Sedapnya Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin. Pasti puas hati.
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.
Sedap betul bila dapat makan gulai darat ikan keli. Cuma bila tiba bab menyiang ikan tu, sedikit tersipu-sipu malulah kan. Namun demi resipi gulai ikan keli yang jarang-jarang sekali dapat ni, apa salahnya kan.
Perkongsian resipi daripada ZuLaily Hanim Lilly, betul-betul membuka selera makan tengahari. Kena pula lengkap dengan ulam-ulaman. Memang kenyang tak usah cakaplah. Jom kita cuba resipi sedap ni!
Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Fauziah Khary dan merupakan resipi dari Indonesia. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
CARA BUAT KEROPOK NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk – rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang – ambil bahagian hijau sahaja. Hiris nipis
Garam secukup rasa
Stok ayam / kiub pati ayam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar hingga halus. Boleh juga tumbuk.
2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub pati ayam.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau perlahan-lahan hingga sebati dan jadi liat.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan lonjongkan seperti bentuk keropok lekor.
5. Didihkan air dan rebus. Biar hingga terapung.
6. Angkat dan toskan airnya. Kemudian hiris nipis dan jemur di bawah cahaya matahari hingga betul-betul kering.
7. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas hingga kembang. Lebihan keropok tadi boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Nak cuba satu resipi sarapan yang senang di buat, cepat disediakan dan mengenyangkan? Nah, RASA kongsikan resipi roti bakar telur hancur. Yang menyedapkannya sebab ada keju. Ha, bolehlah cuba ya.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
roti bakar telur hancur fb.
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.