Resipi Tomyam Campur

Resipi tomayam campur antara hidangan yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Ketika makan di restoran, masakan ini antara yang sering kali dimasak/pesan.

Tomyam Campur Kesukaan Keluarga

Tapi bila masak sendiri rumah, rasa lebih puas. Lagi pula, boleh bubuh apa saja bahan yang kita suka.

Selain itu, boleh sesuaikan ikut cita rasa sendiri. Kalau ada anak-anak masih kecil, boleh kurangkan pedas. Betul tak?

Macam-macam versi masakan tomyam. Ada yang merah, ada yang jernih. Ikut selera. Versi yang dikongsikan oleh puan Suzana Othman ini juga sangat sedap. Cubalah ye.

Resipi Tomyam Campur

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

 Bahan A:

1 labu bawang besar – hiris

3 ulas bawang putih – ketuk – boleh beli online di sini

Halia – hiris – boleh beli online di sini

1 batang serai – hiris – boleh beli online di sini

Lengkuas – hiris – boleh beli online di sini

1 rumpun batang ketumbar

Bahan B:

3 sudu besar pes tomyam – boleh beli online di sini

1 ketul kiub tomyam Maggi – boleh beli online di sini

IKLAN

1 batang lobak merah – hiris

4 batang putik jagung – hiris

Isi ayam – potong kecil

Isi ikan dory – potong kecil (boleh ganti dengan udang, lala, crab stick dan sebagainya)

1 pek cendawan enoki

2 batang tofu telur – belah beberapa bahagian

Sos ikan secukupnya

2 sudu besar gula perang atau gula Melaka – boleh beli online di sini

1 senduk santan kotak – boleh beli online di sini

IKLAN

Tomato – belah 4

Daun ketumbar – racik

Cara Memasak:

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Bila air dah mendidih, leburkan semua bahan mengikut turutan seperti gambar di bawah.

Masukkan seketul kiub tomyam Maggi. Kacau hingga pes larut dalam kuah.

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

Masukkan sayur sayuran, nak tambah kubis bunga pun boleh. Kacau sekata.

Masukkan haiwan yang dikehendaki, sekejap je tempoh memasaknya ye. 

IKLAN

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

Kemudian giliran cendawan enoki dan tofu jepun. Tuang sos ikan secukupnya. Tak perlu tambah garam.

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

Masukkan gula, bukan untuk manis tau, sekadar nak bagi rasa lemak.

Tuang santan kotak jenama Kara. Kita guna satu senduk je ye.

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

Sebelum tutup api, masukkan tomato. Akhir sekali taburkan daun ketumbar.

Resipi Tomyam Campur Pikat Selera Keluarga

Contoh hidangan. Sesuai makan dengan bihun, kuetiau dan mi kering. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI