Sempena Deepavali teringin sangat nak makan tosai buatan sendiri boleh follow resipi yang dikongsi oleh Rozel Kitchen ini . Boleh makan puas-puas tanpa rasa ragu-ragu. Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk. Bertahan sehingga 3-4 hari.
Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) : 2 mangkuk beras – rendam 8 jam 1 mangkuk kacang dhal 1 kepal nasi sejuk Sedikit biji halba,jintan putih dan biji sawi sedikit air sedikit garam
Cara memasak : 1.Beras dan kacang dhal direndam selama empat jam bersama biji halba,jintan putih dan biji sawi.
2.Kemudian dikisar sampai hancur.Masukkan nasi sejuk dalam satu genggam.Tambah air sikit kalau adunan pekat ye… diperam selama 8 jam dalam suhu bilik.
Ads
3.Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang,
4.Seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan.(seperti membuat lempeng) Api perlahan saja.
5.Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.
6.Siap boleh di lipat dua dan hidang bersama chutney kelapa atau kari dhal.
Tip: Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.Bertahan sehingga 3-4 hari.Lagi lama lagi sedap kerana proses perapan tu akan menjadikan tosai ada rasa sedikit masam. Itu yg sedap!!
Salah satu hidangan yang mudah disediakan untuk menjamu seisi keluarga adalah cucur ikan bilis. Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
• 1 labu bawang besar (potong dadu) (BELI DI SINI)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
• 3 cawan air panas secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Memang enak rasanya dapat nikmati kuih lapis penuh dengan rasa lemak. Makan pun puas, memang kalah yang dibeli. Kuih lapis sukatan cawan ini memang disukai tambah pula bertemankan air kopi. Ralit makan weyy. Ikut cara membuatnya daripada Puan Ranisah Sazali.
Cara memasak: 1.Masukkan semua bahan bertanda (•) ke dalam pengisar, Kisar hingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3/2 bahagian.
3.Setiap adunan letak pewarna kecuali adunan warna putih letak secubit garam
4.Kukus selapis-selapis selama lima minit, bila dah masak lorekkan guna garfu pada bahagian yang sudah masak dan lapis lagi adunan berwarna lain.
5.Lapisan terakhir masak dalam 10 minit tambah tiga minit buka penutup periuk untuk hilangkan wap pada atas bahagian kuih , kuih akan jadi licin 6.Acuan atau loyang dioles dengan sedikit minyak untuk memudahkan kuih keluar.
7.Tunggu kuih hingga sejuk baru boleh keluarkan dari acuan.
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya.
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan. 2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan. 3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan. 4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan. 2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan. 3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan. 4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut. 5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. 6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:45 minit Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan goreng Anggaran kos: RM10
Info chef:Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan. 2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat. 3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya. 4. Setelah sejuk, boleh dipotong. 5. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM12
Info chef:Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan. 2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa. 3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega. 4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit. 5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa. 6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut. 7. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah. 2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak. 4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan. 5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan. 6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis. 7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya. 8. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:1 jam Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Tanak dan kukus Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Barli rebus memang sejak dahulu kita amalkan bila demam atau panas badan. Tapi khasiatnya bukan sekadar itu saja.
Barli kaya dengan serat dan nutrisi yang...