Kalau nak buat sendiri menu western di rumah selalu yang teringat chicken chop, lamb chop, fish and chip ataupun spageti. Apa kata tukar sikit selera, cuba buat pula menu berasaskan ikan salmon pula.
Antara yang boleh disediakan sendiri adalah Salmon Grilled Lemon Sauce atau Salmon Panggang Dengan Sos Lemon. Ikan salmon memang sedap kalau dipanggang. Ditambah pula dengan sos lemon pekat, memang gabungan terbaik.
Lagi pun jika makan hidangan salmon di kafe harganya memang mahal, jika dibuat sendiri lebih jimat. jadi boleh cuba Selalu hidangan begini kita makan di kafe, kali ini kita buat sendiri. Caranya pun mudah. Boleh cuba resepi dikongsi oleh Herawati Basri.
Bahan-bahan untuk ikan salmon grill:
Kepingan ikan salmon
Garam
Lada hitam
Mentega
Cara membuat:
Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian panggang salmon dengan sedikit mentega. Ketepikan, guna minyak yang sama untuk buat sos.
Bahan sos
Mentega
Bawang putih -cincang
Cooking cream/fresh milk
Sedikit air perahan lemon
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk perasa
Parsley – cincang
Ads
Cara membuat sos:
1. Cairkan mentega, tumis bawang putih hingga perang.
2. Masukkan cooking cream atau fresh milk, kacau rata.
Ads
3. Masukkan tepung jagung, matikan api.
4. Tuang sos dalam blender bersama perahan air lemon. Kisar.
5. Bahan sos siap masuk semula dalam kuali. Kecilkan api dan tambah bahan perasa garam dan juga gula.
Ads
6. Bila kuah dah agak pekat, matikan api. Masukkan parsley cincang.Tuang atas ikan salmon grilled tadi.
7. Boleh hidang dengan asparagus goreng dan tomato.
Terasa nak makan kari tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.
KARI IKAN SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
Bendi secukupnya
Tomato secukupnya
2 senduk minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 sudu teh halba campur – boleh abaikan
BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):
2 paket kecil rempah kari
1 paket kecil serbuk cili
1 ½ keping asam gelugur
3 tangkai daun kari
1 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula
Sedikit perasa
1 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.
3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.
4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.
6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.
Peminat asam pedas pasti pernah makan asam pedas yang dimasak dengan kelapa bakar. Kan? Rasa dia memang lain sikit sebab bila digigit, akan rasa lemak-lemak kelapa tu. Memang makin sedap rasa makan lauk ni. Sambil-sambil hirup kuah asam pedas tu.
ASAM PEDAS KELAPA BAKAR
.
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Ikan pari adalah salah satu ikan yang sedap dimakan kalau dibakar. Rasanya sedap, baunya harum dan cukup puas hati dengan perapan yang secukup rasa. Menggunakan Maggi Cukup Rasa sebagai salah satu bahan perapan, menjadikan ikan pari bakar bersambal lebih sedap. RASA berikan resipinya di sini dan korang boleh tonton video yang disediakan untuk cara-cara memasaknya.
IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu teh lada sulah
Gula perang dan lada sulah secukup rasa
2 potong ikan pari (cuci bersih)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, MAGGI CUKUP RASA, asam jawa, serbuk lada sulah dan gula perang secukupnya. Tumis sehingga cili masak.
3. Lumurkan sambal ke atas ikan secara rata.
4. Bakar ikan hingga masak.
JOM TENGOK VIDEO CARA MASAK IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!