan ikan lebih dari tiga hari.
Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk.
- Simpan lebihan makanan lebih dari lima hari.
Terlalu lama menyimpan makanan ditakuti makanan tersebut akan menjadi punca keracunan terjadi.
Menyimpan makanan di bahagian sejuk beku :-
BOLEH
- Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas kedap udara.
Ini harus dilakukan untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain.
- Potong daging lembu dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil.
Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat.
- Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
JANGAN :
- Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran.
Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.
- Masukkan ayam yang telah digaul dengan ramuan sebelum disimpan.
Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging yang gaul dengan ramuan itu dalam masa yang singkat.
- Memadatkan dengan bahan makanan.
Ruang juga diperlukan untuk membenarkan udara sejuk mengalir dengan sempurna.
- Membekukan makanan dalam tin.
Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut. Tindak balas kimia juga mungkin terjadi dan boleh menyebabkan makanan tersebut tercemar.
Peti sejuk juga haruslah selalu dibersihkan untuk mengelakkan daripada menjadi habitat selesa untuk bakteria. Ini penting untuk memastikan makanan yang disimpan bukan sahaja berkeadaan baik malah selamat untuk dimakan. Oleh itu lakukan aktiviti membersihkan peti sejuk sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Jika anda nak beli IKAN BILIS, boleh cari DISINI.
https://www.rasa.my/ini-cara-buat-bawang-putih-rangup/
https://www.rasa.my/petua-simpan-petai-dalam-freezer-supaya-tak-kecut-rangup-tahan-lama/
Perkara Perlu Tahu Sebelum Membeli Landas Atau Alas Pemotong

Keperluan papan pemotong atau landas di dapur merupakan peralatan dapur yang sangat penting. Meskipun fungsinya hanya sebagai alas untuk memotong bahan makanan, ternyata memilih landas yang tepat perlu dilakukan berhati-hati.
Bagaimanakah memilih landas yang tepat? Ada beberapa perkara yang harus anda ketahui sebelum memutuskan membeli landas. Berikut perkara penting yang perlu diketahui ;
“Kayu vs plastik, mana yang paling baik?”
Permukaan yang rata dan tidak bertekstur seperti plastik atau kaca lebih mudah dibersihkan Landas berbahan kayu memiliki tekstur dan rongga-rongga kecil. Rongga-rongga di dalam kayu ini dapat menjadi tempat pertumbuhan bakteria jika tidak dibersihkan dengan teliti.
Tetapi, hati-hati dengan landas yang berbahan kaca ya, Ini kerana bahan kaca yang mudah pecah dan meninggalkan serpihan jika tergesek benda tajam akan membahayakan makanan yang disediakan. Pilih landas berbahan plastik yang selamat untuk makanan.
“Berapa banyak landas yang saya perlukan di rumah?”
Gunakan landas yang berbeza untuk beberapa bahan makanan, misalnya pisahkan landas untuk memotong roti dengan landas untuk memotong daging. Hal ini akan mencegah bakteria berpindah dari bahan makanan yang satu ke yang lainnya. Anda dapat membeli landas yang berbeza warna untuk berbeza penggunaannya.
“Bagaimanakah cara membersihkan landas yang betul?”
Landas sebaiknya dicuci dengan air panas dan sabun setiap selesai digunakan. Bilas, lalu keringkan.
“Bilakah saya perlu menggantikan landas?”
Landas juga mempunyai masa luput. Salah satu tandanya di mana permukaannya menjadi haus. Selain itu, jika landas mulai meninggalkan kesan akibat hirisan pisau, itu tandanya landas anda sudah mulai minta diganti,
Sumber gambar : 123 royalty free
Resipi Lepat Pisang Klasik. Kuih Warisan Tok Nenek Dulu-Dulu.
Epal Hijau Kurangkan Risiko Barah & Sakit Jantung. Kulit Pun Cantik…
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
4 Cara Goreng Kacang Tanah Gerenti Tak Hangus,

Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-
Pilih Kacang Tanah Yang Elok
Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.
Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng
Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.
Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak
Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup. Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.
Rendam Dalam Air Mendidih
Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.
Guna Api Sederhana
Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.
Selamat mencuba ye…