Petang-petang dapat makan benda manis dan sejuk, sedap juga kan. Apa kata kita cuba resipi sekaya labu yang senang untuk dibuat.
Resipi yang dikongsi saudari Bibi Ongcinda, tak mengambil masa lama untuk disiapkan.
RESIPI SEKAYA LABU @ SANGKAYA FARK THONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur (kalau ada telur itik, boleh campur ye) 200gm gula kabung – beli online di sini 250gm santan – beli online di sini ½ sudu teh garam Labu kuning (ikut suka nak banyak mana) 10 helai daun pandan
1. Mula-mula, campur telur, garam, gula dan daun pandan. Gaul dan ramas-ramaskan ye (daun pandan tolong bagi hilangkan bau hanyir telur).
2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit (nak guna santan kotak @ santan segar pun boleh). 3. Gaul biar gula larut. Pastikan basuh tangan bersih-bersih ye. Lepas tu tapiskan. Sementara itu, panaskan loyang.
4. Kukus selama 30 minit (jangan buka api besar, nanti permukaan dia pecah, jadi tak cantik). 5. Tunggu sejuk, boleh potong dan hidangkan. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan gula.
Kek red velvet, antara kek yang sering mendapat sambutan. Terdapat pelbagai cara untuk membuatnya, namun untuk mendapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati, agak sukar juga.
Menerusi perkongsian daripada Cik Siti Abu Sujak yang sudah menggunakan resipi lebih dari 10 tahun, inilah yang paling dia berpuas hati.
KEK RED VELVET
(Saiz loyang kebiasaan 8″)
BAHAN A:
2 ½ cawang tepung superfine (kalau tak ada tepung ni, boleh pakai tepung gandum/kek seperti di bawah) * – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder – beli online di sini 2 sudu besar serbuk koko (kalau nak merah lagi, kurangkan kepada 1 sudu besar je)
½ cawan mentega – beli online di sini 1 ½ cawan gula castor – beli online di sini 2 biji telur A 1 sudu kecil vanilla extract atau 2 sudu kecil esen vanilla
1. Siapkan dulu bahan C: campurkan susu dan cuka dan biarkan untuk 10-15 minit. Bila dah membentuk susu masam atau jadi kental, masukkan pewarna dan kacau sebati (kalau ada buttermilk, boleh tukar bahan C ni) 2. Satukan bahan A dan ayak sekali. 3. Pukul mentega dan gula sampai sebati dan masukkan telur. Pukul sampai kembang. 4. Masukkan pula vanilla extract, 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan pula ½ dari bahan C (susu/buttermilk) dan pukul sebati. 6. Ulangi step 4 dan 5 sampai tepung habis. 7. Sementara itu, dalam bekas lain, campurkan cuka dan soda bikarbonat sampai berbuih. Cepat-cepat masukkan ke dalam adunan dan kacau secara kaup balik menggunakan spatula. 8. Bakar dengan suhu 170C (ikut kebiasaan ketuhar masing-masing) selama 50 minit atau sehingga tak melekat bila dicucuk tengahnya. 9. Sejukkan kek dan boleh dilapis dan salut dengan cheese cream. Boleh juga guna buttercream, tapi cream cheese lagi sedap!
NOTA TAMBAHAN:
*Masa nak bakar, boleh bahagikan adunan kepada 2 atau 3 loyang dan bakar selama 20-30 min (ikut saiz loyang dan ketuhar masing-masing). Ini untuk memudahkan deko layer kek tu nanti, tak perlu nak belah-belah. *Kalau nak bakar sekali, pastikan tak tebal sangat, takut jadi ‘gunung berapi’ (merekah). Bakar seperti langkah 8. Bila dah sejuk, baru belah di tengah-tengahnya untuk disapu cream cheese. *Adunan kek ni boleh juga dikukus.
CREAM CHEESE FROSTING
500g cream cheese 100g mentega (kalau nak yang kurang lembik, guna lepa susu macam buttercup) 1 sudu kecil vanilla extract 270g gula ising – beli online di sini Sedikit jus lemon (optional)
CARA-CARA:
1. Pukul cream cheese dan mentega sampai putih dan gebu. 2. Masukkan bahan-bahan lain dan putar lagi sampai kembang. Sapu dan hiaskan pada kek mengikut cita rasa.
* TEPUNG KEK : 1 cawan tepung kek = 2 sudu besar tepung jagung, masuk ke dalam cawan dan selebihnya masukkan tepung gandum/all purpose dalam cawan tersebut. Ayak sebanyak 3 kali.
