Sagu Gula Melakaadalah salah satu pencuci mulut yang terkenal dek kerana rasanya yang enak, lembut dan menyegarkan. Selain dipanggil Sagu Gula Melaka, ada juga yang menyebutnya sebagai Kuih Sagu Bersantan.
Bila buat manisan ni, ada kalanya warna pada sagu tu turun dan mewarnai susu @ santan. Bila kuah tak jadi putih, Nampak tak cantik dan kurang menyelerakan.
Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Fadzilah Ani ni. Lengkap dengan tip bagaimana nak mendapatkan sagu yang berbentuk bulat seperti telur ikan dan tak bergumpal. Selamat mencuba!
BAHAN AIR GULA:
1/2 cawan gula merah – beli online disini
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
1 cawan air (masak dengan gula sehingga agak pekat dan likat)
Susu kotak (Dutch Lady) – boleh ganti dengan susu cair
CARA MEMASAK:
1.Masak air dalam 1.5 liter sampai betul-betul mendidih kemudian masukkan sagu (tak perlu rendam atau basuh sagu). Sukatan untuk sagu terpulang pada masing-masing (empunya resipi guna 2 cawan sagu).
2. Masak sagu sampai jadi jernih dan tak ada putih-putih dalam sagu.
3. Dalam tempoh memasak sagu tu, kalau air makin kurang dan menjadi pekat, tambah air panas dan terus masak sampai sagu betul-betul masak cantik.
4. Bila sudah siap masak, tapis sagu dan lalukan bawah air paip untuk buang lebihan kanji dalam sagu. Buat sedikit-sedikit supaya sagu tidak terkeluar dari penapis.
5. Hasilnya sagu akan nampak berbutir yang cantik. Toskan dan bahagikan sagu kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
TIP UNTUK SAGU NAMPAK CANTIK DALAM SUSU:
1.Lepas sagu sudah diwarnakan, biar seketika.
2. Kemudian lalukan semula sagu di bawah air paip untuk buang lebihan warna.
3. Maka sagu yang terhasil akan lebih cantik bila dituang gula melaka dan susu. Barulah tiada lebihan warna bercampur dalam susu.
Sekali sekala nak ‘feeling’ sajian antarabangsa ala hotel boleh aje kalau ‘gigih’ mencuba. Hiasan atau ‘garnishing’ sajian yang diberi ni ikut kreativiti sendiri. Tetapi yang penting ramuan utamanya kena betul. Rasanya kena sedap.
Menu antarabangsa tambah lengkap dengan ‘appetiser’ yang membuka selera diikuti dengan ‘dessert’ yang manis berkrim.
Ikuti resepi yang disumbangkan oleh Chef Thevanathan a/l Elumali dan Chef Mohd Ghouse Ishak dari One Word Hotel, Bandar Utama di sini. Boleh lah cuba nanti.
MOROCCAN LAMB SHANK WITH COUSCOUS
BAHAN-BAHAN :
1 ketul betis kambing | dibasuh dan dibersihkan
Bahan A:
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan rempah MoroccoBahan B :
40 gm bawang putih
50 gm bawang kecil
20 gm lobak merah
20 gm saderi
20 gm tomato
60 ml minyak zaitun 2 liter air stok kambing 2 sudu makan madu 1/2 biji jus lemon Garam secukup rasa Lada hitam secukup rasa
100 gm couscous | dimasak
CARA MEMASAK : Cara memasak couscous : 1. Dimasak dengan nisbah secawan couscous bersamaan 1 1/2 cawan air. 2. Didihkan air dan tuangkan ke dalam bekas berisi couscous. 3. Tudungkan dan biarkan selama 5-10 minit sehingga couscous kembang dan meresap air. 4. Gemburkan dengan garfu dan ketepikan.
