Anak-anak pasti suka jika disediakan roti kukus sosej untuk hidangan minum petang. Ditambah pula dengan cheese, lagi berselera dibuatnya. Boleh sediakan menu ini untuk hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti
Sosej
Cheddar cheese
Mayonis
Sos cili (boleh tambah kalau nak)
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus sosej dan toskan.
2. Ambil roti, belah tengah dan sapukan mayonis di dalam. (Kalau suka sos, boleh sapu sekali atau letak lepas masak)
Ads
3. Sumbatkan sosej tadi pada bahagian tengah.
4. Kerat kepingan cheese menjadi beberapa bahagian.
Ads
5. Lapiskan kepingan cheese di atas sosej.
6. Panaskan air dalam periuk, kukus sehingga mendidih.
7. Susun roti di atas periuk dan pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
8. Tutup tudung periuk dan kecilkan api.
9. Kukus selama 2 minit (maksimum) atau sehingga cheese cair, roti panas dan lembut.
Ads
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sebut tentang Nasi Daging Utara, memang padu padanannya dengan air asam kerisik. Ditambah pula ada menu rendang telur, sedap betul makan dah tak toleh kiri dan kanan.
Menurut Norzy Yusuff, percubaan kali pertamanya memasak Nasi Daging Utara ni, terus jatuh cinta. Sedap sangat. Daging lembut, nasi pun cantik, elok dan lembut.
Dinikmati pula dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur, memang buat makan bertambah-tambah. Ikuti perkongsian resipi daripadanya. Jom kita buat.
Cuti-cuti ni cuba masak ayam cili kering stail Cina pulak. Ni resipi Cina Muslim, memang sedap bukan main. Rasa masam-masam manis pedas gerenti bertambah makan nasi nih. Jom masak sendiri lagi puas hati, boleh jimat duit, jom semak resipi yang dikongsikan Ria Razali ni.
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA
.
BAHAN-BAHAN:
*sukatan boleh tengok foto
.
CARA MEMASAK : 1. Ayam potong keciL, atau potong besar ikut suka.. 2. Lepas itu basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
.
3. Toskan minyak ayam. 4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
.
.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah
.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
.
7. Masukkan sedikit air. Biar sedikit pekat. Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. 9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
.
10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!
Kredit : Patin Fauzi
FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Bubur Sum Sum Sagu perkongsian saudari No Or ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi ni tentunya perlu anda cuba. Biasanya Bubur Sum Sum ini dimasak menggunakan tepung beras sahaja dan dinikmati bersama sirap gula melaka, tetapi sedikit kelainan bila ada penambahan sagu sebagai bahan asasnya. Pasti enak. Nak masaknya pun cukup mudah. Makan sejuk-sejuk memang puas hati. Sesuai sangatlah nikmatinya dikala cuaca panas begini. Jom cuba.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.