NOTA: Kuantiti pewarna merah adalah mengikut jenama. Kalau dari kedai bakeri yang bertulis Bright Red yang agak pekat, gunakan terus 1 botol (selalunya dalam 2 sudu besar).
Selain pau kukus, pau goreng juga mudah buat dan jadi kegemaran ramai. Kuih yang boleh dipelbagaikan intinya boleh dihidang pagi atau pun petang.
Memang boleh saja kita beli tapi buat sendiri lagi best, boleh letak inti banyak dan inti yang kita suka sama ada kelapa, kacang, sardin dan macam-macam lagi. Ikut suka!
Lagi menarik dari doh yang sama boleh jadi bomboloni, burger Malaysia dan donut. Memang berbaloi belajar buat sendiri kan.
Caranya boleh ikut perkongsian Noor Hayaty.
Nak share resipi pau goreng, doh yang sama boleh buat donat, bomboloni, burger Malaysia. Ini resipi cara Cik Yaty ya.
500g – tepung gandum
1 biji – telur
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil (KFC) – garam
2 sudu makan – gula
1 pek (11g) – yis/mauripan kering
1 sudu teh – bread improver
1 sudu teh – baking powder
2 sudu makan – susu pekat
260ml- sir suam
1. Satukan air suam, gula, susu, yis/mauripan. Kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit.
2. Sementara itu satukan pula tepung gandum bersama garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur dalam adunan dan kacau.
4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi dalam adunan tepung. Masuk sikit-sikit, gaul biar sebati dan tak melekat pada tangan.
5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil minyak masak sikit letak pada tangan dan uli doh.
6. Rehatkan dalam setengah jam, letak dalam bekas besar, kalau tak melimpah doh.
7. Selepas 30 minit, keluarkan doh, tumbuk sikit dan bahagikan pada doh yang lebih kecil. Bolehlah letak inti kelapa atau apa juga yang disukai dan bentukkan ikut cita rasa. Biarkan seketika, kemudian bolehlah digoreng.
8. Selepas bentuk, letak dalam cawan kertas supaya senang diangkat, tak perlu letak dalam dulang dan tabur-tabur tepung lagi.
-Jika mahu frozen goreng sekejap saja, sekadar untuk matikan yis. Kemudian boleh angkat dan sejukkan kemudian masuk dalam freezer.
– Untuk burger Malaysia doh yang dibentuk boleh digoreng. Kemudian belah dan isikan sambal dan salad.
– Jika ingin buat bombolini selepas bentukkan doh biar seketika dan goreng. Tos dan tabur snow sugar. Gunting bahagian tengah atas dan dan paipkan inti ikut cita rasa.
Lain dari yang lain resipi bahulu berlauk inti kurma daging ni. Selama ni admin makan bahulu yang manis je tak pernah lagi inti daging kurma. Bahulu berlauk juga dikenali sebagai akok berlauk ni masak guna ketuhar sahaja dah menjadi. Kalau dah berinti semestinya inti perlu dimasak dahulu. Resipi asal bahulu berlauk telah dikongsikan oleh Muliadi Ramlidi Facebook. Korang wajib cuba resipi bahulu berlauk ni, mana tahu boleh buat pendapatan sampingan. Jom kita cuba resipi ni.
BAHULU BERLAUK
BAHAN-BAHAN INTI:
1. Daging 250gm (daging cincang)
2. Bahan kisar
– Bawang merah 6 biji
– Bawang putih 2 biji
– Halia 1/2 inci
3. Bawang holland 1 biji ( dipotong dadu)
– Rempah kurma 3 sudu besar
– Garam, gula dan perasa
CARA PENYEDIAAN INTI:
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan rempah kurma.
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan sedikit air.
Masukkan bawang holland dan tumis lagi.
Masukkan daging cincang dan kacau.
Masukkan garam gula dan perasa. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN TEPUNG:
1. Telur gred B 7 biji
2. Tepung gandum 100g
3. Gula 5 sudu besar
4. Esen vanilla 1 sudu kecil
5. Garam secubit
6. Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN TEPUNG:
Masukkan telur dalam bekas pukul telur menggunakan stand mixer sampai kembang
Kemudian masukkan gula dan esen vanilla serta garam, pukul lagi bagi sebati dan kembang
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang.
Ketepikan.
CARA PEMBUATAN BAHULU BERLAUK:
Panaskan oven.
Ambil bekas atau acuan akok (saya gunakan bekas cup cake).
Kemudian masukkan tepung separuh acuan.
Masukkan inti, tutup semula dengan tepung, bakar semula dengan suhu 180c selama 15 ke 20 minit gunakan api atas dan bawah bergantung kepada oven.
Bila dah masak keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 8 minit barulah dikeluarkan. Siap.
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.