Cara memasak kambing: 5. Perapkan betis kambing dengan bahan-bahan A. 6. Pijarkan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan betis kambing yang diperap tadi 7. Kemudian tumiskan bahan-bahan B dan masukkan air stok kambing. 8. Biarkan ia mendidih, tudungkan dan renehkan selama dua jam hingga daging empuk. 9. Masukkan madu dan jus lemon dan perisakan dengan garam dan lada hitam. 10. Hidangkan bersama couscous
Saiz hidangan : 1 orang Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian tradisional Morocco Keistimewaan: Rasa berempah dan beraroma wangi
INFO CHEF: Setelah minyak zaitun pijar, pastikan betis kambing dimasak dengan haba yang tinggi kaedah ini dipanggil ‘sear’. Hingga melecurkan permukaan daging.
CARA MEMASAK : Cara masak tuna onion confit : 1. Potongan kepingan tuna menjadi potongan kecil yang seragam saiznya. 2. Perapkan tuna dengan bahan-bahan perapan di dalam bungkusan dan biarkan selama 6 jam. 3. Kemudian keluarkan tuna, dan letakkan dalam dulang pembakar yang sudah diisi dengan bahan A. 4. Renjiskan dengan minyak zaitun di atasnya. 5. Masukkan ke dalam ketuhar bersuhu 225 -250 darjah celcius 6. Bakar selama sejam, setelah masak ketepikan.
Cara masak Veggie Nicoise Salad : 1. Campurkan bahan B kacaukan sehingga bahan-bahan itu sebati (menjadi dressing salad) 2. Di dalam mangkuk yang lain, masukkan kacang merah dan bawang besar dengan 1 sudu makan campuran bahan B. 3. Rebus kentang selama selama 10-15 minit. Masukkan garam secukup rasa. 4. Didihkan asparagus dan kacang hijau selama 2-4 minit sehingga lembut dan alihkan lalu dimasukkan dalam air beras seketika, angkat dan toskan. 5. Semasa menghidang, hiaskan dengan asparagus dan kacang hijau, buah zaitun , lada benggala serta kentang rebus. 6. Hidangan enak dimakan bersama bersama tuna onion confit yang sudah dimasak tadi.
Saiz hidangan : 2 orang Cara memasak : Bakar dan rebus, teknik ‘slow cooking’ Jenis masakan : Appetiser @ pembuka selera Keistimewaan: Sajian tuna yang menyihatkan
INFO CHEF: Hidangan sihat tanpa lemak, dan pilihan pembuka selera dengan campuran salad yang rangup dan lazat.
DUCK CONFIT WITH ARUGULA LEAVES AND POACED PEAR
BAHAN-BAHAN :
180 gm peha itik | dibersihkan
Bahan A :
10 gm lada hitam | yang hancur
10 gm daun thyme
10 gm bawang putih | dihiris halus
20 gm bawang merah | dihiris halus
1 helai daun bay
1 sudu kecil garam bukit
Bahan B:
4 cawan lemak itik | dicairkan
Bahan C :
1 biji buah pir | direbus
100 gm daun arugula
10 gm beri juniper
CARA MEMASAK : 1. Di dalam mangkuk campurkan A hingga sebati. 2. Perapkan peha itik bersama bahan A, dinginkan dalam peti sejuk selama 48 jam 3. Panaskan oven dengan suhu 225 darjah celcius. 4. Masukkan itik yang sudah diperapkan tadi, didalam dulang pembakar dan tuangkan lemak itik di atasnya. 5. Bakar selama dua jam dengan suhu 100 darjah celcius. 6. Hidangkan dengan bahan C.
Saiz hidangan : 1 orang Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan: Itik bakar yang berjus dan lazat
INFO CHEF : Confit adalah masakan yang menggunakan lemak dari daging dan dimasak suhu perlahan. Daun arugula adalah herba masakan terkenal di Eropah.
SALMON WELLINGTON
BAHAN-BAHAN :
1 kg ‘fillet’ salmon |dihancurkan
30 gm bawang kecil | dihiris
20 gm bawang putih |dihiris
20 gm krim keju
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
Stok ikan secukup rasa
60 gm bayam (baby spinach)
40 gm serbuk roti
40 gm keju parmesan | diparut
1 lapis pastri paf
1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. 2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan. 3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan. 4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon. 5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef : Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
CHOCOLATE BROWNIE AND RASPBERRY CUSTARD WITH WHITE CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN : Bahan brownie coklat : Bahan A :
250 gm mentega
310 gm gula perang
Bahan B:
90 gm telur ayam
Bahan C :
280 gm coklat gelap
Bahan D :
90 gm tepung kek | diayak
10 gm serbuk koko | diayak
Bahan kastad raspberi: Bahan E :
120 gm gula pasir
250 gm telur ayam
Bahan F :
150 gm puri raspberi
Bahan G:
100 gm mentega
6 gm serbuk gelatin
Bahan mousse coklat putih :
90 gm telur kuning
220 gm gula pasir
15 gm serbuk gelatin
280 gm coklat putih
550 gm krim putar
CARA MEMASAK : Cara memasak brownie coklat 1. Pukul bahan A hingga sebati. 2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. 3. Cairkan coklat dengan suhu 45 darjah celcius dan campurkan ke dalam campuran A dan B tadi. 4. Ayakkan bahan D dan gaulkan sekali dalam campuran A, B dan C. 5. Tuang campuran ke dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius. 6. Dihidangkan bersama kastad raspberi. Cara memasak kastad raspberi : 7. Campurkan bahan E sehingga sebati. 8. Didihkan bahan F dan masukkan dalam campuran E. 9. Biarkan sejuk seketika dan letakkan dalam acuan yang telah diisi dengan mousse coklat . Cara memasak mousse coklat putih: 10. Pukul telur kuning sampai pekat. 11. Didihkan gula dengan sedikit air sampai ke suhu 120 darjah celcius 12. Tuangkan ke dalam telur dan masukkan serbuk gelatin yang telah dicairkan dan pukul hingga sejuk. 13. Gaulkan campuran tadi ke dalam coklat putih yang telah dicairkan terlebih dahulu. 14. Akhir sekali gaulkan krim putar ke dalam campuran coklat dan masukkan ke dalam separuh aras acuan. 15. Simpan di dalam peti sejuk 16. Bila hendak dihidangkan susunkan bersama brownie coklat dan hiaskan bersama jeli oren .
Cara memasak : Bakar, didih dan dinginkan Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan: Gabungan brownie coklat dan kastad yang manis dan berkrim yang serasi rasanya.
Info Chef :Untuk rasa lebih enak , hidangkan bersama buahan beri segar dan jeli segera perisa buah-buahan
RESIPI : CHEF THEVANATHAN A/L ELUMALI & MOHD GHOUSE ISHAK Terima kasih : ONE WORLD HOTEL, First Avenue, Bandar Utama City Centre, Selangor
Cuaca sekarang memang tersangatlah panas. Bayangkan dapat pula minum Ice Milk Green Tea ditengah-tengah cuaca panas yang membahang, alangkah nikmatnya. Biasa kalau beli macam tak puas pula minum, apa kata kita buat sendiri sahaja Ice Milk Green Tea di rumah. Bukan kita sahaja boleh minum tapi seisi keluarga. Boleh cuba buat ikut resipi Feedy.
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik.
2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.
3. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.
4. Masukkan 2 sudu besar gula, kacaukan.
5. Masukkan 2 sudu susu pekat manis dan kacau lagi.
6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi. Tak tukar pun tidak mengapa kalau gelas tadi sudah besar.
7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecahkan kecil-kecil Kalau beli ais kiub, pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh.
8. Akhir sekali tuang susu sejat (krimer) di bahagian atas sekali. Yang ini tiada sukatan. Ikut suka. Jangan terlalu banyak, nanti hilang pula rasa green tea (teh hijau). Siap! Bolehlah dihidangkan pada tetamu.
Sumber kredit: Feedy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang Nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG GEBU BAMBAM GUNA BLENDER JE
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan.
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.